Republik Malaysia... Satu bayangan nakal!

Pejuang-pejuang negara Republik Malaysia ke ni?

Masa aku pandu kereta dari Bangi ke KL sebentar tadi, tiba-tiba aku teringat artikel dalam sebuah media tentang Malaysia ke arah sebuah negara republik.

Terbayang-bayang pasal kemungkinan tiada lagi kuasa Yang Dipertuan Agung sebagai Ketua Negara kerana sudah diganti dengan Presiden. Semua agama pula disamakan. Tiada lagi agama rasmi dan bahasa rasmi seperti mana termaktub dalam Perlembagaan. Malah Perlembagaan juga dirombak.

Dalam duk fikir-fikir itu terlintas bayangan nakal berhubung siapa agaknya yang akan mengisi barisan kabinet kerajaan Republik Malaysia itu nanti. Agak-agaknya beginilah kut...

PRESIDEN: Anwar Ibrahim

PERDANA MENTERI: Lim Kit Siang

MENTERI KANAN: Dr Mahathir Mohamad

MENTERI MENTOR: Mohamad Sabu

TIMB. PERDANA MENTERI: Mukhriz Mahathir

MENTERI DALAM NEGERI: Lim Guan Eng

MENTERI AGAMA: Gobind Deo

MENTERI HAL EHWAL WANITA: Teresa Kok

Haha... Inilah bayangan nakal aku tentang barisan kabinet Republik Malaysia yang terlintas dalam fikiran aku kejap tadi.

Harap-harap ia hanyalah mainan nakal otak aku yang agak letih hari ini. Sebab andai betullah perkara ini berlaku, alamatnya orang Melayu bolehlah fikir-fikir untuk membeli tanah di Sumatera, dan kemudian bolehlah mula berpindah ke sana.

Maklum, nak ke utara tidak selamat sebab asyik bom sana, bom sini. Nak ke selatan awal-awal lagi Tambak Johor dah dipagar dengan kawat berduri. Nak tak nak, naiklah sampan ke Sumatera. Itupun kalau mereka sudah lupakan isu tarian Pendek. Kalau tak, entahlah!

Baru aku cuba membayangkan apa berlaku kepada Melayu di Republik Malaysia, alih-alih ternampak roadblock polis di depan. Langsung hilang semua bayangan nakal aku tu.

Aku harap kau orang boleh fikirlah sendiri menggunakan imaginasi masing-masing tentang apa yang berlaku jika Malaysia benar-benar menjadi sebuah republik!!

Wanauzubillah....
Republik Malaysia... Satu bayangan nakal! Republik Malaysia... Satu bayangan nakal! Reviewed by mesin taip buruk on 12/18/2017 05:00:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.