20 December 2016

Ali Rustam buat come back, Rauf gugat kedudukan Idris?


Bekas Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam yang kalah dengan Shamsul 'Kemetot' di Parlimen Bukit Katil pada PRU-13 khabarnya akan buat come-back dan akan bertanding di kerusi Parlimen pada PRU-14 akan datang.

Khabar ini sudah heboh diperkatakan di Melaka. Mengikut si pencerita, Ali akan bertanding di kerusi Parlimen Masjid Tanah yang sebelum ini merupakan kuota MCA manakala MCA pula akan bertanding di Parlimen Ayer Keroh (kawasan baru).

Ali yang kini Pengerusi Permodalan Nasional Berhad akan menggunakan pengaruh dan hubungannya dengan Najib bagi membolehkan dia bertanding semula pada PRU-14 dan mengembalikan maruahnya yang berkecai semasa PRU-13 lalu.

Sebagai satu-satunya ketua negeri dan Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri yang tewas pada pilihan raya lalu, sudah tentu tidak mudah bagi Ali Rustam untuk berhadapan dengan masyarakat apatah lagi para pengikutnya. Tetapi yang aku kenal Ali bukanlah seorang pemimpin yang mudah kecut dan kendur.

Kalau dikaji sejarah politik Ali Rustam, aku percaya apa yang dikhabarkan ini adalah benar. Cuma yang menjadi penghalang baginya ialah persetujuan Idris Haron selaku Ketua Menteri dan Pengerusi Perhubungan UMNO & BN Melaka.

Apatah lagi aku dikhabarnya kedudukan Idris selaku CM Melaka sendiri bakal terancam jika si Rauf Yusoh bertanding di salah satu kerusi DUN di Parlimen Masjid Tanah. Rauf yang dianggap Setiausaha Kerja UMNO paling cemerlang setakat ini pun sudah memasang kuda-kuda di Masjid Tanah selaku Ketua Bahagian.

Malahan kehadiran Rauf juga boleh mencabar kedudukan Ketua Puteri, Mas Ermieyati untuk pertahan kerusi Parlimen Masjid Tanah. Apatah lagi tempoh Datuk Emy selaku Ketua Puteri akan berakhir atas faktor usia.

Pokoknya kehadiran dua figur politik UMNO, jika benar, bakal mewarnai PRU-14 khususnya bagi negeri Melaka ketika UMNO/BN berhadapan dengan pembangkang yang dilihat semakin ghairah untuk mentadbir negara dan sebahagian negeri pada PRU-14 nanti.

Bagi aku mudah. Siapa pun yang mahu bertanding pastikan mereka boleh membawa kemenangan kepada parti. Kalau memang atas kertas pun dah boleh jangka pencalonan mereka boleh membawa kekalahan, buat apa lagi nak calonkan juga?

Semoga PRU-13 memberi pengajaran kepada semua pihak. Kemenangan untuk parti jauh lebih penting berbanding kemenangan individu. Tak guna  kita menang di satu kerusi DUN sedangkan kita kehilangan Putrajaya atau kerusi negeri.

Muhasabah diri dulu!

19 December 2016

KJ lepas Ketua Pemuda demi jawatan Naib Presiden

"Suatu hari saya akan menduduki kerusi PM...." 
KJ baru-baru ini telah buat pengakuan bahawa dia tidak akan mempertahankan jawatan Ketua Pemuda yang dipegangnya selama dua penggal.

Walaupun beliau tidak menyebut ke mana hala tujunya selepas ini, KJ yang pernah menyatakan impiannya untuk menjadi Perdana Menteri sebelum usia 40 tahun khabarnya kini mengimpikan jawatan yang lebih tinggi dalam UMNO.

Selepas dua kerusi Timbalan Presiden dan satu daripada tiga kerusi Naib Presiden kosong selepas pemecatan Muhyiddin dan Shafie Apdal, kini harapan KJ untuk menduduki jawatan lebih tinggi, atau sebelah kaki sebelum jawatan PM semakin cerah.

Khabarnya KJ akan bergandingan dengan Zahid Hamidi yang sudah tentu akan mengambil alih kerusi Timbalan Presiden yang kosong untuk memastikan impian dan cita-cita dalam arena politiknya sebelum ini tercapai.

Bagaimanapun sudah tentu tiada jalan mudah untuk KJ melainkan beliau berganding dengan  orang yang tepat dan sehingga kini hanya Zahid yang mempunyai kekuatan untuk menduduki kerusi no. 2 dalam parti. Zahid pula bergantung kepada sokongan orang muda yang dibawa oleh KJ di samping karisma dan populariti menantu Pak Lah ini.

Sementara itu, Hishammuddin pula tidak akan semudah itu memberi peluang kepada Zahid untuk menduduki kerusi Timbalan Presiden. Ya, Hisyam akan mencabar Zahid tetapi persoalannya siapa gandingan beliau untuk tiga kerusi Naib Presiden?

