Pengundi Cina semakin 'demanding'

Gambar hiasan saja.
Aku janji nak tulis pasal isu pengundi Cina yang janji nak bagi undi kepada BN dengan bersyarat yang didedahkan oleh seorang ketua UMNO bahagian di Selangor kepada aku tadi.

Ceritanya pengundi Cina datang kepadanya memaklumkan akan memberi sokongan kepada BN dengan syarat  semua kaum dilayan sama rata. Tiada lagi kuota-kuota bumiputera untuk masuk uni, beli hartanah dan lain-lain. Pendek kata Melayu, Cina, India sama rata, sama rasa.

Best part yang mintak semua itu bukannya Cina DAP, tapi puak-puak MCA. Rupanya inilah orang Cina nak sebetulnya. Mereka mahu hak sama rata. Tak ada lagi keistimewaan kepada kaum Melayu. Macam nak minta pinda Perlembagaan negara pun ada.

Jadi si Ketua UMNO ni jawablah. "Baik kita boleh buat macam tu. Saya akan bagitau PM, tapi dengan syarat... syaratnya tiada lagi sekolah Cina, sekolah India. Cuma ada sekolah kebangsaan... mau?"

Dengan pantas itu juga puak-puak Cina ini melenting... "Ohhhh tidak tidak... mana boleh hapus sekolah Cina."

Selesai satu kes. Kes kedua pula... Puak-puak Cina ini persoal pula kenapa orang Islam sibuk halang pesta arak (Octobeer Fest) yang nak diadakan di Selangor. Katanya mereka nak bersuka ria, mabuk-mabuk dan tak ada kena mengena dengan orang Islam. Kenapa orang Islam sibuk pasal Octobeer Fest?

Si Ketua bahagian ini jawab lagi, baik kita boleh tidak ganggu orang bukan Islam buat pesta arak tapi nak tanya satu soalan. Kenapa orang bukan Islam sibuk pasal UU-355? Bukankah itu undang-undang itu untuk orang Islam? Kenapa bukan Islam sibuk dan halang? Cuba jawab?

Sekali lagi puak-puak Cina ini terdiam.

Dalam hal ini aku rasa apa yang dihentam oleh Ketua UMNO ini memang tepat dan jitu. Sekarang ini orang Cina sudah semakin berani bersuara dan lantang. Semuanya hasil dakyah yang dibawa oleh DAP. Dulu kita boleh hidup aman bahagia dengan semua kaum, saling memahami dan saling menghormati. Tapi sekarang semuanya dah berubah. Orang Cina makin naik tocang.

Inilah bahayanya dakyat politik DAP yang membawa ideologi perkauman yang menebal. MCA pula walaupun berada di bawah BN, tapi dalam soal kepentingan kaum mereka, mereka akan menyokong tak kira atas parti mana pun.

Sekarang ini dalam keadaan orang Melayu yang berpecah belah, orang Cina ambil kesempatan untuk membuat pelbagai tuntutan. Tak bagi, mereka akan mengugut atau menyokong pembangkang. Nak tak nak, kerajaan terpaksa mengalah.

Lebih parah lagi sekarang ini banyak dah aku dengar orang Melayu yang bukan main memuji-muji DAP. Mereka anggap DAP jauh lebih baik dari UMNO. Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng lebih integriti daripada Najib.

Nak ke kita ber-PM-kan seorang Cina dari DAP? Nak ke??

Pengundi Cina semakin 'demanding' Pengundi Cina semakin 'demanding'  Reviewed by mesin taip buruk on 11/22/2017 12:24:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.