10 February 2016

Bola sepak: Bawah Zahid hidup, bawah Hisham mati

Pasukan ATM digeruni lawan ketika beraksi di Liga Super 2012 tetapi hari ini bukan sahaja merudum ke Liga Perdana malah gaji pemain pun tidak mampu dibayar.
Itulah perumpamaan yang boleh diberikan kepada nasib pasukan bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini.

Pasukan ATM dah lama diwujudkan dan bertarung di Liga FAM tetapi sejak Zahid Hamidi menjadi Menteri Pertahanan, beliau telah membawa "angin baru" kepada pasukan itu. Dengan membawa masuk bekas jurulatih kebangsaan, Sathianathan, pasukan ATM telah muncul juara Liga Super pada 2012 dan naib juara Piala Malaysia pada tahun yang sama.

Bagaimanapun, sejak Zahid digantikan dengan Hishammuddin selaku menteri pada 2013, nasib pasukan bola sepak ATM pun merudum. Yelah, daripada gah selaku juara Liga Super pasukan itu terus merosot pada musim berikutnya, sehinggalah tersingkir ke Liga Perdana musim ini.

Lebih malang, sekarang ini para pemain dan bekas pemain pasukan itu menuntut bayaran gaji hasil tumpahan keringat mereka beraksi bersama pasukan itu yang sehingga kini belum dilunaskan.

Apa sudah jadi?

Sebaliknya, pasukan PDRM yang baru ditubuhkan semula pada 2014, sejak Zahid menjadi Menteri Dalam Negeri pula yang melonjak. Tahun lepas muncul juara Liga Perdana dan layak ke Liga Super musim ini. Walhal sebelum ini orang tak kenal pun pasukan bola sepak PDRM ini.

Hai... Nampaknya sentuhan Zahid menjadi betullah. Di mana dia berada, pasti pasukan bola sepak di bawahnya akan menjadi. Buktinya ATM sebelum ini dan PDRM pada masa ini. Apa rahsianya aku pun tak tahu.

Agaknya kalau Zahid jadi Presiden FAM dah tentu prestasi bola sepak kebangsaan kita berubah kut? Siapa tahu... mungkin FAM boleh mencuba dengan menjadikan Timbalan Perdana Menteri sebagai Presiden FAM selepas entah berapa  dekad diterajui oleh orang istana.
Ya dak? Macam mana... Ada berani?

Share this

0 Comment to "Bola sepak: Bawah Zahid hidup, bawah Hisham mati"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.