Banjir... Pengundi Penang belum buka mata?

PM mempengerusikan mesyuarat banjir di Pulau Pinang hari ini. Eh.. eh.. apa bini Guan Eng, Betty Chew (dua kiri) menyibuk buat kat situ?
Bila Pulau Pinang dilanda banjir, ramai puak-puak propembangkang menagih kehadiran Najib ke negeri itu. Tidak terkecuali seorang pelakon remaja yang turut meminta PM untuk turun padang.

Begitu sedihnya puak-puak yang selama ini menghentam Najib kiri kanan, belakang depan, siang malam tapi bila musibah berlaku di negeri yang diperintah pembangkang, jam-jam itu juga menunjukkan muka sedih dan penuh simpati mengharapkan kerajaan Pusat turun membantu.

Ini paling jelas bila Guan Eng sendiri merayu kepada Zahid agar menghantar pasukan tentera membantu rakyat Penang yang sedang dilanda banjir. Nak gelak pun ada bila tengok video rayuan anak Kit Siang ni, nak sepak pun ada.

Masakan tidak, masa Kelantan dilanda banjir besar beberapa tahun lalu, beliau bukan main lantang menghentam kerajaan Pas Kelantan konon tak boleh urus banjir, berlaku rasuah dan duk tarah hutan sampai botak, sebab itulah banjir.

Tapi Allah itu maha adil bila hari ini Pulau Pinang dan beberapa negeri di utara Semenanjung pula dilanda banjir. Berbanding dengan Kedah dan utara Perak, keadaan banjir di pulau itu menjadi tumpuan utama.

Sebabnya kita tahu kerajaan DAP begitu ghairah menarah hutan untuk membangun rumah-rumah dan kondo bertaraf mewah dan sederhana mewah sejak mereka memerintah negeri itu pada 2008. Sampaikan kalau kita ke bahagian pulau negeri itu, seolah-olah seinci tanah mahu dibangunkan rumah-rumah dan kondo bertingkat-tingkat.


Akibatnya berlakulah tanah runtuh di salah satu projek kaki bukit baru-baru ini yang mengorbankan 11 nyawa pekerja kontrak. Tapi macam biasalah, Guan Eng tetap salahkan kerajaan Pusat dan tidak mahu mengaku kelemahan pentadbirannya.

Malahan pulau itu sudah acap kali dilanda banjir kilat yang menyebabkan rumah-rumah ditenggelami air. Para penduduk Pulau Pinang dah banyak kali mengeluh kegagalan kerajaan negeri mengatasi masalah banjir. Haha... Itulah dulu cakap pandai kata kerajaan PR boleh atasi banjir dalam masa sehari kalau menang PRU. Sekarang apa dah jadi?

Aku harap penduduk Pulau Pinang ni ambillah iktibar daripada kejadian banjir ini. Tengok dan menilai yang mana intan yang mana kaca. Ketika bencana dan musibah dihadapi mereka, pemimpin mana yang tampil untuk membantu mereka?

Tumbuk dinding, tanya hati. Nak undi pembangkang lagikah PRU-14 nanti?


Banjir... Pengundi Penang belum buka mata? Banjir... Pengundi Penang belum buka mata? Reviewed by mesin taip buruk on 11/07/2017 01:32:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.