Bila 'pegawai khas' kuasai pejabat menteri


Aku senyum jeh bila berita seorang Pegawai Khas Hishammuddin didakwa hari ini kerana terima suapan sebanyak RM800,000 daripada seorang kontraktor.

Aku tak tahu modus operandinya tetapi ramai yang bagi tahu aku kalau kat kementerian mana-mana pun ramai penjaga pintu sebelum dapat jumpa pak menteri. Pegawai khas itu ini. Itu belum masuk deretan berjawatan setiausaha.

Kalau nak lobi projek kat menteri kena melalui orang-orang ini dan mereka akan kenakan tol. Bukan sikit-sikit mintak. Semua main persen. Kadang sebelum dapat projek kena tol saja beratus ribu. Itu belum kira di peringkat kementerian. Dari pion sampai KSU. Semua nak kena hulur.

Tapi itu yang diberitahu orang kat aku. Aku sendiri tak pernah ada pengalaman macam tu. Maklum aku bukan bisnesman apa lagi nak lobi projek kat pak-pak menteri. Dan aku sendiri pun tak kenal rapat dengan mana-mana pak menteri.

Aku juga diberitahu kalau banyak jawatan di pejabat menteri ini diwujudkan untuk menampung orang-orang kawasan (bahagian). Tak kurang juga yang mengaku sebagai pegawai khas kepada menteri itu ini walaupun tak ada pejabat pun kat kementerian berkenaan.

Kerja para pegawai ini ialah mencari projek untuk dibawa kepada pak menteri. Kalau projek sangkut dapatkan persen daripada kerja melobi mereka ini. Tak hairan ada pegawai khas pak menteri yang kerjanya duduk di jabatan tertentu semata-mata nak melobi projek untuk 'kawan-kawan'. Yang duduk mengadap KSU setiap hari jangan ceritalah.

Kadang tu aku pelik berapa banyak pegawai seorang menteri sampai bila jumpa saja hulur kad, tu dia pegawai khas menteri sekian sekian. Siap dengan alamat pejabat kementerian. Kadang kadang menteri pun tak tahu mereka jadi pegawai dia.

Jadi elok juga kalau SPRM pantau pegawai-pegawai khas menteri ini baik yang sah mahupun tidak sah. Mereka bukan sahaja merosakkan imej menteri berkaitan tetapi juga memburukkan nama kerajaan dengan menggunakan jawatan mereka untuk melobi projek dan mendapatkan komisyen daripadanya.
Bila 'pegawai khas' kuasai pejabat menteri Bila 'pegawai khas' kuasai pejabat menteri Reviewed by mesin taip buruk on 2/02/2017 01:12:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.