22 January 2016

Akhirnya Mukhriz menerima nasib sama seperti Muhyiddin, Shafie

Tudia akhirnya Mukhriz bakal dilucutkan sebagai MB Kedah dengan cara yang tidak terhormat, sepertimana nasib yang sama menimpa Muhyiddin dan Shafie Apdal sebelum ini. Bezanya Mukhriz "dipecat" oleh bawahannya sendiri.

Isu kedudukan Mukhriz sebagai MB Kedah sudah berkumandang sejak tahun lepas apabila namanya dikaitkan dengan team yang lantang mengkritik Najib berhubung isu 1MDB dan derma RM2.4 bilion yang sehingga kini "tiada sebarang jawapan pasti" tentang duduk perkara itu.

Banyak yang sudah mengkhabarkan bahawa kedudukan Mukhriz tergugat kerana bapanya, Tun Mahathir yang dilihat mengepalai kumpulan pendesak terhadap Najib. Manakala Mukhriz sendiri juga sesekali mencuit Najib berhubung skandal 1MDB dan wang derma.

Kemuncaknya beberapa hari lalu, segerombolan para pemimpin UMNO negeri dan ADUN-ADUN Kedah dikepalai Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri, Ahmad Bashah telah menyatakan ketidakpercayaan mereka terhadap kepimpinan Mukhriz. Dan aku percaya, Bashah tidak akan melakukan perkara itu tanpa restu daripada Putrajaya.

Mana mungkin seorang timbalan dan para bawahan berani memecat seorang ketua jika bukan ada sokongan daripada badan yang lebih tinggi kedudukannya. Tidak... tidak mungkin.

Jadi aku melihat isu "hilang kepercayaan" terhadap Mukhriz adalah cara paling afdal untuk Najib menyingkirkan Mukhriz, yang dilihat sebagai saki-baki "orang Mahathir" dalam barisan kepimpinan Najib.

Walaupun hari ini Najib dikatakan akan mengadakan pertemuan dengan kepimpinan UMNO Kedah, tapi ia hanya sekadar formaliti sedangkan kita semua sudah tahu apa keputusan yang akan dibuat oleh Najib selaku Presiden parti dan Perdana Menteri.

Apapun aku berharap Mukhriz tabah menghadapi dugaan seperti ini. Beliau perlu jadikan bapanya sebagai contoh di mana Mahathir sendiri pernah mengalami situasi jatuh dan bangun kembali sehingga mencapai puncak sebagai pemimpin negara.

Cabaran yang dihadapi oleh Mukhriz hanyalah kecil berbanding para pemimpin lain sebelum ini. Jatuh hari ini tidak bermakna esok-esok mereka tidak boleh bangkit kembali. Sejarah politik dunia telah membuktikan bahawa pemimpin yang agong adalah datang daripada mereka yang pernah tersungkur.

Bertabahlah!

18 January 2016

FAM kenakan syarat kejam terhadap OKS

Kejamnya FAM terhadap jurulatih baru skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee. Masakan tidak, pengendali skuad Harimau Malaya itu dikenakan tiga syarat yang aku rasa amat mustahil untuk dicapai.

Tiga syarat yang dikenakan FAM terhadap OKS ialah:
  1. Membawa skuad Harimau Malaya menang perlawanan playoff  Kelayakan Piala Asia 2019 yang bermula tahun depan.
  2. Memperbaiki ranking FIFA negara daripada tempat 171 ke tangga 140. Lonjakan 31 mata berbanding sekarang. Perghhh...
  3. Memenangi Piala AFF Suzuki 2016 di Filipina dan Myanmar yang akan berlangsung pada 18 Disember ini.
Sedangkan OKS diberi kontrak selama dua tahun sahaja.

Untuk mencapai syarat pertama itu aku tak berani nak kata sebab masa masih panjang tapi nak lonjakkan 30 anak tangga dalam ranking FIFA sudah pasti OKS memerlukan bukan sekadar kepakaran, tetapi ilmu magik.

