02 June 2016

Apa lagi akan berlaku di Terengganu?

Sejak dilantik jadi MB, Ahmad Razif tidak henti-henti dilanda gelora politik negeri.
Semalam seorang sahabat aku kat Terengganu memaklumkan keadaan politik di negeri itu masih belum selamat. Katanya 'sesuatu' akan berlaku dalam tempoh beberapa hari ini tetapi dia enggan mendedahkan detailnya. "Kau tunggulah beberapa hari ini..." katanya ketika aku mahukan penjelasan mengenainya.

Sahabat aku ni bukan calang-calang orang. Beliau pernah berada dalam kerajaan negeri Terengganu untuk tempoh beberapa penggal dan sehingga kini khidmat beliau masih digunakan walaupun sudah "bersara". Jadi bila dia menyatakan sedemikian, aku cukup yakin apa yang dikatakannya boleh jadi akan berlaku.

Semalam heboh di negeri keropok lekor mengenai berita yang konon diterbitkan oleh Bernama bahawa Sultan Mizan sudah kembalikan darjah kebesaran kepada Ahmad Razif. Hari ini MB Terengganu itu menafikannya.

Khabarnya agensi berita nasional itu sudah beberapa kali membuat laporan polis kerana penyebaran berita-berita palsu mengenai keadaan politik Terengganu yang menggunakan nama ketua bironya di Terengganu. Kalau sekali mungkin bolah diterima tapi kalau dah beberapa kali dan menggunakan  nama orang yang sama, ada sesuatu yang tidak kena.

Mungkin ada pihak yang cuba perdajal MB Terengganu dengan menggunakan Bernama sebagai kambing hitam. Maklum sebarang laporan yang disiarkan oleh Bernama selama ini dianggah sahih dan tepat berbanding berita-berita daripada Malaysia Kini atau portal berita lain.

Orang itu mungkin nak tengok Terengganu huru-hara politiknya dan mengharapkan berlaku pilihan raya negeri. Maklum keadaan DUN Terengganu sangat rapuh apabila kerusi BN dan pembangkang (Pas/PKR) hampir sama banyak. Silap hari bulan memang boleh tumbang atau berlaku pilihan raya negeri.

Tambah pula bekas MB, Mat Said pun beberapa kali cuba kacau daun apabila buat usul tidak percaya terhadap Razif dalam DUN Terengganu.

Entahlah. Apa nak jadi dalam Malaysia ni tak taulah. Siang malam pagi petang tak habis-habis dengan cerita politik... Dalam pakatan pembangkang satu hal dah, dalam kerajaan pun sama. Akhirnya kerana terlalu banyak politiknya, yang jadi korbannya adalah rakyat marhain macam aku.

Heishhh...

Share this

0 Comment to "Apa lagi akan berlaku di Terengganu?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.