01 June 2016

Pas buang tabiat: Dari parti Islam nak jadi parti Melayu....


Wow! Aku tabik spring kat pucuk pimpinan Pas hari ini khususnya Dewan Pemudanya yang mencetuskan 'kejutan' yang luar biasa pada Muktamar Pas yang kini sedang berlangsung di Kota Bharu.

Masakan tidak selama bertahun-tahun Pas duk berbalah dengan UMNO hanya kerana UMNO duk julang sebagai parti Melayu dan dilabel oleh Pas sebagai parti kebangsaan, alih-alih mereka pula yang pusing 180 darjah apabila para pemimpin mereka mengenakan pakaian  pahlawan Melayu zaman silam masa perasmian muktamar pemuda semalam.

Perghh... segak sungguh Tuan Ibrahim Tuan Man ala-ala Hang Tuah  siap berkeris di pinggang. Begitu juga dengan Nik Amar dan lain-lain pemimpin Pas. Macam Laksamana Do Re Mi pun ada. Tak ada lagi kopiah putih dan serban. Seingat aku dalam UMNO pun tak pernah ada pemimpin mereka berpakaian sedemikian semasa perhimpunan. Kalau ada pun kes Hishammuddin tarik dan cium keris yang kemudian kena kutuk kaw kaw oleh puak-puak bukan Melayu sampai dia minta maaf dan tarik balik keris.

Aku ingat sebelum ini ada puak-puak Pas hentam pemimpin mereka yang memakai songkok semasa menghadiri muktamar. Mereka hentam sebab dah jadi macam orang UMNO. Perhimpunan UMNO semua pemimpin mereka pakai baju Melayu bersongkok. Jadi bila ada pemimpin Pas bersongkok di sebalik yang lain semua berkopiah putih, dah tentulah menjadi tumpuan, walaupun bukan satu isu.

Tapi bila Tuan Ibrahim, Nik Amar dan para pemimpin Pas lain berpakaian pahlawan Melayu macam pengantin nak naik pelamin, dah tentulah akan menjadi bualan ramai orang. Lebih-lebih lagi bekas sekutunya DAP yang selama ini cukup takut dengan umat Melayu berkeris. Aku nak tahu juga apa komen-komen dalam blog-blog pro-Pas atau PAN atau PKR.

Hehehe... tak ada plak yang bagi komen pasal pakaian hulubelang Pas ini. Agaknya mereka masih terkejut dan deman kepialu dengan perubahan mendadak Pas sekarang. Mereka sendiri pun agaknya tertanya-tanya sama ada Pas sekarang dah buang tabiat atau dah nyanyuk.

Agaknya Pas pun nak jadi parti Melayu dan nak buang title sebagai sebuah parti Islam. Entahlah... Politik semua tak boleh pakai. Mereka boleh berubah-ubah macam sesumpah. Hemmm...

Share this

0 Comment to "Pas buang tabiat: Dari parti Islam nak jadi parti Melayu...."

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.