KJ lepas Ketua Pemuda demi jawatan Naib Presiden

"Suatu hari saya akan menduduki kerusi PM...." 
KJ baru-baru ini telah buat pengakuan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda yang dipegangnya selama dua penggal.

Walaupun beliau tidak menyebut ke mana hala tujunya selepas ini, KJ yang pernah menyatakan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sebelum usia 40 tahun khabarnya kini mengimpikan jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO.

Selepas dua kerusi Timbalan Presiden dan satu daripada tiga kerusi Naib Presiden kosong selepas pemecatan Muhyiddin dan Shafie Apdal, kini harapan KJ untuk menduduki jawatan lebih tinggi, atau sebelah kaki sebelum jawatan PM semakin cerah.

Khabarnya KJ akan bergandingan dengan Zahid Hamidi yang sudah tentu akan mengambil alih kerusi Timbalan Presiden yang kosong untuk memastikan impian dan cita-cita dalam arena politiknya sebelum ini tercapai.

Bagaimanapun sudah tentu tiada jalan mudah untuk KJ melainkan beliau berganding dengan  orang yang tepat dan sehingga kini hanya Zahid yang mempunyai kekuatan untuk menduduki kerusi no. 2 dalam parti. Zahid pula bergantung kepada sokongan orang muda yang dibawa oleh KJ di samping karisma dan populariti menantu Pak Lah ini.

Sementara itu, Hishammuddin pula tidak akan semudah itu memberi peluang kepada Zahid untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden. Ya, Hisyam akan mencabar Zahid tetapi persoalannya siapa gandingan beliau untuk tiga kerusi Naib Presiden?

Cuma aku tertarik, sejak KJ mengumumkan untuk melepaskan jawatannya, Azwan Bro sudah mula pasang kuda-kuda dengan menggunakan media arus perdana untuk memperkukuh diri dan agar menampakkan usaha beliau membantu parti.

Kerusi belum kosong, bro....
Sampaikan aku baca surat khabar yang satu itu, hari-hari duk keluar muka dan cerita Azwan Bro. Haishh...

Ibarat orang kata, takhta belum kosong! Mungkin sebab semangat orang muda ni lain macam kut? Tak gitu bro?


KJ lepas Ketua Pemuda demi jawatan Naib Presiden KJ lepas Ketua Pemuda demi jawatan Naib Presiden Reviewed by mesin taip buruk on 12/19/2016 08:00:00 AM Rating: 5

1 comment:

  1. KHAIRY JANGAN ULANG ULANG LAGI PERANGAI MASA PAK LAH DULU, KITA AKAN SOKONG.....PEMIMPIN MUDA

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.