IMAMS: Siapa dapat untung, siapa dapat puntung?


Kesihan betul aku dengan Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Mas Ermieyati. Nampaknya dia dijadikan kambing hitam berhubung isu IMAMS.

Manakan tidak, beliau yang umum pelaksanaan sistem tersebut sehingga dikecam oleh banyak pihak. Malah PM dan TPM pun tak setuju dengan pelaksaan sistem ini. Bosnya, Nazri pula salahkan pegawainya (termasuk timbalan menteri?) kata tak faham. Nayaa...

Bukan setakat pengusaha pakej umrah, aku sendiri pun pelik dengan IMAMS ni. Macam ada 'permainan' pihak-pihak tertentu daripada projek IMAMS ni. Banyak kepelikan yang wujud, antaranya...

1. Bagaimana IMAMS boleh diluluskan jika benar tidak dibawa ke Kabinet, atau tidak diluluskan Kabinet?
2. Atau apakah semua pak-pak menteri termasuk PM dan TPM tidur semasa IMAMS dibincangkan di Kabinet?
3. Kalau belum mendapat kelulusan Kabinet kenapa ia dibincang di Parlimen?
4. Bagaimana PM boleh tidak sokong IMAMS hanya selepas diumumkan? Kenapa sebelum ini beliau tidak bersuara tentang IMAMS?
5. Bagaimana timbalan menteri kata IMAMS dibatal sebab pengurusanya dikendali oleh bukan Islam tapi menteri kata ia tak ada kaitan dengan 'bukan Islam?'
6. Bagaimana menteri kata sebab caj yang dikenakan RM90 sebab itu dibatalkan dan bukan RM40 seperti yang dipersetujui, sedangkan dalam Parlimen menteri yang sama kata memang bayaran RM90?

Perghhh... banyak lagi persoalan-persoalan yang timbul berhubung IMAMS ni.

Aku tak mahu bahas soal baik buruk sistem IMAMS ni tapi aku lihat isu tersebut memberi impak tidak elok bukan sahaja terhadap kementerian berkenaan tetapi juga terhadap keseluruhan pentadbiran Najib dan Zahid.

Isu ini jelas menjadi modal kepada pembangkang untuk meyakinkan rakyat bahawa memang adanya 'kepincangan' dalam kerajaan Najib sehingga kerajaan perlu diganti pada PRU-14 nanti. Parah...

Timbalan menteri tak tahu apa-apa, menteri yang 'berbohong', PM dan TPM 'pura-pura' tolak selepas dikecam orang ramai.... inilah yang rakyat yang bakal mengundi dalam PRU-14 nanti bercakap.

Kesian timbalan menteri.... dia jadi kambing hitam.
Aku nak tanya satu soalan saja kepada pak menteri berkenaan... Siapa yang bawa projek IMAMS ini? Siapa yang dapat laba daripadanya? Sebab aku tahu setiap projek yang masuk dalam kementerian, ada pihak-pihak 'lain' yang peroleh labanya. Kalau tak banyak, sedikit.

Bukan nak menuduh tetapi setahu aku itulah keadaannya. Tak taulah kalau keadaan seperti itu tidak wujud lagi dalam kerajaan atau bukan amalan kementerian berkenaan.

Jelas kes IMAMS ini memberi 'kerosakan' kepada kerajaan -- walaupun niatnya baik, iaitu untuk membantu masalah jemaah umrah ditipu -- ketika rakyat sedang menilai prestasi pentadbiran negara sekarang sebelum mereka membuat pilihan dalam PRU-14 nanti.

Betul kata seorang kawan, dalam keadaan semua pihak bekerja keras untuk meyakinkan rakyat bahawa kerajaan sedia adalah yang terbaik, tiba-tiba terpalit pula dengan IMAMS. Naya...

Cuma satu saja aku harap, lepas ini berhati-hatilah dalam melulus dan melaksanakan suatu hal berkait langsung dengan kepentingan rakyat. Takut nanti keadaan berulang, susah nak 'cover' yeop!



p/s: SPRM boleh belek-belek sikit fail IMAMS ni kut?
IMAMS: Siapa dapat untung, siapa dapat puntung? IMAMS: Siapa dapat untung, siapa dapat puntung? Reviewed by mesin taip buruk on 12/18/2017 11:55:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.