Pramugari MAS bertudung... kenapa tidak?

Pramugari terlampau... 
Nak tergelak aku dengan komen wartawan pencen, Zam Maidin yang perli Nazri yang katanya semakin Islamik sebab bersuara tentang pemakaian tudung pramugari MAS.

Apa nak hairan pakcik, Mahathir yang dulu cukup anti dengan DAP dan tuduh macam-macam kat Lim Kit Siang hari ni boleh jilat balik kahak yang pernah diludah di muka DAP dan sekarang sama-sama berjuang dengan si kafir harbi.

Inilah namanya politik. Bukannya tak tau sedangkan awak pun orang politik or bekas ahli politik yang boleh swing dan bukan U-turn sesuka hati.

Cuma aku rasa elok Nazri sikitlah berbanding Mahathir sebab Nazri yang dah masuk usia senja ni (walaupun khabarnya baru dapat isteri baru yang jauh lebih muda) mula berjinak-jinak dengan keislamanan. Mahathir pula dalam usia nak masuk seabad, berjinak-jinak dengan puak kafir harbi.

Betullah orang tua-tua kata, permulaan itu tidak penting. Tapi yang lebih penting adalah pengakhirannya. Ada orang masa muda jahat nak mampus, tapi bila penghujung usia bertaubat nasuha dan menjadi orang yang warak. Ada pula jenis masa muda alim bukan main, tapi di hujung usia dia boleh mati dalam kekufuran. Wanauzubillah....

Nazri walaupun ramai yang tahu perangai buruknya, tetapi dia begitu tegas soal diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam bertudung di sektor perhotelan. Dan hari ini beliau menyentuh pula soal pemakaian tudung di kalangan pramugari penerbangan, khususnya MAS.

Inilah yang kita mahu. Seorang pemimpin walaupun bukannya mempunya latar belakang agama yang kuat tetapi apabila melibatkan kepentingan orang Islam, soal agama dia boleh pertahankannya. Bukan jenis lebai-lebai Parti Amanah yang boleh menghalalkan pesta arak dan membenarkan agama dipermain oleh puak-puak kafir DAP. Atas sebab apa? Sebab nak jaga hubungan. Maklum kalau tak ada DAP depa semua mana boleh hidup.

Dalam solan pemakaian tudung dalam kalangan pramugari MAS ini aku memang sokong sangat. Tapi selain dibenar pakai tudung, elok jugalah seragamnya diganti. Dah lama benar aku tengok pramugari MAS ni dengan uniform kebaya batik yang ketat sendat dan terbelah sampai ke paha.

Pramugari Royal of Brunei... cantik bertudung
Kalau dibenar pakai tudung sudah pastilah kena juga tukar pakaian seragamnya. Takkan lah pakai tudung tapi baju ketat sendat sehingga menampakkan dengan jelas bentuk tubuh. Nanti pelik pulak jadinya. Dalam hal ini, elok MAS tengok uniform Royal Brunei yang sopan bertudung dan berkebaya longgar.

Terlanjur dah CEO MAS sekarang orang kita, Melayu dan Islam elok juga kalau seragam pramugari MAS dikaji semula, lebih sopan dan membenarkan mereka bertudung. Takkan rugi MAS kalau pramugari bertudung. Pada masa yang sama elok juga dikaji soal penjualan arak dalam pesawat MAS. Takkan rugi MAS tanpa wanita berkebaya ketat dan minuman keras.

Mana tau kalau MAS menjadi penerbangan "patuh syariah" perniagaan menjadi lebih berkat dan syarikat penerbangan itu boleh mencatat keuntungan tanpa perlu melantik orang-orang kafir dari Barat untuk menerajui syarikat penerbangan negara ini.
Pramugari MAS bertudung... kenapa tidak? Pramugari MAS bertudung... kenapa tidak? Reviewed by mesin taip buruk on 11/23/2017 11:58:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.