04 January 2017

Bila orang PPBM tuduh orang UMNO perasuah

Kalau dah totok UMNO
Tak tahu nak cakap sama ada aku nak gelak atau menangis simpati dengan segelintir pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian yang kini mendukung perjuangan parti bunga raya, PPBM.

Sebabnya puak-puak ini walaupun tidak mahu melepaskan jawatan mereka dalam UMNO tapi pada masa sama mula menghentam kepimpinan parti itu dan secara terbuka menyokong pula parti tajaan Tun M dan Muhyiddin.

Yang aku nak gelak mereka sekarang bukan main lagi menghentam pemimpin UMNO konon korup, makan rasuah,  makan duit haram dan kaya raya sebab dapat projek sana sini tapi mereka ini sendiri pun hidup senang kerana ada jawatan dalam UMNO sendiri. Dan sebab berjawatan dalam UMNO-lah mereka dapat projek sana sini dan hidup mewah serta kaya raya tujuh keturunan.

Sekarang bila dan tak sebulu dengan pucuk pimpinan mereka lempar tuduhan macam-macam yang sebetulnya terkena muka sendiri. Yang peliknya, mereka yang menuduh Najib kaki songlap duit 1MDB dan duit derma ni pun bukan orang tak tau kaya pun sebab jadi pemimpin dalam UMNO. Songlap duit peruntukan kempen pilihan raya, dapat AP import sana-sini tapi ada hati nak serang orang lain konon tak integriti.

Kalau dah parti baru pun dari acuan sama, sumber sama, takkan ke mananya. Kalau pun PPBM ni sekuat UMNO suatu hari nanti (kalau... kalauuu...) aku yakin dan percaya, para pemimpin dan puak-puak mereka pun lahap macam masa depa duk dalam UMNO jugak.

Tapi dengar khabarnya mereka yang dahulu lantang duk hentam UMNO walaupun mereka belum lepas jawatan dalam UMNO dah mula kendur dan acah-acah kembali ke UMNO apabila mereka gagal menjadi pemimpin PPBM di peringkat bahagian.

Tambah lagi apabila parti yang baru ditubuh beberapa bulan lepas dah bergolak dengan berlakunya pecat memecat dan lompat melompat parti.

Nampak sangat perjuangan mereka sebetulnya semata-mata untuk kepentingan peribadi dan tembolok masing-masing. Bila dah tak dapat jadi pemimpin parti baru, mereka kembali ke UMNO. Orang macam ini layak ke kita angkat jadi pemimpin kita?

Atau memang orang politik macam tu ke? Mulut manis tapi lidah bercabang-cabang? Chisss....

Share this

0 Comment to "Bila orang PPBM tuduh orang UMNO perasuah "

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.