Bapak anti tudung, anak anti budaya Arab

Baru perasan, tak ada yang bertudung dalam keluarga mereka...
Apa nak jadi keluarga mereka ini. Satu demi satu 'kepincangan' pemikiran keluarga ini terkopak. Mungkin Allah nak tunjuk yang mana haq dan yang mana bathil.

Aritu tersebar rakaman temu bual si mak yang katanya nak pakai tudung selepas balik haji tapi si bapa tak kasi. Sebagai isteri yang taat suami kenalah ikut apa kehendak si suamikan.

Patutlah bapanya tu selama jadi PM bermati-matian menolak pelaksanaan hukum hudud yang dibawa Pas dan mengisytihar "perang" terhadap parti itu hanya kerana parti tersebut memperjuang negara Islam.

Sebelum ini ada juga si bapa duk tentang hudud sebab nanti ramai rakyat kita yang tak ada tangan sebab dipotong kalau bersalah mencuri. Aku nak tanya juga masa tu, ramai sangat ke umat Melayu ni jadi pencuri sampaikan takut ramai yang tak ada tangan sebab mencuri?

Sekarang melalak pulak tuduh orang duk mencuri duit rakyat, duit negara berbilion. Kalau dia sokong hudud masa dia berkuasa dulu, agaknya tak ada lagilah pencuri waima peragut apatah lagi nak curi bilion-bilion.

Terkini si anak pula yang "menyerang" orang Arab konon budaya Arab yang tidak sesuai dengan masyarakat di Malaysia. Arabisasi dalam masyarakat kita telah merosakkan orang Melayu. WTH makcik? Bukan ke Nabi Muhammad SAW itu orang Arab?

Baca "Mukhriz anak Kedah yang sudah mengikis "imej" orang Kuala Lumpur"

Hang tatau ke budaya Arab sudah meresap dalam masyarakat kita sejak berkurun lamanya? Nampak sangatlah kau ni dangkal. Tu, bapa kau tu bukan ke keturunan Arab? Eh.. bapa Pakistan. Yelah, Pakistan ingat dari keturunan mana kalau bukan Arab?

Betul juga kata Fathul Bari, kenapa si anak ni beriya-iya tolak budaya Arab hanya kerana semakin ramai orang kita berjubah dan berpurdah. Kenapa dia tidak pula persoal budaya Barat yang diamal oleh orang kita sehingga hilang jatidiri Melayu dan Islam.

Kenapa dia tidak menolak amalan LGBT malah menyokong perjuangan kumpulan terbabit atas alasan hak asasi manusia. Kenapa atas hak asasi manusia, dia boleh pula menolak cara dan budaya Arab yang banyak baik dari buruknya dalam masyarakat kita?

Inilah budaya Arab yang tidak disenangi oleh anak pemimpin itu agaknya. Eh... itu anak siapa tu?
Inilah aku kata keluarga yang mengalami kepincangan. Nasib baiklah si bapa tak lagi memimpin negara. Kalau tidak makin berkecamuk negara dengan pemikiran mereka anak beranak.

Mereka sama ada lupa atau buta bahawa berkembangnya "budaya Arab" yang didakwa oleh si anak apabila semakin ramai umat Melayu memakai jubah atau purdah adalah kerana tahap kesedaran terhadap Islam di kalangan orang kita semakin tinggi, bukan kerana pengaruh Arab.

Orang lain dah makin sedar, cuma mereka anak beranak saja masih lagi tak insaf-insaf....
Bapak anti tudung, anak anti budaya Arab Bapak anti tudung, anak anti budaya Arab Reviewed by mesin taip buruk on 11/27/2017 08:56:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.