Baguslaa... Makin ramai artis kita fikir nasib rakyat

Angelina Jolie bersama kanak-kanak pelarian.
Tahniah Nur Fatiya, Sheila Majid,  Adibah Noor, Sarimah Ismail dan beberapa artis lain yang kini semakin celik mata soal kesusahan rakyat. Media-media atau mana-mana penganjur anugerah kepada karyawan seni patut sediakan anugerah khas kepada artis paling prihatin terhadap masyarakat ini.

Manakan tidak, selama ini tidak ada pulak dengar mana-mana artis yang begitu berani tampil "memperjuangkan"nasib rakyat melainkan beberapa kerat yang bersuara secara terbuka di atas pentas parti pembangkang. Kira kumpulan artis ini dah boleh setara dengan Angelina Jolie yang begitu prihatin dengan nasib kanak-kanak di seluruh dunia.

Tapi itu masalahnya. Artis kita pandai buat komen di media sosial saja, taip luahan rasa sambil baring-baring atas tilam empuk. Ada ke mereka turun ke dalam masyarakat sebagai orang biasa dan beri bantuan, atau dengar sendiri luahan rakyat di bawah? Kalau ada bak mai sini bukti...

Tak macam Angelina Jolie. Dia konsisten dalam soal kanak-kanak. Dia sanggup turun ke Afrika atau waiman ke Coax Bazaar sebab nak tengok sendiri nasik kanak-kanak pelarian Rohingya. Malah dia juga lantang bercakap soal kepentingan kanak-kanak di pentas-pentas berprestij termasuk Academy Awards dan lain-lain. Malah dia sanggup ambil belasan kanak-kanak dari seluruh dunia sebagai anak angkat mereka. Dia tak sekadar twit sana sini di media sosial.

Tapi artis kita, bukan setakat turun padang,  makan pun tak nak di warung-warung atau di gerai orang kita. Nak makan di tempat berprestij. Potong rambut anak pun kat salon mewah lepas tu acah-acah prihatin dengan nasib rakyat.

Aku tak kata apa yang artis-artis yang bersuara ini salah, tapi bagi aku tak kena gaya atau lebih sedap lagi ayat " cakap tak serupa bikin". Kalau tengok kehidupan artis-artis ini (melalui paparan di instagram mereka sendiri) tak nampak pun di mana susahnya artis ini sebagai seorang rakyat Malaysia.

Makan minum di restoran mewah, bercuti di serata dunia. Lalu di mana yang mereka kata mereka dapat merasai kesusahan rakyat? Ohh... mereka baca di media sosial ketika berendam dalam bath-tub di kondo mewah mereka!

Bagi aku, kalau artis-artis ini nak merasai denyut nadi rakyat dan merasai kesusahan rakyat, maka mereka kenalah merendahkan kedudukan mereka. Pergi makan minum di warung-warung rakyat, sambil makan bolehlah bantu golongan peniaga kita. Kalau ada duit banyak tu, sumbanglah kepada rakyat-rakyat yang susah.

Aku tengok artis kita bila atas pentas bila terima anugerah apa sajapun, asal bagi berucap sekadar terima kasih kepada segala mak nenek, cucu cicit bahkan suku sakat sekalian. Tak macam artis Hollywood, mereka guna kesempatan berada di pentas, disiar secara langsung di TV untuk menyampaikan pandangan mereka tentang isu-isu semasa, soal kemanusiaan dan keamanan.

Dalam bab ini aku salut kat Faizal Tahir, Heliza Helmi dan beberapa artis lain yang "berani" turun padang sehingga ke Gaza sebagai tanda sokongan mereka kepada perjuangan rakyat Palestin.  Mereka juga mencipta lagu-lagu kemanusiaan sebagai tanda sokongan kepada rakyat Palestine. Bukan sekadar twit di media sosial sambil layan shisha.

Jadi bagi aku, kalau artis-artis ini nak menyatakan keprihatinan kepada masyarakat, sinsing lengan baju atau seluar dan turun ke masyarakat membantu mereka yang memerlukan. Mana-mana artis yang dah bergelar jutawan, duit berlambak tak habis, daripada pergi buang duit di negara orang, apa salahnya sebahagian daripada hasil pendapatan tu sedekah kepada yang memerlukan.

Tak gitu?
Baguslaa... Makin ramai artis kita fikir nasib rakyat Baguslaa... Makin ramai artis kita fikir nasib rakyat Reviewed by mesin taip buruk on 12/12/2017 09:15:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.