Bila pelajar cemerlang UPSR tidak lagi dirai...

Pelajar cemerlang tidak lagi dirai seperti tahun-tahun sebelum ini. - Gambar hiasan
Hari ini keputusan UPSR diumumkan. Tetapi suasananya tidak seperti tahun-tahun sebelum ini. Tiada pengumuman pelajar yang dapat straight A atau sekolah lulus 100 peratus.

Bukan setakat peringkat nasional, malah di sekolah pun pelajar datang bersama ibu bapa sekadar ambil slip keputusan dan balik. Tiada lagi majlis meraikan pelajar dapat keputusan 6A, 5A atau 4A. Ini semua atas arahan Mahdzir Khalid yang begitu prihatin soal moral pelajar yang gagal atau tidak cemerlang.

Dalam hal ini aku memang tabik spring kat Mahdzir. Yelah, sebagai bekas guru sudah tentu dia memahami perasaan para pelajar yang lain, yang gagal mencapai sasaran. Bukan sahaja pelajar malah ibu bapa pun. Kekecewaan pelajar ini walaupun baharu berusia 12 tahun boleh beri kesan psikologi kepada anak-anak.

Jangan terkejut sebelum ini ada pelajar yang gantung diri atau terjun dari bangunan sekolah selepas ambil keputusan kerana gagal mendapat keputusan yang diharapkan oleh ibu bapa.

Hal-hal seperti ini boleh dielak jika pihak sekolah tidak terlalu meraikan pelajar cemerlang manakala pelajar yang tidak mencapai keputusan yang diharap atau mereka yang gagal, bersedih dan penuh pilu di belakang dewan menyaksikan kawan-kawannya menerima pelbagai pujian dan hadiah.

Itu belum lagi mak bapak yang mengherdik atau marah-marah sebab anak-anak tak dapat keputusan yang diharap.

Jadi keputusan kerajaan untuk "merahsiakan" keputusan peperiksaan pelajar UPSR tahun ini merupakan satu tindakan yang wajar biarpun ada suara-suara sumbang menyatakan tindakan kementerian tidak mengumum keputusan adalah bagi mengelak menjadi isu apabila peratusan kelulusan keseluruhan merosot seperti mana berlaku tahun lalu.

Biar apapun alasan kementerian, aku sebagai bapa kepada anak-anak yang sudah menduduki UPSR dan bakal mendudukinya tahun depan menyokong penuh langkah ini bagi mengelak moral dan psikologi anak-anak jatuh.

Tapi aku percaya walaupun pelajar cemerlang tidak dirai di sekolah, mak bapak pastinya akan berlumba-lumba merakam kejayaan anak mereka dan diwar-warkan di media sosial khususnya Facebook. Jadi hari ini akan berlakulah kebajiran selfie mak bapak dengan anak-anak mereka yang lulusa cemerlang. Yang tak cemerlang atau gagal tu hanya melihat dengan tangisan dan lelehan air mata....

Mak bapak ni kadang-kadang tak fikir perasaan kawan-kawan atau saudara mara lain yang anak-anak mereka tidak secemerlang mereka. Nak post ke media sosial ni kadang kala kena fikir juga perasaan orang di sekeliling kita.

Tak gitu?
Bila pelajar cemerlang UPSR tidak lagi dirai... Bila pelajar cemerlang UPSR tidak lagi dirai... Reviewed by mesin taip buruk on 11/23/2017 01:18:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Setuju sesangat dengan tindakan kementerian ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok semua peperiksaan buat macam ni - PT3, SPM & STPM pun...

      Delete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.