31 January 2017

Agensi kerajaan patut tidak sertai Liga Malaysia

Tak adapun anggota polis jadi pemain PDRM dalam Liga Malaysia, kan?
Tan Sri Annuar Musa disiasat berhubung dakwaan beliau meluluskan penajaan Mara dan UniKL untuk pasukan Kelantan. Ia rentetan pendedahan oleh TMJ berhubung penajaan pasukan itu oleh agensi kerajaan tersebut.

Aku tak berani nak tuduh wujudnya rasuah walaupun SPRM ada menjalankan siasatan berhubung kes ini. Annuar Musa pun dah digantung tugas sebagai Pengerusi Mara dan Pelaburan Mara Bhd. Dan menteri yang jaga Mara, Ismail Sabri pun dah minta hentikan semua penajaan terhadap pasukan The Red Warriors sebelum ini.

Dalam hal ini aku menyokong tindakan KKLW yang menghentikan penajaan terhadap pasukan bola sepak dari Pantai Timur itu. Memang tidak wajar jika duit Mara yang disediakan untuk membantu bumiputera dalam pendidikan dan perniagaan digunakan untuk menaja pasukan bola sepak.

Soal siasatan terhadap Annuar aku tak mahu masuk campur. Kita tunggu dan lihat sajalah nanti.

Cuma aku nak cakap, kalau agensi kerajaan seperti Mara tidak dibenar menaja pasukan bola sepak bagaimana pula dengan kelab-kelab bola yang mewakili agensi kerajaan dan pihak berkuasa seperti ATM, PDRM, SPA FC, Penjara atau UiTM FC?

Bukankah pasukan-pasukan ini juga menggunakan dana kerajaan atau lebih gemar dikatakan 'duit rakyat' untuk membayar gaji pemain serta pengurusan kelab?

Aku faham ATM, PDRM, Penjara memang dah sertai Liga Malaysia sejak zaman 70-an lagi. Ramai juga pemain kebangsaan yang berasal dari pasukan agensi penguatkuasa berkenaan. Tetapi itu dulu ketiga Liga Malaysia belum jadi profesional atau baru semi-pro.

Sekarang ini liga bola sepak kita sudah diswastakan dan sudah jadi fully-profesional. Tengoklah bayaran gaji pemain ditambah dengan pemain import dan juga pengurus import. Mana nak cekau duit nak bayar mereka ini semua.

Masa zaman Ghani Minhat atau Mokhtar Dahari pemain bola kita tidak makan gaji. Mereka bermain secara suka rela atau adalah sedikit elaun untuk mereka. Jadi kalau setakat itu sudah tentulah kos pengurusan tidaklah tinggi mana. Jadi sudah tentulah kos bagi pasukan ATM, PDRM atau Penjara masih lagi dapat dijangkau.

Sekarang ini gaji pemain saja RM50,000 ke atas sebulan. Kalau 10 pemain gaji macam tu bayangkan berapa puluh juta setahun untuk mengurus pasukan bola sepak di Malaysia. Itu baru satu pasukan. Kalau sampai tiga, empat pasukan? Mana kerajaan nak cekau bayar gaji mereka?

Tambah pulak sekarang ini kerajaan sedang senak sebab ekonomi meleset sampai peruntukan kementerian kena potong sana-sini. Nak tak nak pasukan ini berharap pada pihak swasta. Dan pihak swasta pula sudah tentulah mengharapkan pulangan daripada penajaan mereka.

Bayangkan pasukan ATM atau PDRM dapat penajaan daripada pihak korporat, apa berlaku jika pihak penaja mereka melakukan kesalahan jenayah misalnya. Takkan agensi berkaitan "sanggup" menangkap "majikan" mereka sendiri? Tak gitu.

Benda-benda macam inilah yang patut dilihat dan aku rasa eloklah pasukan ATM dan PDRM serta IPTA menarik diri daripada menyertai Liga Malaysia. Kehadiran pasukan mereka pun bukan  memberi impak yang besar kepada masa depan bola sepak negara.

Kalau nak sangat masuk main setakat Liga FAM dah memadai. Kos tak tinggi. Player import pun tak
 ada.

Daripada berhabis dana untuk urus pasukan bola, elok dana-dana tu digunakan untuk keperluan agensi berkaitan dalam meningkatkan keselamatan negara. Dan pihak IPTA pula boleh guna dana untuk tingkatkan R&D. Bukan buang berjuta-juta setahun di tengah padang yang tidak memberi pulangan apa-apa kepada agensi berkaitan.

Tak gitu?

Senarai pasukan mewakili agensi kerajaan dalam Liga Malaysia:

1. Polis Diraja Malaysia (PDRM) - Liga Super
2. Felda United - Liga Super
3. PKNS FC - Liga Super
4. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - Liga Premier
5. DBKL - Liga Premier
6. SPA FC - Liga FAM

23 January 2017

Cina DAP jadi TPM? Ada mereka kisah....?

DAP pun DAP lah.. Janji UMNO tumbang!
Aku sedikit pun tak terkejut bila Tun Mahathir mengaku DAP ada mintak kerusi TPM jika pakatan menang PRU-14 nanti. Sebabnya memang itu yang menjadi hasrat parti cauvenis itu, lebih-lebih lagi apabila mereka melihat kaum Cina semakin memberi sokongan padu kepada mereka.

