31 January 2017

Agensi kerajaan patut tidak sertai Liga Malaysia

Tak adapun anggota polis jadi pemain PDRM dalam Liga Malaysia, kan?
Tan Sri Annuar Musa disiasat berhubung dakwaan beliau meluluskan penajaan Mara dan UniKL untuk pasukan Kelantan. Ia rentetan pendedahan oleh TMJ berhubung penajaan pasukan itu oleh agensi kerajaan tersebut.

Aku tak berani nak tuduh wujudnya rasuah walaupun SPRM ada menjalankan siasatan berhubung kes ini. Annuar Musa pun dah digantung tugas sebagai Pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd. Dan menteri yang jaga Mara, Ismail Sabri pun dah minta hentikan semua penajaan terhadap pasukan The Red Warriors sebelum ini.

Dalam hal ini aku menyokong tindakan KKLW yang menghentikan penajaan terhadap pasukan bola sepak dari Pantai Timur itu. Memang tidak wajar jika duit Mara yang disediakan untuk membantu bumiputera dalam pendidikan dan perniagaan digunakan untuk menaja pasukan bola sepak.

Soal siasatan terhadap Annuar aku tak mahu masuk campur. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Cuma aku nak cakap, kalau agensi kerajaan seperti Mara tidak dibenar menaja pasukan bola sepak bagaimana pula dengan kelab-kelab bola yang mewakili agensi kerajaan dan pihak berkuasa seperti ATM, PDRM, SPA FC, Penjara atau UiTM FC?

Bukankah pasukan-pasukan ini juga menggunakan dana kerajaan atau lebih gemar dikatakan 'duit rakyat' untuk membayar gaji pemain serta pengurusan kelab?

Aku faham ATM, PDRM, Penjara memang dah sertai Liga Malaysia sejak zaman 70-an lagi. Ramai juga pemain kebangsaan yang berasal dari pasukan agensi penguatkuasa berkenaan. Tetapi itu dulu ketiga Liga Malaysia belum jadi profesional atau baru semi-pro.

Sekarang ini liga bola sepak kita sudah diswastakan dan sudah jadi fully-profesional. Tengoklah bayaran gaji pemain ditambah dengan pemain import dan juga pengurus import. Mana nak cekau duit nak bayar mereka ini semua.

Masa zaman Ghani Minhat atau Mokhtar Dahari pemain bola kita tidak makan gaji. Mereka bermain secara suka rela atau adalah sedikit elaun untuk mereka. Jadi kalau setakat itu sudah tentulah kos pengurusan tidaklah tinggi mana. Jadi sudah tentulah kos bagi pasukan ATM, PDRM atau Penjara masih lagi dapat dijangkau.

Sekarang ini gaji pemain saja RM50,000 ke atas sebulan. Kalau 10 pemain gaji macam tu bayangkan berapa puluh juta setahun untuk mengurus pasukan bola sepak di Malaysia. Itu baru satu pasukan. Kalau sampai tiga, empat pasukan? Mana kerajaan nak cekau bayar gaji mereka?

Tambah pulak sekarang ini kerajaan sedang senak sebab ekonomi meleset sampai peruntukan kementerian kena potong sana-sini. Nak tak nak pasukan ini berharap pada pihak swasta. Dan pihak swasta pula sudah tentulah mengharapkan pulangan daripada penajaan mereka.

Bayangkan pasukan ATM atau PDRM dapat penajaan daripada pihak korporat, apa berlaku jika pihak penaja mereka melakukan kesalahan jenayah misalnya. Takkan agensi berkaitan "sanggup" menangkap "majikan" mereka sendiri? Tak gitu.

Benda-benda macam inilah yang patut dilihat dan aku rasa eloklah pasukan ATM dan PDRM serta IPTA menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia. Kehadiran pasukan mereka pun bukan  memberi impak yang besar kepada masa depan bola sepak negara.

Kalau nak sangat masuk main setakat Liga FAM dah memadai. Kos tak tinggi. Player import pun tak
 ada.

Daripada berhabis dana untuk urus pasukan bola, elok dana-dana tu digunakan untuk keperluan agensi berkaitan dalam meningkatkan keselamatan negara. Dan pihak IPTA pula boleh guna dana untuk tingkatkan R&D. Bukan buang berjuta-juta setahun di tengah padang yang tidak memberi pulangan apa-apa kepada agensi berkaitan.

Tak gitu?

Senarai pasukan mewakili agensi kerajaan dalam Liga Malaysia:

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Liga Super
2. Felda United - Liga Super
3. PKNS FC - Liga Super
4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - Liga Premier
5. DBKL - Liga Premier
6. SPA FC - Liga FAM

Share this

0 Comment to "Agensi kerajaan patut tidak sertai Liga Malaysia"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.