Boleh... Malaysia boleh naik ke tangga 140 FIFA kalau diadakan perlawanan Kelas A secara lebih kerap dan pasukan lawan pula lebih tinggi ranking berbanding Malaysia. Persoalannya, pasukan mana yang mahu berlawan dengan kita? Paling-paling Bangladesh sajalah atau pasukan-pasukan lain yang setara Malaysia.

Dan perlawanan itu pula perlu dilakukan lebih kerap, mungkin 3 bulan sekali. Siapa yang ditugaskan mengatur perlawanan ini? Sudah tentulah FAM dan bukannya OKS. Perlawanan tersebut tidak membabitkan perlawanan sarkas yang tidak memberi sebarang manfaat dalam perubahan ranking.

Syarat ketiga juga bagi aku agak sukar jika OKS masih bergantung kepada para pemain sama dan pemain-pemain senior yang ada sekarang. Sebabnya aku lihat prestasi pemain terbabit tidak lagi sebaik dulu, atau mungkin mereka tidak lagi ghairah untuk mewakili negara kerana sudah diberi gaji lumayan di kelab-kelab.

Kalau OKS masih bergantung kepada Safee Sali, Shafiq Rahim, Amri Yahyah dan lain-lain, aku yakin Malaysia agak sudah untuk mencapai kejayaan di peringkat Piala AFF sekali pun. Sebabnya para pemain terbabit semakin dimamah usia, manakala pasukan lain seperti Thailand, Vietnam, Myanmar atau Singapura yang dibarisi para pemain muda.

Bagi aku sama ada pilih OKS, Bojan Hoddak atau Robert Alberts atau waiman Jose Mourinho sekali pun, mereka amat sukar untuk memenuhi syarat kejam FAM ini -- dengan masa yang terbatas, pemain yang terhad dan bajet yang terbatas amat mustahil untuk dicapai.

Tapi bak kata orang, bola itu bulat apa sahaja boleh berlaku!

15 January 2016

Syarikat kosmetik makin kemarut taja pasukan bola

Wahh... Sejak Qu Puteh (Vida Beauty) menaja pasukan bola sepak Kelantan, khabarnya berduyun-duyun pula syarikat kosmetik lain nak menaja pasukan bola negeri dan kelab-kelab Liga Malaysia, baik Liga Super mahupun Liga Perdana.

Selepas Datuk Seri Vida taja RM20 juta untuk Kelantan, syarikat seperti D'Herbs (milik Datuk Aliff terlajak laris) dan NV (Nouvelles Visages)  pun khabarnya sedia mengeluarkan pembiayaan untuk pasukan bola. D'Herbs dikatakan berminat dengan Selangor manakala NV dikaitkan dengan JDT dan Pahang.

Dalam diam-diam sebuah lagi syarikat kosmetik iaitu Megah Perawan khabarnya telah mengadakan perbincangan untuk menaja pasukan PKNS FC. Betul ke tu?

Pemilik Megah Perawan telah mengadakan perbincangan dengan pengurusan PKNS FC di Sungai Buloh baru-baru ini.
Alhamdulillah. Mujur ada Pamoga. Yelah, DS Vida telah mencelikkan mata pengusaha-pengusaha kosmetik untuk menaja pasukan bola. Yelah selama ini mereka ingat syarikat mereka cuma sesuai menaja artis kahwin saja, rupanya taja pasukan bola pun boleh memberi impak yang besar.

Maklum taja artis kahwin ni risiko tinggi. Dah berhabis berjuta-juta untuk majlis perkahwinan mereka tup-tup tak sampai setahun rumah tangga dah bergoncang. Tak kurang juga yang bercerai-berai. Artis yang ditaja pun semakin suam.

Alangkah lebih baik menaja pasukan bola. Bukan sahaja saingan liga berjalan setahun, tetapi dengan kehadiran penonton di stadium dan tayangan langsung di TV yang ditonton berjuta-juta umat sudah tentu memberi impak lebih besar kepada jualan produk mereka.

