Sekolah aliran Inggeris... satu cadangan dangkal


Angin tidak ribut tidak tiba-tiba pak menteri keluarkan cadangan untuk wujudkan semula sekolah aliran Inggeris. WTH bro! Orang tengah nak galakkan wujudkan sekolah satu aliran, tiba-tiba kau bagi idea nak wujudkan semula sekolah zaman kolonial ni apa hal?

Alasan kita dah ada sekolah jenis kebangsaan Cina, Tamil dan sekolah Arab jadi dia nak tunjuk handal nak wujudkan sekolah aliran Inggeris.

Weih bro! Kok nak cari populariti pun agak-agaklah. Tun Razak dulu bersusah payah nak ganti sekolah Inggeris zaman kolonial macam VI, Convent Bukit Nenas, Penang Free School dan lain-lain jadi aliran kebangsaan, tiba-tiba kau nak suruh anak Tun Razak tu bersetuju dengan idea kau nak wujudkan sekolah Inggeris.

Cukup-cukuplah dengan sekolah vernakuler yang ada sekarang dah membebankan negara sebab mewujudkan perpecahan antara kaum dan menimbulkan saling keraguan antara bangsa Melayu, Cina dan India tiba-tiba dan wujudkan sekolah Inggeris pulak.

Jelas-jelaslah idea pak menteri ini bertolak belakang.

Kalau dengan alasan nak tingkatkan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar aku rasa sistem pendidikan sekarang ditambah dengan kelas Dual Language Program (DLP) yang diwujudkan di sekolah-sekolah terpilih di seluruh negara sudah memadai.

Patutnya pak menteri risau dengan masyarakat kita hari ini yang masih lagi gagal menguasai bahasa Melayu dengan baik walaupun mereka lahir, membesar, sekolah dan bekerja di Malaysia tetapi bahasa Melayu mereka lebih teruk dari Bangla, Nepal, Rohingya cakap Melayu.

Kalau tidak masakan Sultan Perak pun boleh tegur SJKC supaya pertingkat penguasaan bahasa Melayu di kalangan murid mereka. Ditambah pula dengan seruan PM sendiri supaya orang Cina pertingkat bahasa Melayu.

Jadi aku harap Kementerian Pendidikan tidak melayani cadangan pak menteri ini nak buka sekolah aliran Inggeris sebab jelas-jelas idea ini bertolak belakang, dan bukannya maju ke hadapan.

Orang sekarang duk fikir Transformasi Nasional 2050 lah weih.

Sekolah aliran Inggeris... satu cadangan dangkal Sekolah aliran Inggeris... satu cadangan dangkal Reviewed by mesin taip buruk on 11/22/2017 04:47:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.