Antara Neelofa, Vivi Yusof dan Nur Fatiya....

Vivi Yusof dan Neelofa... siapa lebih sukses?
Aku respek betul dengan Neelofa dan Vivi Yusof. Apa tidaknya dalam keadaan negara - dikatakan oleh puak-puak pembangkang - nak muflis, rakyat papa kedana dik tanggung hutang 1MDB dan GST, mereka berdua boleh pulak jadi jutawan.

Tak macam artis seorang tu, pagi petang siang malam duk komplen sana-sini, keluh kesah konon rakyat lapar, harga barang melambung tinggi dan kerajaan tak peduli kat media sosial.

Neelofa dan Vivi membuktikan bahawa dengan bekerja dengan gigih, berdisiplin, cekal, tidak putus asa, pandai memasarkan diri di tempat yang betul dan strategi pasaran yang baik, mereka boleh berjaya sehingga tersenarai antara kalangan belia yang berjaya dalam perniagaan oleh majalah Forbes.

Tapi bila aku cakap macam tu mesti ramai yang menyindir... alaa anak orang kaya, banyak modal boleh laa berjaya. Kena pula muka cantik!

Tapi artis sorang tu cantik boleh tahan, kaya aku tak pasti sekaya mana tapi tak ke mana pun. Dapat offer berlakon kena tendang sebab masalah disiplin. Lepas tu duk sibuk twit pagi petang siang malam nak perbetul negara.... Kah kah kah. Bukan ke lebih baik perbetul atitude sendiri dulu sebelum sibuk nak perbetul hal ehwal negara.

Sebenarnya bukan hanya Neelofa dan Vivi, malah aku tengok ramai lagi yang berjaya hasil usaha keras, kreativiti sehingga mereka boleh mengubah nasib diri dan keluarga. Tengoklah Wak Doyok, apa sangatlah mamat ni. Dulu tiada siapa nak pandang (khabarnya dulu kerja penjaga parkir, betul ke?) tapi sekarang sudah bergelar hartawan (kalau pun belum jadi jutawan) hanya dengan jual ubat pelebat bulu.

Itu cerita pasal selebriti. Ni hah dekat rumah aku, ramai pendatang asing dari Nepal, Bangla sampailah Rohingya (Indonesia jangan ceritlah) dah bukan bisnes sana sini dan ada yang dah berjaya mengatasi rakyat tempatan. Sebab apa? Sebab mereka gigih berusaha, cekal dan bijak merebut peluang. Orang kita? Siang malam mengeluh mengharap duit jatuh dari langit. Akhirnya marah-marah kat Najib.

Inilah bezanya antara manusia jenis berusaha dan jenis duduk melepak dan mengharapkan dunia mereka berubah.

Hellooo... dalam Islam pun ada sebutlah "tidak berubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang berusaha untuk mengubahnya".

Dah kalau jenis pagi petang siang malam sampai tengah malam sehingga ke awal pagi duk bersungut, mengeluh dengan keadaan negara akhirnya tak ke mana. Siang malam pagi petang duk hamun kerajaan dan Najib, tapi orang asing yang datang ke sini siang malam pagi petang duk bersujud syukur sebab dapat mencari rezeki di sini yang melimpah ruah.

Sekarang ini sudah nak masuk 2018. Dua tahun lagi kita nak masuk tahun 2020 tapi rakyat masih lagi bermentaliti subsidi. Peliknya, pemimpin yang cetus Wawasan 2020 konon untuk menjadikan negara ini sebagai negara maju itu sendiri pun duk melalak siang malam mintak diberikan subsidi kepada rakyat. Habis macam mana nak jadi rakyat negara maju kalau semua benda kerajaan kena suap.

Jangan sampai nanti bila masuk tahun 2020, rakyat asing yang menghuni negara ini pulak maju ke depan dan menguasai ekonomi sebaliknya rakyat tempatan khususnya umat Melayu masih melepak di kedai kopi sambil sembang pasal GST dan 1MDB.

Sedar dirilah yeop!
Antara Neelofa, Vivi Yusof dan Nur Fatiya.... Antara Neelofa, Vivi Yusof dan Nur Fatiya.... Reviewed by mesin taip buruk on 12/05/2017 12:38:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.