Muhyiddin mimpi siang hari... Pakatan tak mungkin jadi macam BN


Muhyiddin Yassin nampaknya bermimpi di siang hari apabila mahu menjadikan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP untuk menjadi sebuah parti koalisi macam Barisan Nasional (BN) di mana parti mewakili Melayu akan mendominasi pakatan tersebut.

Aku berkata demikian sebab aku boleh potong kuku hitam bahawa DAP tidak akan menerima gagasan yang mahu dibawa PPBM itu kerana semua orang tahu bahawa DAP adalah parti cauvanis yang kuat kecinaannya walaupun mereka cuba konon-konon menunjukkan ia sebuah parti pelbagai kaum.

DAP sudah pasti menolak idea Muhyiddin yang mahu menjadikan PPBM seperti UMNO dalam BN yang menguasai parti tersebut kerana ia tidak selari dengan perjuangan DAP selama ini. Malah DAP sebetulnya sejak sekian lama menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang baik semasa Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun kini menerusi PH sekarang.

Hal ini boleh ditanya kepada Pas yang entah sekian kalinya terguris hati dengan DAP yang acap kali menunjukkan mereka "bos" dalam pakatan pembangkang dan sanggup menolak idea dan pandangan parti lain khususnya Pas. Sebab itulah sekarang ini Pas seakan-akan berpatah arang dengan DAP (tak tahulah kalau semasa PRU-14 nanti Pas buat pusingan U sebab pak-pak lebai Pas ni bukan boleh dipakai).

Lagipun siapalah PPBM nak menguasai PH yang turut dianggotai oleh PKR dan PAN itu. PPBM baru tak sampai setahun penubuhan sudah menunjukkan tanda-tanda "mahu berkuasa" dan sehingga kini pun DAP masih belum "mengiktiraf" PPBM apabila tetap menamakan Anuar Ibrahim atau Wan Azizah sebagai PM jika mereka menguasai Putrajaya.

Peranan PPBM dalam  PH tidak lebih hanya nasi ganja kepada DAP yang mahu melihat orang Melayu terus berpecah belah menerusi pelbagai parti. Mereka sudah menaja PAN untuk memecahkan Pas dan kini PPBM yang merupakan serpihan terbaru UMNO  pula 'dikuasainya' menerusi PH.

Apakah suara PPBM akan didengari dalam PH?

Aku yakin nasib PPBM akan sama seperti Pas semasa dalam pakatan pembangkang atau senasib Melayu-melayu dalam DAP yang tidak ada peluang untuk berada dalam barisan kepimpinan parti majoriti keahliannya orang Cina itu.

Kalau adapun hanya sekadar "penyedap di atas katil" di mana selepas hajat sudah dicapai mereka akan ditendang seperti kain buruk. Begitulah yang dilakukan DAP terhadap Pas selama ini.

Jadi bagi aku Muhyiddin tak usah berangan untuk menjadi "UMNO" dalam PH kerana PH bukan BN. Ideologi BN jauh bertentangan dengan ideologi PH. Kalau Melayu menguasai BN, sebaliknya PH dikuasai oleh kaum Cina.

Malulah sikit Muhyiddin...
Muhyiddin mimpi siang hari... Pakatan tak mungkin jadi macam BN Muhyiddin mimpi siang hari... Pakatan tak mungkin jadi macam BN Reviewed by mesin taip buruk on 3/28/2017 10:26:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.