Artis Mesir dipenjara kerana klip video lucah, artis kita? [VIDEO]

Shyma
Penyanyi pop terkenal Mesir, Shyma dikenakan hukuman penjara dua tahun gara-gara menghasilkan klip video yang ada unsur lucah untuk lagu I Have Issues. Dalam klip video itu ada aksi penyanyi tersebut makan pisang dengan penuh 'berahi' di hadapan para pelajar lelaki dalam sebuah bilik darjah.

Mahkamah di Mesir memutuskan aksi tersebut mempunyai unsur kelucahan yang boleh memberi kesan buruk kepada masyarakat. Maka dia dikenakan hukuman penjara dua tahun sehingga mengundang kemarahan para peminatnya.

Itu di Mesir.

Di Malaysia, artis yang beraksi lucah secara live media sosial bukan sahaja tidak dikenakan sebarang tindakan, malahan dia diangkat dan disanjung oleh pihak-pihak tertentu setelah artis itu menunjukkan "keprihatinan" kepada rakyat melalui media sosial.

Malah dia kini diangkat dan disanjung oleh rakan-rakan artisnya yang lain di samping penyokong parti politik pembangkang selepas dia "menebus dosa" dengan menghentam kerajaan tanpa usul periksa.

Begitulah untungnya jadi rakyat negara ini. Kalau rasa buat salah, atau sememangnya dah terbukti bersalah di mahkamah sekalipun, segala dosa mereka akan dipadamkan jika mereka menyerang kerajaan atau menyokong parti pembangkang.

Sebab itulah ada pemimpin politik yang sudah dipenjarakan dua kali atas salah laku meliwat masih lagi disnjung tinggi dan diangkat untuk menjadi pemimpin negara. Sebabnya, kerana dia adalah ahli politik pembangkang.

Tapi kalau individu berkenaan pemimpin kerajaan, buatlah baik setinggi langit akan tetap dikecam dan dipersalahkan. Itulah untungnya jadi warga Malaya.

Nak tau setakat mana lucahnya klip video Shyma, tengok lah sendiri...

Artis Mesir dipenjara kerana klip video lucah, artis kita? [VIDEO] Artis Mesir dipenjara kerana klip video lucah, artis kita? [VIDEO] Reviewed by mesin taip buruk on 12/14/2017 01:52:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.