Ramai fatah hati bila Fattah-Fazura dah berkahwin ... UPDATED!

KEMASKINI 27/11/2017:
Fattah dan Fazura sahkan bernikah dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di Kuala Lumpur malam ini. Tahniah kepada pasangan ini dan semoga kekal bahagian hingga ke jannah. 

POS ASAL:

Fattah dan Fazura dikatakan sudah bernikah.
Ramai yang fatah hati bila dapat tahu pelakon kayu si Fattah Amin khabarnya sudah bernikah dengan Fazura. Khabarnya mereka berkahwin sehari sebelum berlepas menunaikan umrah bersama.

Seorang kawan aku tak boleh terima apabila Fazura memilih Fattah walhal baru kali pertama digandingkan dalam filem. Kau taulah Fazura tu kan idaman Malaya jugak.

Ramai juga businessman atau ahli politik cuba-cuba mendekati tetapi tak berani. Maklum ramai yang tahu Fazura sebelum ini bercinta sakan dengan seorang kerabat diraja tetapi terputus di tengah jalan. Si kerabat tu pun khabarnya dah berkahwin dan dah ada anak pun.

Khabarnya percintaan antara Fazura dengan kerabat itu tidak mendapat restu keluarga diraja tersebut, maka terpaksalah Fazura angkat kaki. Dan sejak itu Fazura 'keseorangan' sehinggalah di satukan dengan Fattah dalam sebuah drama. Dari situ timbul bibit-bibit cinta dilokasi.

Fattah pun apa kurangnya. Walaupun berlaku kaku bagai kayu tetapi dengan wajah tampan menawan perempuan mana tak menggila.

Pernah aku pergi satu majlis dan di situ ditampilkan Fattah sebagai salah seorang tetamu, mak aih anak-anak dara dan mak-mak dara bukan main terpekik terlolong duk panggil nama Fattah. Tak kurang yang berkejar-kejar semata-mata nak berselfie dengan Fattah, sampai ada yang jatuh tergolek-golek dan patah tumit kasut.

Itulah penangan Fattah dan Fazura.

Bagi aku eloklah mereka berkahwin. Sekurang-kurangnya menyelamatkan Neelofa daripada dimiliki oleh Fattah. Hahahaha... Maka legakan lelaki-lelaki yang selama ini berusaha untuk mendekati dan memiliki Neelofa. Maklum jutawan tudunglah katakan.

Aku?? Hehe... aku dah ukur baju di badan sendiri. Dan aku sedar diri. Biarlah luncai terjun dengan labunya dan aku terjun dengan pelampung.

Tak gitu?
Ramai fatah hati bila Fattah-Fazura dah berkahwin ... UPDATED! Ramai fatah hati bila Fattah-Fazura dah berkahwin ... UPDATED! Reviewed by mesin taip buruk on 11/17/2017 12:10:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.