04 February 2016

Bila kuman seberang laut nampak....

Terguling-guling aku baca kenyataan dari pejabat  Perdana Menteri (JPO) dalam Utusan Malaysia hari ini berhubung "pemecatan" Mukhriz sebagai MB Kedah. Alasan konon Mukhriz hilang sokongan majoriti kerana masalah keyakinan terhadap kepimpinan.

Tang mana tindakan Mukhriz sehingga menyebabkan hilang keyakinan terhadap kepimpinannya aku pun tak pasti. Nak kata ada buat kompeni gomen rugi berbilion macam 1MDB tak ada pulak. Nak kata sebab dapat derma berbilion dan masukkan dalam akaun peribadi, tak ada jugak. Yang ada hanya bertanya kepada PM soal 1MDB dan duit derma yang sampai hari ini Najib tak jawab dengan jelas.

Takkan sebab itu pun Mukhriz sampai kena pecat sebagai MB. Betul juga kata lakinya Ummi Aida, MB Pahang yang sekarang berdiam diri pasal isu bauksit tak ada pula sampai kena suruh turun jawatan. Lebih jelas lagi, Najib sendiri yang terpalit dengan skandal 1MDB dan derma pak Arab sampai kecoh satu dunia, kenapa pula dipertahankan?

Inilah dinamakan double standard atau orang tua-tua kata, kuman seberang laut nampak tapi gajah depan mata tak nampak.

Lebih lawak lagi kenyataan JPO itu berkata, pemecatan Mukhriz konon untuk memastikan BN terus dapat dipertahankan di Kedah. Apa ke jadah nak pertahan Kedah kalau Putrajaya dan seluruh negeri lain goncang akibat keserakahan Najib yang terpalit dengan pelbagai isu. Tak guna nak pecat Mukhriz konon dan jaga Kedah, kalau Putrajaya dan negeri-negeri lain tumbang dalam PRU-14 nanti.

Kedah cuma sebuah negeri dan pernah tumbang kepada pembangkang pada PRU-12 lalu. Tapi jangan lupa, Putrajaya pun boleh tumbang andai mempunyai pemimpin yang terpalit dengan pelbagai isu dan skandal.

JPO (yang mewakli suara PM sendiri) hanya lihat kehilangan keyakinan pemimpin UMNO Kedah terhadap Mukhriz, sedangkan ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi seluruh negara yang hilang keyakinan terhadap Presiden parti tidak pula dinyatakan. Malah dipertahankan oleh ketua-ketua bahagian.

Jadi, aku rasa kalau UMNO nak pecat mana-mana MB atau Pengerusi Perhubungan UMNO negeri yang gagal, sepatutnya tindakan sama dilakukan terhadap para pemimpin negeri lain yang juga tidak melakukan apa-apa yang drastik untuk memastikan kemenangan BN pada PRU-14 nanti.

Jangan fikir Johor selamat dan MB-nya boleh goyang kaki dan tidak perlu dilihat kad laporan prestasinya. Jangan ingat MB-MB Negeri Sembilan, Perak, Melaka boleh duduk selesa ketika pakatan pembangkang dikepalai DAP semakin rancak menyusun strategi untuk merampas negeri-negeri berkenaan untuk menakluki Putrajaya.

Jangan terlalu yakin BN dapat laluan selesa pada pilihan raya negeri Sarawak dan para pengerusi perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Selangor juga perlu diintai sama ada sudah ada perancangan jitu untuk merampas kembali kedua-dua negeri ini daripada DAP atau masih lagi bergoyang kaki.

Sebabnya Kedah hanya sebuah negeri tetapi Putrajaya adalah nadi negara. Gagal kepimpinan negara boleh menumbangkan kerajaan kepada parti pembangkang. Ingat, rakyat hanya memerhati perlakuan pemimpin negara dan menunggu masa untuk dituangkannya dalam peti undi.

Share this

2 Responses to "Bila kuman seberang laut nampak.... "

  1. Skandal? Siapa yg berskandal? Yang aku tahu cuma tuduhan tanpa bukti. Sebab tu tak ada siapa pun berani tampil jadi saksi. Termasuk Mamakdey and cronies.....kihkihkih....berguling guling gak aku gelak bila si mamakdey tua bergebang gebang tapi bila polis nak minta dia bagi statement dia tak nak. Lepas 2 ke 3 hari bagi statement tak cukup bukti. Sehari dua lepas tu pulak kata tak ada bukti nak tuduh najib.

    Mukhriz? MB Kedah ka MB Kuala Lumpur? WKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAKAAKAKAKAKAKAA....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Realitinya isu 1MDB dan derma meruntuh kepercayaan rakyat dan ahli2 UMNO terhadap Najib. Bukan sbb Mahathir atau sesiapa pun. Tapi sebab Najib sendiri...

      Kau boleh gelak guling-guling sekarang tapi jangan sampai menangis berguling-guling ketika menyaksikan LGE angkat sumpah jd PM!

      Delete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.