Tapi bak kata pemilik JDT, Tunku Ismail, jangan pula syarikat kosmetik ingat para pemain dan pasukan bola yang ditaja tu dijadikan model untuk memperaga produk mereka pula. Takut nanti seluruh stadium penuh dengan botol-botol produk kecantikan. Tolak ketepilah dengan syarat cat stadium dengan warna pink dan jersi pink.

Syarikat-syarikat yang menaja pasukan bola sepak kenalah profesional dan tidak melayan pemain seperti artis atau pelawak yang terpaksa memperaga produk mereka semata-mata tuntutan penaja. Atau jangan pula nanti sebab mereka penaja, maka ada pula makcik-makcik ni nak turun padang main bola sama. Mamposss....!!

Ingat gelanggang bola sepak  bukannya gelanggang Maharaja Lawak Mega atau Gegar Vaganza naaa...

14 January 2016

Misteri gadis Lamborghini terjawab!




 
Ramai yang tertanya-tanya siapa gadis yang memandu Lamboghini yang berharga RM1 juta dan terbabas di LPT dekat Kuantan semalam yang hampir meragut nyawanya? Lebih menarik, gadis itu bukan sahaja masih muda tetapi juga dikategorikan cantik.

Kawan-kawan di pejabat aku pun bertanya-tanya siapa gadis ini tatkala laporan berita kemalangan itu mula disiarkan di media manakala gambar-gambar dia dibawa keluar daripada kenderaan mewah itu mula tersebar petang semalam.

Kalau ikutkan kenyataan pihak polis, nama gadis ini ialah Norfarahliya Daud, berusia dalam lingkuangn 20-an manakala penumpang di sebelahnya ialah seorang VIP bergelar Datuk iaitu Datuk Lawrence Ng Teck Hoong yang berusia dalam 50-an. Polis berkata lelaki itu ialah majikannya.

Apakah ini akaun IG gadis Lamborghini tersebut?
Bagaimanapun beberapa rakan menunjukkan aku satu akaun instagram atas nama "Ferrafila". Rupa-rupanya dialah gadis Lamborghini tersebut. Daripada gambar-gambar yang dipost di IG tersebut, dia memang penggemar kereta Lamboghini, hidup mewah, melancong di luar negara.

Salah satu posting gadis Lamboghini di IG-nya

Aku tak berani nak buat sebarang tuduhan atau kesimpulan daripada gambar-gambar dan keterangan gambar dalam IG gadis ini dengan gaya hidup mewahnya. Aku cuba bersangka baik, bahawa gadis ini berjaya dalam perniagaanya sehingga mampu hidup semewah Dato Seri Vida Qu Puteh. Cuma mungkin kekayaannya tidak mahu ditonjolkan.

Agak pelik juga. Gadis di dalam IG yang bertudung lintup ini ada tercatatnya nama "Dato Dr LWs" pada profilenya. Lantas aku menyemak nama "majikan" yang turut berada dalam kenderaan itu. Apakah bermakna majikan itu dan Dato Dr LW pada profile IG-nya itu orang yang sama?

Hemm.... misteri... misteri...

Agaknya kerana bisnes gadis Lamborghini berjaya maka dia mampu memiliki kereta mewah ini.
 
 
Bapak tak kayanya. Dia boleh jana duit RM30,000 sebulan tuuu... Kau hado?
Inilah gadis Lamborghini Ferrafila atau Ferrafila DD atau nama sebenarnya Norfarahliya Daud.

06 January 2016

DS Vida kaya bukan sebab melobi bini perdana menteri!


Ramai betul yang cemburu dengan kekayaan Datuk Seri Vida, taukeh produk kecantikan Qu Puteh ini. Masakan tidak, hari-hari orang duk cerita pasal kekayaannya. Lebih-lebih lagi sejak dia menaja program Gegar Vaganza yang khabarnya meningkatkan jualan walaupun ramai yang "menyampah" melihat sikap DS Vida dalam program itu yang dianggap terlebih sudu dari kuah.

Sejak akhir-akhirnya tersebar pula gambar-gambar rumah mewahnya bernilai RM20 juta dan deretan kereta mewahnya. Ada juga yang banding penampilan DS Vida dengan Mark Zuekerberg, tauke Facebook yang juga bilioner dunia.

