22 May 2017

Mahathir elok masuk MLM


Aku rasa elok jugalah Mahathir masuk Maharaja Lawak Mega (MLM) sebabnya aksi dan perilakunya semakin kelakar sehinggakan boleh pecah perut tahan ketawa.

Mau tidaknya hari-hari buat lawak walaupun sekali-sekali lawaknya kelihatan bodoh.

Terbaru dia sain petisyen untuk bebaskan Anwar daripada penjara. Tak lawak ke tu? Bukankah dia juga yang penjarakan laki Wan Azizah ini masa dia berkuasa dulu? Dipecatnya Anwar sebagai TPM dan Timbalan Presiden UMNO dan dihumbannya ke Sungai Buluh sebab salah laku meliwat.

Lapan tahun Anwar meringkuk dipenjara sampai tertubuhnya Parti Keadilan Nasional (sekarang dikenali Parti Keadilan Rakyat -PKR). Itu pun sebab Pak Lah jadi PM dibebasnya Anwar. Kalau dia masih berkuasa mahu ditambah lagi hukuman.

Sekarang ini orang yang sama juga mahukan Anwar dibebaskan daripada penjara, pun atas kesalahan meliwat. Apa ke hei ni yeop?

Mahathir boleh kata tindakannya dulu memenjarakan Anwar atas maklumat Ketua Polis Negara pada masa itu. Jadi sebab itu dia percaya dan hukum Anwar.

Dalam soal mengenakan hukuman dia bukan atas sebab percaya atau tidak percaya tetapi berlandaskan bukti-bukti yang ada maka seseorang tertuduh dikenakan hukuman.

Masa Mahathir jatuhkan hukuman penjara terhadap Anwar, hampir majoriti rakyat Malaysia tidak percaya perlakuan tidak senonoh Anwar, ahli politik yang kelihatan suci itu. Kenapa Mahathir masih lagi menjatuhkan hukuman terhadap Anwar?

Dan hari ini peristiwa sama berulang tetapi Mahathir boleh kata Anwar tidak bersalah dan layak dibebaskan dan kemudian diangkat menjadi Perdana Menteri Ketujuh (bab ini pun satu hal lagi... nantilah aku ulas dalam posting akan datang).

Benarlah kata orang Pas. Eloklah Mahathir ni duduk masjid dan buat amal ibadah menunggu hari-hari kematian daripada duk kacau-bilaukan negara semata-mata tidak puas hati dengan Najib.

Hanya kerana marahkan nyamuk, Mahathir sanggup bakar negara, umat Melayu dan agama Islam...

Dia lupa bahawa 1 undi DAP bermakna 1 undi menolak Islam. Nak masuk neraka ke?