Cuma aku tertarik, sejak KJ mengumumkan untuk melepaskan jawatannya, Azwan Bro sudah mula pasang kuda-kuda dengan menggunakan media arus perdana untuk memperkukuh diri dan agar menampakkan usaha beliau membantu parti.

Kerusi belum kosong, bro....
Sampaikan aku baca surat khabar yang satu itu, hari-hari duk keluar muka dan cerita Azwan Bro. Haishh...

Ibarat orang kata, takhta belum kosong! Mungkin sebab semangat orang muda ni lain macam kut? Tak gitu bro?


18 December 2016

Pengakuan: Zai sudah terlanjur sejak darjah enam

Pengaruh media sosial telah menjahanamkan maruah dan moral anak-anak muda kita. - Gambar hiasan
Terkejut berok aku dengar pengakuan seorang remaja ini. Kisahnya begini.

Zai (bukan nama sebenar) baru lepas menduduki SPM bulan lepas di sebuah sekolah berasrama penuh dan bertudung labuh ketika di sekolah.

Ketika membuat pengakuan itu, dia mengaku terlanjur dengan teman lelakinya yang berusia 18 tahun semasa dia mahu menduduki UPSR. Dia sedikit pun tidak menyesal menyerahkan tubuhnya kepada teman lelakinya itu dalam usia sebegitu muda.

"Habis nak buat macam mana encik. Nafsu dah menggebu-gebu. Tu lah suka sangat layan porn." Akui Zai tanpa ada rasa bersalah.

Mujur keputusan UPSR-nya cemerlang dan dia menyambung persekolahan di sebuah sekolah agama dan sekali lagi mendapat 'straight A' semasa peperiksaan PMR.

Katanya, walaupun bersekolah di sekolah agama dan memerlukan dia bertudung labuh, dia masih tetap berhubung dengan teman lelakinya dan sesekali berpeluang mereka melakukan persetubuhan haram.

Perkara itu berlarutan sehinggalah dia berpisah dengan teman lelaki tersebut dan masuk ke asrama penuh sejak Tingkatan Empat.

Begitulah pengakuan berani seorang remaja kepada aku. Memang aku sendiri terkejut dengan pengakuan itu dan aku percaya bukan hanya Zai seorang yang sudah terlanjur sejak seusia 12 tahun. Malah mungkin ada yang lebih muda.

Perkembangan internet dan jalur lebar berkelajuan tinggi sehingga ke segenap skrin telefon pintar mendedahkan lagi para remaja dan kanak-kanak kepada perkara yang negatif, khususnya pornografi.

Malahan pertumbuhan media sosial seperti WhatsApp, Twitter, BeeTalk, Facebook dan pelbagai lagi memudahkan remaja dan kanak-kanak "bercinta" pada usia muda dan kemudian menjalin hubungan terlarang tanpa diketahui oleh ibu bapa atau orang dewasa lain.

Bila dengar pengakuan Zai ini terbayang wajah-wajah anak-anak remaja aku di rumah. Semoga Allah lindungi mereka daripada melakukan perkara negatif seperti ini. Dan aku harap tindakan aku tidak membenarkan mereka memiliki telefon sehingga berusia 18 tahun dapat mengekang mereka daripada terdedah dengan dunia negatif media sosial pada usia terlalu muda.

Subhanallah!


* Kisah benar dan dicerita sendiri kepada penulis ketika penyamaran di media sosial.

Orang Terengganu sebar Islam sehingga ke Bali. Jom baca!

Batu bersurat bukti bertapaknya Melayu dan Islam di Bali, Indonesia.
Belek-belek website sana sini aku terbaca satu kisah yang menarik dalam portal berita www.mymetropost.com  mengenai ulama asal Terengganu yang mengembangkan syiar Islam sehingga ke pulau Bali, Indonesia.

Antara laporan itu dinyatakan:

"JIKA menyebut nama “terengganu” rata-rata penduduk Loloan di Jembrana, Bali, Indonesia mengetahuinya sebagai satu nama di Malaysia. 

Hal ini kerana sebahagian daripada penduduk kampung tersebut dikatakan berketurunan seorang anak muda dari Terengganu yang datang dan menetap di kampung tersebut pada abad ke-18 lalu. Pemuda tersebut, Muhammad Ya’qub dikatakan telah berkahwin dengan penduduk Melayu tempatan.

Menurut buku Sejarah Masuknya Islam di Bali II tulisan I Wayan Reken,  Muhammad Ya’qub datang ke Jembrana bersama rombongan Syarif Abdullah Yahya al-Qadri, seorang pembesar dari Pontianak, Kalimantan pada tahun 1799.  Turut bersama dalam rombongan tersebut ialah orang Bugis, Melayu dan Arab."


Jomlah orang Terengganu baca kisah ini. Menarik untuk dikongsi dan dibuat kajian mendalam.

Khabarnya penulis ini buat kajian sendiri dan sanggup ke Bali untuk membongkar kebenaran tentang wujudnya perkampungan orang Terengganu di Pulau Dewata itu.

Aku ingat media arus perdana pun tak ada yang sudi membuat kajian sedemikian. Jauh sekali dari pihak universiti tempatan.