Ali Rustam buat come back, Rauf gugat kedudukan Idris?


Bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang kalah dengan Shamsul 'Kemetot' di Parlimen Bukit Katil pada PRU-13 khabarnya akan buat come-back dan akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU-14 akan datang.

Khabar ini sudah heboh diperkatakan di Melaka. Mengikut si pencerita, Ali akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah yang sebelum ini merupakan kuota MCA manakala MCA pula akan bertanding di Parlimen Ayer Keroh (kawasan baru).

Ali yang kini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad akan menggunakan pengaruh dan hubungannya dengan Najib bagi membolehkan dia bertanding semula pada PRU-14 dan mengembalikan maruahnya yang berkecai semasa PRU-13 lalu.

Sebagai satu-satunya ketua negeri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang tewas pada pilihan raya lalu, sudah tentu tidak mudah bagi Ali Rustam untuk berhadapan dengan masyarakat apatah lagi para pengikutnya. Tetapi yang aku kenal Ali bukanlah seorang pemimpin yang mudah kecut dan kendur.

Kalau dikaji sejarah politik Ali Rustam, aku percaya apa yang dikhabarkan ini adalah benar. Cuma yang menjadi penghalang baginya ialah persetujuan Idris Haron selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO & BN Melaka.

Apatah lagi aku dikhabarnya kedudukan Idris selaku CM Melaka sendiri bakal terancam jika si Rauf Yusoh bertanding di salah satu kerusi DUN di Parlimen Masjid Tanah. Rauf yang dianggap Setiausaha Kerja UMNO paling cemerlang setakat ini pun sudah memasang kuda-kuda di Masjid Tanah selaku Ketua Bahagian.

Malahan kehadiran Rauf juga boleh mencabar kedudukan Ketua Puteri, Mas Ermieyati untuk pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah. Apatah lagi tempoh Datuk Emy selaku Ketua Puteri akan berakhir atas faktor usia.

Pokoknya kehadiran dua figur politik UMNO, jika benar, bakal mewarnai PRU-14 khususnya bagi negeri Melaka ketika UMNO/BN berhadapan dengan pembangkang yang dilihat semakin ghairah untuk mentadbir negara dan sebahagian negeri pada PRU-14 nanti.

Bagi aku mudah. Siapa pun yang mahu bertanding pastikan mereka boleh membawa kemenangan kepada parti. Kalau memang atas kertas pun dah boleh jangka pencalonan mereka boleh membawa kekalahan, buat apa lagi nak calonkan juga?

Semoga PRU-13 memberi pengajaran kepada semua pihak. Kemenangan untuk parti jauh lebih penting berbanding kemenangan individu. Tak guna  kita menang di satu kerusi DUN sedangkan kita kehilangan Putrajaya atau kerusi negeri.

Muhasabah diri dulu!

Ali Rustam buat come back, Rauf gugat kedudukan Idris? Ali Rustam buat come back, Rauf gugat kedudukan Idris? Reviewed by mesin taip buruk on 12/20/2016 09:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.