18 December 2016

"Saya hilang dara masa umur 12 tahun, encik"

Pengaruh media sosial telah menjahanamkan maruah dan moral anak-anak muda kita. - Gambar hiasan
Terkejut berok aku dengar pengakuan seorang remaja ini. Kisahnya begini.

Zai (bukan nama sebenar) baru lepas menduduki SPM bulan lepas di sebuah sekolah berasrama penuh dan bertudung labuh ketika di sekolah.

Ketika membuat pengakuan itu, dia mengaku terlanjur dengan teman lelakinya yang berusia 18 tahun semasa dia mahu menduduki UPSR. Dia sedikit pun tidak menyesal menyerahkan tubuhnya kepada teman lelakinya itu dalam usia sebegitu muda.

"Habis nak buat macam mana encik. Nafsu dah menggebu-gebu. Tu lah suka sangat layan porn." Akui Zai tanpa ada rasa bersalah.

Mujur keputusan UPSR-nya cemerlang dan dia menyambung persekolahan di sebuah sekolah agama dan sekali lagi mendapat 'straight A' semasa peperiksaan PMR.

Katanya, walaupun bersekolah di sekolah agama dan memerlukan dia bertudung labuh, dia masih tetap berhubung dengan teman lelakinya dan sesekali berpeluang mereka melakukan persetubuhan haram.

Perkara itu berlarutan sehinggalah dia berpisah dengan teman lelaki tersebut dan masuk ke asrama penuh sejak Tingkatan Empat.

Begitulah pengakuan berani seorang remaja kepada aku. Memang aku sendiri terkejut dengan pengakuan itu dan aku percaya bukan hanya Zai seorang yang sudah terlanjur sejak seusia 12 tahun. Malah mungkin ada yang lebih muda.

Perkembangan internet dan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga ke segenap skrin telefon pintar mendedahkan lagi para remaja dan kanak-kanak kepada perkara yang negatif, khususnya pornografi.

Malahan pertumbuhan media sosial seperti WhatsApp, Twitter, BeeTalk, Facebook dan pelbagai lagi memudahkan remaja dan kanak-kanak "bercinta" pada usia muda dan kemudian menjalin hubungan terlarang tanpa diketahui oleh ibu bapa atau orang dewasa lain.

Bila dengar pengakuan Zai ini terbayang wajah-wajah anak-anak remaja aku di rumah. Semoga Allah lindungi mereka daripada melakukan perkara negatif seperti ini. Dan aku harap tindakan aku tidak membenarkan mereka memiliki telefon sehingga berusia 18 tahun dapat mengekang mereka daripada terdedah dengan dunia negatif media sosial pada usia terlalu muda.

Subhanallah!


* Kisah benar dan dicerita sendiri kepada penulis ketika penyamaran di media sosial.

Share this

0 Comment to ""Saya hilang dara masa umur 12 tahun, encik""

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.