Bila Dato Siti terkantoi...


Kecoh satu Malaya bila penyanyi tersohor negara, Dato Seri Siti Nurhaliza terkantoi. Bukan kantoi apa, kantoi pos video 'baby' dia dalam perut. Mungkin sebab teruja sangat nak dapat baby selepas sekian lama berkahwin, maka diapun pos laa video tengah buat ultrasound kat Instagram.

Best part dia lupa kalau video IG ni ada suara. Sekali terdengarlah perbualan si doktor dengan Siti tentang baby dalam kandungannya. “Princess really shy and sopan looks like her mummy.”

Apa lagi, kecohlah dalam kalangan penghuni internet tentang jantina kandungan Siti.

Bila sedar dia dah terkantoi cepat-cepat Siti padamkan posting video tersebut. Tapi sepantas-pantas Siti padamkan posting tu, pantas lagi warga netizan yang sudah awal-awal skrin shot dan buat transkrip perbualan dalam video tersebut.

Inilah masyarakat alam Melayu sekarang. Persetan dengan soal PRU, soal siapa nak jadi PM, soal Arabisasi, soal parti politik itu in....  jantina anak artis pujaan dan kesayangan satu Malaya itu juga yang gebaboom.

Tak apalah Siti. Walaupun kandungan dipercayai perempuan tapi belum tentu lagi. Nak pasti kenalah tunggu kelahirannya nanti sama ada betul baby itu "princess" atau "prince".

Ya idok???

P/s: Pesan doktor, kalau nampak "bird" masa ultrasound tu memang sahlah anak lelaki, tapi kalau tak nampak belum tentu perempuan. Sebab kadang-kadang "bird" dia pandai menyorok dan tak nampak 
Bila Dato Siti terkantoi... Bila Dato Siti terkantoi... Reviewed by mesin taip buruk on 11/27/2017 09:44:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.