08 March 2017

Punca orang Cina tidak hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan

Ramai ibu bapa bimbang anak-anak mereka hilang "kecinaan" jika belajar di sekolah kebangsaan.
Beberapa minggu lepas aku berkenalan dengan dua wanita Cina secara tidak sengaja dalam satu majlis. Seorang lahir di Pulau Pinang dan seorang lagi orang Terengganu. Kami berbual panjang dalam banyak isu. Dalam duk sembang-sembang salah seorang bercerita pengalaman lucunya memasang 'promosi Tahun Baharu Cina' terbalik gara-gara dia tidak tahu membaca tulisan Cina.

Aku terkejut. Eh takkan lah orang Cina tidak tahun membaca bahasa Cina? Tanya aku. Dia mengaku memang dia tak tahu dan dia juga tidak lancar bercakap bahasa Cina. Sebabnya dia dahulu belajar di sekolah kebangsaan.

Seorang lagi rakannya juga mengaku tidak fasih bercakap Tionghua, apatah lagi untuk membaca dan menulis sebab dia juga dahulu belajar di sekolah kebangsaan dan meneruskan pengajian di UKM. Malah dia kata dia lebih mahir bercakap Melayu daripada bercakap Cina.

Jadi fahamlah aku kenapa ibu bapa orang Cina tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan sebab mereka bimbang anak-anak mereka hilang "kecinaan" mereka. Mereka takut anak-anak mereka menjadi "melayu" seperti mana dua kenalan aku di atas.

Apatah lagi sekolah kebangsaan terlihat terlalu "kemelayuan" dan "keislaman" termasuk kewajiban membaca doa di perhimpunan atau sesetengahnya mengamalkan bacaan yasin setiap pagi Jumaat. Keadaan ini konon tidak begitu selesa bagi kaum lain.

Dalam hal ini aku percaya ibu bapa hanya berlandaskan persepsi ditambah dengan hasutan pihak-pihak tertentu atau parti politik tertentu. Sedangkan kenyataannya seseorang Cina tidak akan jadi Melayu jika hanya sekadar belajar di sekolah kebangsaan. Dan orang Melayu juga tidak akan jadi orang Cina semata-mata belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Seingat aku sehingga kini belum ada satu kajian dibuat tentang perbezaan orang Cina yang dapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan mereka yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan. Aku harap ada pihak yang sudi tampil membuat kajian dan daripada situ kita dapat lihat siapa yang lebih "berjaya".

Kalau dari pemerhatian aku di kalangan rakan-rakan dan kenalan, aku tengok mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan ni jelas-jelas lebih mahir berbahasa Melayu dan Inggeris manakala mereka yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan gagal bercakap dengan baik dalam bahasa Melayu dan sesetengahnya dalam bahasa Inggeris.

Tidak hairan kalau ada orang Cina yang lahir di Malaysia, bersekolah di Malaysia dan masuk universiti di Malaysia tetapi tidak boleh bercakap Melayu tetapi ada hati nak mengaku "kita orang Malaysia" dan mahu tuntut hak yang sama dengan  kaum bumiputera.

Share this

0 Comment to "Punca orang Cina tidak hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan"

Post a Comment

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.