22 February 2017

Siapa bayar ratusan ribu untuk dapatkan rakaman CCTV Jong-nam?


Dari awal lagi aku tertanya-tanya macam mana rakaman CCTV di klia2 yang menunjukkan detik-detik Kim Jong-nam dibunuh dapat diperoleh stesen TV luar negara yang kemudian viral di seluruh dunia?

Sebabnya aku rasa hanya dua pihak saja yang mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV ini iaitu pihak polis yang menjalankan siasatan dan juga bahagian keselamatan airport. Kalau orang awam amat mustahil dapat mereka mendapatkan rakaman ini, melainkan dia seorang hacker yang maha hebat.

Yelah media tempatan pun tak dapat footage tersebut macam mana dalam tempoh hanya beberapa hari selepas kejadian rakaman CCT tersebut sudah sampai ke Jepun dan Korea Selatan yang kemudian disiar di TV negara itu sebelum viral ke seluruh dunia menerusi YouTube.

Tapi aku dengar-dengar khabar ada pihak tertentu telah membayar ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan rakaman CCTV tersebut  yang kemudian dijual kepada stesen TV luar negara. Siapalah yang sanggup berhabis sebanyak itu untuk mendapatkan rakaman tersebut yang juga bahan bukti utama siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara ini? Tapi aku percaya pelaburannya berbaloi sebab rakaman ini sudah tentu mendapat permintaan yang tinggi memandangkan ini kes berprofil tinggi.

Hemmm... eloklah kalau MAHB dah report polis pasal kebocoran rakaman video ini. Sebabnya selain mengganggu siasatan ia juga sebagai balasan kepada pihak-pihak yang sengaja mencari keuntungan daripada kesusahan orang lain.

Satu lagi aku nampak media tempatan ni agak perlahan dalam melaporkan kes pembunuhan berprofil tinggi ini berbanding media asing. Yelah, kalau bukan laporan media asing sudah tentu rakyat Malaysia tak tahupun ada kejadian pembunuhan di klia2.

Polis Malaysia pun tak ada nak siasat secara terperinci kematian seorang penumpang yang menerima rawatan di klinik klia. Dan media tempatan pun masih lagi lena tidur dibuai aircon atau sedang ketuk berita sambil kunyah kuaci di pejabat.

Bak kata kawan aku orang lama dalam dunia kewartawanan. Wartawan sekarang tak macam dulu berusaha mencari berita eksklusif sampai sanggup panjat tembok dan kena halau. Wartawan sekarang semua harap sidang akhbar jeh. Paling-paling tunggu update kat media sosial... Hemm


MTB: Wartawan sekarang cedok sumber dari blog dan blogger pula tulis blog mengalahkan wartawan. Dunia dah tunggang-langgang ke apa ni?


Share this

0 Comment to "Siapa bayar ratusan ribu untuk dapatkan rakaman CCTV Jong-nam?"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.