Punah! Terengganu jual kilang Perwaja sekalian dengan tanahnya kepada China

Kilang besi Perwaja dah jadi besi buruk....
Aku terkejut beruk baca laporan Bernama yang memetik kenyataan seorang Exco Kerajaan Terengganu menyatakan tapak kilang Perwaja Steel di Telok Kalong, Kemaman telah dijual... sekali lagi dijual kepada sebuah syarikat dari China. Katanya kawasan itu akan dimajukan semula sebagai loji penapisan aspal minyak dan produk kimia.

Aku terkejut sebab begitu mudahnya kerajaan negeri "melepaskan" tanah seluas 150 hektar kepada syarikat asing. Kenapa tidak dipajak kepada syarikat berkenaan untuk tempoh tertentu? Kenapa perlu jual?

Kalau laporan MalaysiaKini ke TMI ke aku boleh juga kata itu fitnah atau spin, tapi ni laporan Bernama kut. Takan agensi berita nasional macam ni boleh salah lapor? Baca ni...


Ya... ya... aku faham kawasan kilang Perwaja tu dah penuh dengan besi buruk. Dah boleh jadi scrap tapi ingat, tanah di kawasan tersebut masih bernilai tinggi dan kedudukannya juga agak strategik. Lalu kenapa perlu dijual besi-besi buruk tersebut dengan kesekelian tanahnya?

Tak boleh ke kerajaan negeri keluarkan modal, bersihkan kawasan tersebut dan bangunkan bangunan-bangunan kilang atau industri yang kemudian boleh disewa. Bukan dengan cara mudah meluluskan tanah kawasan tersebut kepada syarikat asing dari China.

Atau kalau tak ada duit nak majukan sendiri kawasan tersebut, sekurang-kurangnya sewa atau pajaklah tanah tersebut kepada pemaju dalam tempoh misalnya 99 tahun ke. Tak adalah gadai tanah buta-buta kepada orang asing.

Ingat, kalau dah jatuh ke tangan orang asing, sampai mati pun aku rasa tanah tersebut tak akan kembali kepada kerajaan negeri lagi apatah lagi untuk dimiliki oleh orang tempatan. Inilah namanya menggadaikan tanah air kepada bangsa asing.

Guane mung.. dekat-dekat PRU-14 boleh buat lagu tu. Ini semua jadi modal pembangkang dan menambahkan lagi ketidakyakinan rakyat kepada kerajaan sedia ada. Bahkan ia mengesahkan lagi kepercayaan rakyat bahawa kerajaan UMNO/BN sekarang sedang jual tanah air kepada China.

Haishhh...



p/s: Ada orang kata yang jadi exco Terengganu kebanyakannya tak ada lepasan university.... betul ke?
Punah! Terengganu jual kilang Perwaja sekalian dengan tanahnya kepada China Punah! Terengganu jual kilang Perwaja sekalian dengan tanahnya kepada China Reviewed by mesin taip buruk on 12/22/2017 09:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.