Kalau tanya aku, aku salut dengan makcik Kelate yang satu ini. Sebab kekayaannya adalah hasil usaha keras beliau dalam menjalankan perniagaannya dan kebijaksanaannya dalam pelan perniagaan. Bukan sesetengah ahli perniagaan itu yang kaya-raya kerana menjadi proksi atau kerana kuat melobi dan membodek bini Perdana Menteri atau ahli-ahli politik tertentu.

Aku juga respek dengan DS Vida sebab dia mempunyai ciri-ciri usahawan jaya. Apa cirinya? Muka tak malu... Ya DS Vida tak malu melompat-lompat dalam TV, menyanyi walaupun suara sumbang mambang, atau beraksi mengalahkan badut sebab pada akhirnya dia tahu produk jualannya semakin laris di pasaran.

Tidak seperti sesetengah tu yang sanggup menebeng hari-hari di depan pintu masuk Menara Dato Onn semata-mata nak cari peluang bersalam dan cium tangan pemimpin-pemimpin politik negara, atau sanggup berhabis modal menaja ahli-ahli politik dalam kempen parti.

Orang mungkin tidak tahu bahawa DS Vida pernah mengalami kesukaran dalam hidupnya sebelum dia mengecap kekayaan sehingga hari ini. Ya, kekayaan DS Vida bukan dalam bergolek dan dalam satu malam tetapi diperoleh hasil kerja kerasnya, kecekalannya, ketabahannya, kesungguhannya.

Tapi biasalah orang kita tak tengok semua tu. Bila ada bangsa sendiri kaya raya mereka mula mencari kelemahan dengan harapan bangsa sendiri itu jatuh tersengkur.

Jadi kepada DS Vida, teruskan usaha. Aku bangga ada orang Melayu dan Islam sepertinya yang bergelar jutawan. Sekurang-kurang dapatlah bantu Melayu lain. Kalau tak kaya sepertinya pun sekurang-kurang dapat putihkan kulit yang kusam dan hitam.

Biasalah tabiat manusia, selain nak kaya mereka juga nak kelihatan cantik. Tahniah DS Vida!

01 January 2016

Anak remaja kita makin hilang moral kerana media sosial. Setuju?


Kisah remaja 14 tahun yang sanggup berbohong konon diculik semata-mata untuk bersama teman lelaki yang baru dikenali bukanlah mengejutkan bagi aku. Sebabnya kisah gadis ini hanya satu daripada ratusan remaja seusia cukup muda yang terjebak dengan kegiatan tidak bermoral angkara pengaruh media sosial.

Tidak perlu kita menyelongkar jauh. Cukup kalau kita Google sahaja berlambak-lambar gambar-gambar selfie remaja dalam keadaan tidak berpakaian atau menayangkan aset-aset mereka tanpa segan silu. Itu  belum ambil kira para remaja yang merakam adegan 'berahi' mereka termasuk dalam semak atau di atas motorsikal.

Bagi aku telefon pintar dan media sosial merupakan punca para remaja kita semakin hilang moral. Aplikasi media sosial seperti WeChat, WhatsApp, Badoo, BeeTalk, Tags, Hi5 dan lain-lain antara contoh media sosial yang digilai remaja. Mereka menggunakan aplikasi-aplikasi ini untuk bersosial dia alam maya. Faham-faham sahajalah kalau di alam maya ini segala syaitan semuanya ada, berkeliaran mencari mangsa.

Dengan sedikit pujuk rayu anak-anak gadis yang masih mentah dan berakal pendek ini cepat sangat mengikut kehendak, lebih-lebih lagi lelaki yang mereka kenali di media sosial ini sudah dianggap sebagai "kekasih". Mula-mula dengan kata-kata menggoda melalui tulisan, kemudian bertukar-tukar gambar tanpa pakaian yang akhirnya membawa ke alam nyata.
Dalam hal ini kita tidak boleh salahkan teknologi. Sebaliknya yang perlu disalahkan ialah kita sebagai pengguna dan yang penting ibu bapa. Aku tengok ramai ibu bapa yang memberi kebebasan kepada anak-anak remaja malah di peringkat sekolah rendah lagi, untuk memiliki telefon pintar dengan alasan, kesian sebab rakan-rakan lain semua ada.

