Kecoh kalimah Allah pada tapak kasut sekolah

Kasut sekolah yang dikatakan bercorak kalimah الله.
Dua hari lepas seorang ibu telah hantar gambar sekeping surat dari guru besar sebuah sekolah agama di Batu Pahat dalam Whatsapp Grup kelas anak aku berhubung rekaan tapak kasut dengan kalimah الله. Puas juga kami mak bapak duk fikir kat mana kalimah الله tersebut.

Ada beberapa ibu bapa yang kata tak nampak pun kalimah tu. Aku sendiri pun puas jugak mencari-cari kat mana kalimah tu sampailah aku terima sekeping lagi siap ditunjukkan kalimah tersebut.

Bila sebut kalimah الله ni teringat aku dengan salah seekor ikan koi yang dibeli isteri aku untuk anak-anak. Dah beberapa hari ikan-ikan tu duduk dalam akaurium anak. Tapi maklum kali pertama ada akuarium kat rumah, aku lepas balik kerja nak hilang lelah duk mengadap akuarium tu sambil tengok gelagat ikan-ikan tersebut. Isteri aku kata bagus untuk release stress dengan tengok ikan.

Dalam duk perhati ikan-ikan tu aku perhati seekor ikan koi aku ni ada corak-corak yang menarik perhatian aku. Tau apa dia? Hemmm.... macam kalimah الله. Aku tanyalah isteri dan anak-anak aku pasal tu tapi mereka kata tak macam kalimah الله pun.

Ikan koi anak aku yang macam ada kalimah الله.
Bagi aku mudah saja. Kalau kau tenung awan dan nampak macam-macam bentuk kan? Kalau dalam otak kau fikir ayam makan bentuk dia macam ayamlah. Begitu jugal soal kalimah الله ini. Kalau kau nampak ia macam kalimah, ya akan jadi kalimah الله lah.

Tapi aku percaya pereka bentuk kasut tersebut tidak ada sebarang niat untuk buat corak berbentuk kalimah الله melainkan ia kebetulan mirip sahaja. Dan kalau kau tengok tenung dari segala sudut memanglah akan nampak seperti kalimah tersebut.

Begitu juga isu salib pada masjid Nusajaya dulu walhal ia adalah kerana dilihat dari satu titik maka kelihatan macam kayu bersilang berbentuk salib.

Apa pun ia bergantung kepada kepercayaan dan keyakinan. Macam kita yakin dan percaya bahawa Najib tu pemimpin paling musibat maka nampaklah keburukannya, dan tenggelamkan segala kebaikannya. Dan kalau kau yakin dan percaya LKS itu baik maka nampaklah segala kebaikannya dan tenggelamlah segala kedajalannya.

Wallahuaklam
Kecoh kalimah Allah pada tapak kasut sekolah Kecoh kalimah Allah pada tapak kasut sekolah Reviewed by mesin taip buruk on 2/19/2017 03:25:00 PM Rating: 5

1 comment:

  1. MEMANG ORG ISLAM SUKA SANGAT CARI BENDA SALAH TP DEPAN MATA ANAK2 MELAYU JD TAIK DADAH, BOHSIA, MEREMPIT LAST2 JD BARUA DI KEDAI2 CINA TAK NAMPAK PULA..

    ReplyDelete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.