06 February 2017

Gelaran Datuk, Doktor dan Ustaz... satu anal-isis

Permintaan yang tinggi mendorong wujudnya sindiket penjualan gelaran palsu.
Inilah tiga gelaran yang menjadi kegilaan di kalangan orang kita kerana bagi mereka kalau memiliki salah satu, dua atau ketiga-tiga gelaran ini akan dipandang tinggi oleh masyarakat sekali gus membuka laluan mudah untuk berjaya dalam hidup sama ada perniagaan atau politik.

Sebab itu ada yang sanggup bermodal berpuluh ribu untuk mendapatkan gelaran Datuk. Tak kurang juga bermodalkan RM30 untuk letakkan gelaran itu pada kad nama sahaja. Sebab itulah gelaran Datuk ini dikatakan ada tahapnya, iaitu Datuk A, B atau C.

Datuk A adalah anugerah yang diberi oleh raja-raja Melayu, B adalah Datuk beli manakala C adalah datuk selepas dapat cucu. Jadi sebaiknya kalau ada kawan mengaku "Datuk" elok tanyalah dulu Datuk yang mana satu... A, B atau C hehehe.

Nak cerita pasal Datuk beli ni masya-Allah dalam masyarakat kita banyak betul dapat gelaran semacam ini. Tak dapat beli dari raja-raja Melayu mereka sanggup "beli" dari raja-raja Jawa. Asalkan dapat gelaran Dato. Tak heran bila makin banyak "orang besar" yang beri gelaran Datuk kepada mereka yang mahu.

Mujurlah kerajaan dah keluarkan akta pemberian gelar palsu ini. Kalau tidak entah mana-mana raja jeh yang boleh bagi gelaran itu ini, asalkan ada yang sanggup membayarnya.

Selain gelaran Datuk, tak kurang hebatnya adalah gelaran Doktor Falsafah. Gelar ini pun menjadi buruan orang kita walaupun belajar takat SPM saja. Sebab itulah sekarang ini muda-muda dah dapat gelar Doktor Falsafah. Bila tanya kajian yang dibuat sampai dapat PhD barulah menggelabah. Ada tu bila tanya dapat PhD dari mana kejap kata UM, kejap UPM kejap UKM.

Paling-paling elak kantoi mulalah kata ini gelar Doktor Kehormat yang dianugerah oleh pihak universitilah. Eh, apa jasa kau sampai universiti nak bagi gelaran doktor kehormat bagai? Tak, bukan universiti tempatan tapi nun luar negara. Takado University... penah dongar? Hehe

Teringat pula seorang usahawan "air liur" yang memakai gelar Doktor tapi kantoi bila universiti berkaitan keluar kenyataan kata tak pernah bagi gelaran sedemikian kepadanya. Ada juga selebriti tu kata ni gelar doktyor falsafah nak bagi kat syarikat, tapi syarikat tak nak dan bagi kat dia. Ehh... ada juga ke doktor kehormat untuk syarikat? Ingat ni bagi projek ke? Lawak haha

Dan gelaran terakhir ialah gelaran Ustaz. Orang Pas dan PAN suka sangat panggil penceramah mereka ustaz. Asal buka mulut sebut dua tiga hadis dah panggil ustaz. Kira gelaran mulialah bagi kalangan marhain. Ustaz ni sebenarnya maksud dia "guru agama" tapi ada kalangan orang kita gemar gelarkan dirinya ustaz. Tak hairan sekarang ni ada ustaz Pas, ada ustaz PAN, ustaz UMNO dan ustaz DAP.

Pokoknya gelaran ustaz ini kira panggilan mulia dan dihormatilah. Tapi bila tolak ke depan suruh baca doa boleh keluar peluh jantan. Hehehe...

Bagi aku mereka tak salah untuk "memburu" gelaran ini walaupun terpaksa mendapatkannya melalui saluran yang salah atau tidak betul sebab yang salah kita masyarakat sekeliling yang lebih percaya dengan mereka yang bergelar seperti ini. Asal Datuk saja mudah dapat projek. Yang bergelar Doktor pula senang nak jual air liur dan yang ustaz pula senang nak cari bini.

Pokok pangkalnya silap kita masyarakat, bukan depa. Tak gitu?

Share this

0 Comment to "Gelaran Datuk, Doktor dan Ustaz... satu anal-isis"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.