26 May 2016

PRK Sungai Besar ujian getir bagi Noh Omar


PRK Sungai Besar tidak ubah medan ujian bagi Pengerusi BN Selangor, Noh Omar dalam meneraju parti di negeri yang kini dikuasai pembangkang.

Ini kerana selain PRK pertama di negeri ini selepas PRU-13 dan selepas dia dilantik oleh presiden parti untuk mengetuai kepimpinan UMNO di Selangor.

Semua maklum ketika Selangor tumbang kepada pembangkang pada 2008, Najib sendiri yang mengetui UMNO negeri selaku Pengerusi  Perhubungan Negeri. Bagi membantunya beliau telah melantik dua nakhoda iaitu Noh selaku timbalannya dan Zin 'Badak' Mohamed sebagai Penyelaras BN.

Akibatnya pada PRU 2013, UMNO/BN bukan sahaja gagal merampas Selangor malah mengalami kekalahan yang lebih buruk berbanding PRU sebelum ini.

Belajar daripada kesilapan tersebut, Najib kemudian menyerahkan kepimpinan parti kepada Noh yang mempunyai pengalaman dalam Kabinet sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad selaku PM, zaman Pak Lah sehinggalah Najib.

Bagaimanapun ramai ahli UMNO Selangor meragui kepimpinan Noh dan tidak kurang juga yang mencebik beliau. Maklum, beliau banyak menghabiskan karier politiknya di Pusat maka namanya dikatakan kurang dikenali di peringkat negeri.

Namun, Noh tidak mudah mengalah dengan cakap-cakap sumbang mengenainya dan selepas lebih tiga tahun memimpin UMNO/BN Selangor, beliau dikatakan telah berjaya mengembalikan perpaduan ahli-ahli parti.

Bagaimanapun, untuk mengetahui sejauh mana kejayaan Noh memimpin UMNO/BN Selangor sebetulnya bakal ditentukan daripada PRK Sungai Besar pada 18 Jun nanti.

Parlimen Sungai Besar yang mempunyai dua DUN iaitu Sekinchan yang dikuasai oleh DAP dan Sungai Panjang oleh UMNO manakala arwah Norian Kasnon hanya memenanginya dengan majoriti lebih 399 undi sahaja.

Berdasarkan PRU-13 di mana DAP (Ng Suee Lim) menang dengan majoriti 2,239 di Sekinchan manakala Budiman Zohdi pula menang dengan majoriti 2,183 undi di Sungai Panjang jelas menunjukkan persaingan sengit pada PRK kali ini.

Dan sekali lagi, kunci utama kemenangan UMNO/BN adalah pengundi Cina terutama di Sekinchan. Jadi, jelas PRK Sungai Besar bukan sahaja bakal mengukur sejauh mana kepimpinan Noh di Selangor, tetapi juga mengetahui sejauh mana pengundi Cina kembali ke pangkuan MCA/BN seperti mana berlaku pada PRN Sarawak tempoh hari.

Dan tidak salah juga untuk dikatakan bahawa PRK Sungai Besar juga merupakan ujian awal untuk mengetahui sama ada UMNO/BN mampu merampas kembali Selangor pada PRU-14 nanti.

Maka semua pihak menantikan PRK Sungai Besar dengan penuh debar...

21 May 2016

Pemain Piala Uber paling seksi...

Ramai yang kecewa bila skuad Piala Thomas kita gagal menjejak kaki di final selepas tumbang kepada Denmark 2-3 sebentar tadi. Tak apalah. Skuad kita memang dari awal lagi tidak diberikan harapan menggunung. Masuk ke separuh akhir pun dah kira bonus.

Tapi tak apa. Untuk meredakan kekecewaan semua, meh kita tengok pemain Piala Uber yang paling seksi sekali tahun ini. Daripada ramai-ramai pemain badminton wanita, pemain India yang satu ini memang tersenarai paling atas.

Beliau ialah Jwata Gutta, pemain beregu wanita India yang turut bersaing di pentas Piala Uber kali ini. Malangnya skuad Uber India pun dah pulang awal selepas ditewaskan China di peringkat suku akhir.

Apapun kemunculan Gutta dikatakan sering menjadi tumpuan bukan sahaja mereka yang berada di luar gelanggang malahan juga lensa kamera. Tak caya tengoklah keseksian pemain ini baik di dalam gelanggang mahupun di luar gelanggang.









Nak tau pasal Jwala Gutta nih baik baca kat Wikipedia  lah. Tak kuasa aku nak taip satu-satu...

Chaoss,,,