Ada juga kata beri telefon bimbit tapi tak ada talian data, tapi mereka lupa begitu banyak talian jalur lebar percuma yang boleh diperoleh di mana-mana. Sudahlah telefon tu sebesar tapak tangan yang kalau anak-anak sorok dalam baju dalam pun mak bapak tak nampak.

Peranan ibu bapa ialah memerhati gelagat anak-anak remaja kita, terutama remaja perempuan. Kalau mereka mengunci diri di dalam bilik dengan telefon di tangan, apakah yang kita fikirkan? Mungkin mak bapak fikir anak kita baik. Dia guna telefon untuk belajar. Tapi siapa tahu kalau dia berhubung dengan lelaki di media sosial?

Bagi aku simple saja. Mencegah lebih baik daripada mengubat. Begitu juga dalam penggunaan media sosial di kalangan anak-anak remaja kita. Bukan begitu?

Kalau anak gadis kita berbual seperti ini di media sosial apa perasaan kita sebagai mak bapak?

Satu Malaya kena "prank" budak perempuan 14 tahun!


Budak perempuan berusia 14 tahun yang sejak seminggu menimbulkan keresahan di kalangan rakyat Malaysia terutama para ibu bapa apabila dia dikatakan diculik oleh empat lelaki yang menaiki van berwarna putih.

Kejadian dilaporkan berlaku Ahad lepas selepas dia tidak pulang ke rumah keluarganya di Klang. Lebih mendebarkan apabila dia menghubungi kakak angkatnya mengatakan dia diculik. Rakaman perbualan mereka menjadi viral di media sosial.

Polis yang menyiasat laporan itu menubuhkan pasukan khas untuk menjejaki anak gadis ini. Malah ada mak bapak lain yang tak lena tidur memikirkan nasib ganis manis ini. Mak bapaknya dah tentulah.

Namun selepas seminggu kehilangan remaja bernama Nur Amirah Athirah ini diratapi hari ini dia dimaki hamun oleh segenap masyarakat. Ini gara-gara dia ditemui oleh anggota polis bersama seorang lelaki yang diakuinya boyfrend-nya.

Hati mana tak sakit beb kalau budak umur setahun jagung dah pandai menipu sedemikian rupa semata-mata untuk menikmati "kebebasan" daripada belenggu ibu bapanya.

Mengikut pengakuannya, dia sengaja mereka cerita diculik untuk membolehkan dia mengikuti teman lelakinya berusia 19 tahun dan selama dia "diculik" khabarnya dia tinggal di rumah lelaki itu.

Cis... cis... cis... Itulah antara sumpah seranah orang ramai terhadap remaja ini. Kesian mak bapaknya. Kesian anggota polis yang siang malam menjejakinya. Kesian juga orang lain yang sama-sama bimbang keselamatannya.

NUR Amirah Athirah Abdul Majid bersama teman lelakinya berusia 19 tahun ketika ditahan pihak polis di sebuah stesen minyak di Banting malam tadi. 
Tapi ternyata itu semua lakonan. Perghhh.... Hebat kau dik! Satu Malaya kau prank dan kencing. Ni minggu depan nak sekolah macam mana ni dik? Nak PT3 lagi...

Apapun janganlah marah sangat dengan dia. Namanya dah remaja, akal singkat. Tak fikir panjang dan masa depan. Apa yang difikirkan ialah keseronokan. Boleh jadi juga pengaruh media sosial.

Kepada mereka yang ada anak remaja macam aku, eloklah mengawasi anak-anak daripada dipengaruhi media sosial. Jangan terlalu diberikan kebebasan menggunakan telefon pintar atau internet. Inilah jadinya.

Apapun aku doa yang terbaik untuk dia, kerana masa depannya masih panjang.