Hayat BN makin pendek jika trend isteri ganti suami jadi amalan

Balu Adenan Satem dicalonkan pada PRK Tanjong Datu.
 Aku tak fahamlah cara berfikir pucuk pimpinan BN ni. Macam dah jadi trend pula sekarang ini apabila suami meninggal dunia ketika masih jadi wakil rakyat, isteri akan menjadi calon untuk menggantikannya.

Mula-mula dahulu di Parlimen Kuala Kangsar apabila Datin Mastura Yazid bertanding bagi mempertahan kerusi arwah suami, Datuk Wan Mohd Khair-il yang meninggal dunia akibat nahas helikopter di Sarawak.

Hari ini balu kepada Adenan Satim, Jamilah Anu pula dicalonkan oleh BN untuk mempertahankan kerusi DUN Tanjong Datu pada PRK kawasan itu.

Apa yang BN nak sebenarnya?

Dahlah si isteri masih berkabung 100 hari selepas kematian suami, ini diminta pula bertanding pada PRK. Kalau dah dicalonkan, kenalah turun padang berkempen. Sepatutnya 'sejarah di Kuala Kangsar' menjadi panduan kepada BN.

Memang betul Mastura masih menang walaupun tidak turun berkempen sebab masih berkabung tapi harus diingat kepayahan yang dilalui oleh anak-anak mereka (nasib baik semua lelaki dan sudah dewasa) yang terpaksa menggantikan ibu mereka dalam setiap kempen, malahan ketika pengumuman kemenangan pun.

Mastura beruntung ada anak-anak yang boleh ganti beliau ketika berkempen pada PRK Kuala Kangsar tahun lepas.
Bagi aku bukan soal dibenar oleh syarak atau tidak, atau disokong oleh anak-anak tetapi trend menjadikan balu sebagai calon pengganti suami, jika menjadi amalan BN aku kira ia adalah tidak baik.

Ini menampakkan bahawa BN sebetulnya ketandusan pemimpin pelapis sehinggakan 'terpaksa' mencalonkan si isteri untuk menggantikan suami mereka, sekali gus meranapkan harapan dan peluang pemimpin pelapis si suami yang setia menunggu dan bekerja keras.

Apakah BN sekarang sudah jadi macam kepimpinan UMNO ke? Dalam UMNO terutama di peringkat cawangan dan bahagian, si bapa tidak akan lepaskan jawatannya sebagai ketua walaupun seuzur mana sekalipun, melainkan kepada anaknya. Sebab itu banyak bahagian UMNO sekarang, bapa jadi Ketua Bahagian, ibu jadi Ketua Wanita dan si anak jadi Ketua Pemuda atau Ketua Puteri.

Dalam UMNO, parti itu sudah menjadi warisan keluarga dan orang lain dah tak boleh masuk campur atau menjadi pengganti. Itulah amalan sesetengah pemimpin mereka.

Dan sekarang amalah seperti itu menular pula dalam memilih wakil rakyat.

Bagus memang bagus. Lepas ini BN akan dilihat sebagai parti anak beranak atau parti suami isteri. Suami meninggal isteri boleh ganti. Orang lain pergi jahanam walaupun mereka bekerja keras siang malam untuk parti.

Sebab bagi BN mereka hanya mengejar kemenangan dan bukannya mencari pelapis untuk memastikan kelangsungan parti untuk masa depan. Tak apa, lepas suami, isteri dan lepas tu ganti pula dengan anak-anak mereka.

Bagus memang bagus!
Hayat BN makin pendek jika trend isteri ganti suami jadi amalan Hayat BN makin pendek jika trend isteri ganti suami jadi amalan Reviewed by mesin taip buruk on 2/01/2017 05:36:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.