Malahan pada PRU sebelum ini pun parti itu mencanangkan nama Lim Guan Eng sebagai PM jika pembangkang dapat merampas Putrajaya. Dan gerakan kempen Guan Eng sebagai PM tidak pernah dinafikan oleh DAP.

Dan apabila Tun M yang semakin lemah ingatan atas faktor usia tersasul menyebut DAP mahukan kerusi TPM, ia menambah lagi pengesahan oleh mantan Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz bahawa parti itu memang berhasrat mentadbir negara.

Tun boleh sahaja membuat U-turn kata MCA yang sebenarnya menuntut kerusi TPM tetapi kemahuan DAP untuk menduduki kerusi tertinggi pentadbiran negara tidak boleh disembunyikan lagi. Malahan gerakan kaum Cina mahu memerintah negara sudah bermula sejak dua PRU sebelum ini lagi.


Bagi orang Melayu terutama puak-puak penyokong pakatan haram-pan ini mereka tidak peduli pun siapa yang menjadi PM asalkan bukan Najib dan UMNO. Ada seorang sahabat aku yang begitu totok perjuangannya menentang UMNO mengaku kalau dia sendiri tidak kisah kalau orang Cina yang menjadi PM apatah lagi TPM. Sebab baginya jika orang itu dapat mentadbir negara lebih baik dari Najib dan UMNO mereka akan menyokongnya.

Dan aku percaya hampir semua puak-puak tidak peduli pun kalau orang Cina jadi PM atau TPM sebab mereka hanya mahu lihat wang Malaysia kembali kukuh, ekonomi lebih baik, beri pekerjaan kepada siswazah dengan gaji yang tinggi, harga barang turun mendadak dan tidak perlu menggadai tanah kepada pelabur China.

Mereka tidak peduli soal masa depan orang Melayu dan anak-anak cucu mereka. Mereka tidak kisah kalau kuota bumiputera untuk beli rumah dan masuk universiti dihapuskan.  Malah mereka juga tidak kisah kalau hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam dalam Perlembagaan negara dipinda dan dihapuskan.


Bagi mereka sekarang ini apa yang perlu ialah menjatuhkan Najib dan UMNO yang menjadi penyebab kemiskinan rakyat, kemusnahan negara yang dibina oleh orang Cina. Orang Melayu hanya menjahanamkan negara dengan korupsi sana-sini. Itulah pemikiran puak-puak mereka.

Jadi tak usahlah bertempik soal jawatan TPM untuk DAP sebab itu sedikit pun tidak menjadi luka apalagi kudis bagi puak-puak Melayu pakatan haram-pan dan anak-anak muda yang baru nak baligh yang begitu menyanjung tinggi perjuangan "pembebasan" oleh puak pakatan haram-pan yang dikepalai DAP.

04 January 2017

Bila orang PPBM tuduh orang UMNO perasuah

Kalau dah totok UMNO
Tak tahu nak cakap sama ada aku nak gelak atau menangis simpati dengan segelintir pemimpin UMNO di peringkat cawangan dan bahagian yang kini mendukung perjuangan parti bunga raya, PPBM.

Sebabnya puak-puak ini walaupun tidak mahu melepaskan jawatan mereka dalam UMNO tapi pada masa sama mula menghentam kepimpinan parti itu dan secara terbuka menyokong pula parti tajaan Tun M dan Muhyiddin.

Yang aku nak gelak mereka sekarang bukan main lagi menghentam pemimpin UMNO konon korup, makan rasuah,  makan duit haram dan kaya raya sebab dapat projek sana sini tapi mereka ini sendiri pun hidup senang kerana ada jawatan dalam UMNO sendiri. Dan sebab berjawatan dalam UMNO-lah mereka dapat projek sana sini dan hidup mewah serta kaya raya tujuh keturunan.

Sekarang bila dan tak sebulu dengan pucuk pimpinan mereka lempar tuduhan macam-macam yang sebetulnya terkena muka sendiri. Yang peliknya, mereka yang menuduh Najib kaki songlap duit 1MDB dan duit derma ni pun bukan orang tak tau kaya pun sebab jadi pemimpin dalam UMNO. Songlap duit peruntukan kempen pilihan raya, dapat AP import sana-sini tapi ada hati nak serang orang lain konon tak integriti.

Kalau dah parti baru pun dari acuan sama, sumber sama, takkan ke mananya. Kalau pun PPBM ni sekuat UMNO suatu hari nanti (kalau... kalauuu...) aku yakin dan percaya, para pemimpin dan puak-puak mereka pun lahap macam masa depa duk dalam UMNO jugak.

Tapi dengar khabarnya mereka yang dahulu lantang duk hentam UMNO walaupun mereka belum lepas jawatan dalam UMNO dah mula kendur dan acah-acah kembali ke UMNO apabila mereka gagal menjadi pemimpin PPBM di peringkat bahagian.

Tambah lagi apabila parti yang baru ditubuh beberapa bulan lepas dah bergolak dengan berlakunya pecat memecat dan lompat melompat parti.

Nampak sangat perjuangan mereka sebetulnya semata-mata untuk kepentingan peribadi dan tembolok masing-masing. Bila dah tak dapat jadi pemimpin parti baru, mereka kembali ke UMNO. Orang macam ini layak ke kita angkat jadi pemimpin kita?

Atau memang orang politik macam tu ke? Mulut manis tapi lidah bercabang-cabang? Chisss....