22 February 2017

Siapa bayar ratusan ribu untuk dapatkan rakaman CCTV Jong-nam?


Dari awal lagi aku tertanya-tanya macam mana rakaman CCTV di klia2 yang menunjukkan detik-detik Kim Jong-nam dibunuh dapat diperoleh stesen TV luar negara yang kemudian viral di seluruh dunia?

Sebabnya aku rasa hanya dua pihak saja yang mempunyai akses untuk melihat rakaman CCTV ini iaitu pihak polis yang menjalankan siasatan dan juga bahagian keselamatan airport. Kalau orang awam amat mustahil dapat mereka mendapatkan rakaman ini, melainkan dia seorang hacker yang maha hebat.

Yelah media tempatan pun tak dapat footage tersebut macam mana dalam tempoh hanya beberapa hari selepas kejadian rakaman CCT tersebut sudah sampai ke Jepun dan Korea Selatan yang kemudian disiar di TV negara itu sebelum viral ke seluruh dunia menerusi YouTube.

Tapi aku dengar-dengar khabar ada pihak tertentu telah membayar ratusan ribu ringgit untuk mendapatkan rakaman CCTV tersebut  yang kemudian dijual kepada stesen TV luar negara. Siapalah yang sanggup berhabis sebanyak itu untuk mendapatkan rakaman tersebut yang juga bahan bukti utama siasatan kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara ini? Tapi aku percaya pelaburannya berbaloi sebab rakaman ini sudah tentu mendapat permintaan yang tinggi memandangkan ini kes berprofil tinggi.

Hemmm... eloklah kalau MAHB dah report polis pasal kebocoran rakaman video ini. Sebabnya selain mengganggu siasatan ia juga sebagai balasan kepada pihak-pihak yang sengaja mencari keuntungan daripada kesusahan orang lain.

Satu lagi aku nampak media tempatan ni agak perlahan dalam melaporkan kes pembunuhan berprofil tinggi ini berbanding media asing. Yelah, kalau bukan laporan media asing sudah tentu rakyat Malaysia tak tahupun ada kejadian pembunuhan di klia2.

Polis Malaysia pun tak ada nak siasat secara terperinci kematian seorang penumpang yang menerima rawatan di klinik klia. Dan media tempatan pun masih lagi lena tidur dibuai aircon atau sedang ketuk berita sambil kunyah kuaci di pejabat.

Bak kata kawan aku orang lama dalam dunia kewartawanan. Wartawan sekarang tak macam dulu berusaha mencari berita eksklusif sampai sanggup panjat tembok dan kena halau. Wartawan sekarang semua harap sidang akhbar jeh. Paling-paling tunggu update kat media sosial... Hemm


MTB: Wartawan sekarang cedok sumber dari blog dan blogger pula tulis blog mengalahkan wartawan. Dunia dah tunggang-langgang ke apa ni?


20 February 2017

Rakaman video detik-detik pembunuhan Kim Jong-nam tersebar


Sebuah klip video yang menunjukkan detik-detik pembunuhan Kim Jong-nam  telah tersebar di YouTube hari ini. Wow...

Video berdurasi 5 minit 26 saat itu menunjukkan Jong-nam masuk ke terminal berlepas KLIA2 sebelum dia didatangi dua wanita yang menyerkup dan menyembur atau melumur sesuatu di mukanya (kat sini tak berapa jelas).

Rakaman dipercayai daripada CCTV yang terdapat di KLIA2 itu juga menunjukkan dua wanita terbabit meninggalkan Jong-nam dalam arah yang berlainan sebelum abang pemimpin Korea Utara itu mendapatkan pertolongan daripada kaunter pertanyaan.

Jong-nam dilihat dihantar ke klinik KLIA2 oleh dua anggota keselamatan lapangan terbang.

Persoalannya bagaimana footage video ini dapat diperoleh dan disiarkan oleh stesen TV luar negara dan kemudian di sebar menerusi YouTube sedangkan aku percaya rakaman ini tidak mungkin diperoleh oleh orang kebanyakan melainkan daripada pihak polis.




19 February 2017

Kecoh kalimah Allah pada tapak kasut sekolah

Kasut sekolah yang dikatakan bercorak kalimah الله.
Dua hari lepas seorang ibu telah hantar gambar sekeping surat dari guru besar sebuah sekolah agama di Batu Pahat dalam Whatsapp Grup kelas anak aku berhubung rekaan tapak kasut dengan kalimah الله. Puas juga kami mak bapak duk fikir kat mana kalimah الله tersebut.

Ada beberapa ibu bapa yang kata tak nampak pun kalimah tu. Aku sendiri pun puas jugak mencari-cari kat mana kalimah tu sampailah aku terima sekeping lagi siap ditunjukkan kalimah tersebut.

Bila sebut kalimah الله ni teringat aku dengan salah seekor ikan koi yang dibeli isteri aku untuk anak-anak. Dah beberapa hari ikan-ikan tu duduk dalam akaurium anak. Tapi maklum kali pertama ada akuarium kat rumah, aku lepas balik kerja nak hilang lelah duk mengadap akuarium tu sambil tengok gelagat ikan-ikan tersebut. Isteri aku kata bagus untuk release stress dengan tengok ikan.

Dalam duk perhati ikan-ikan tu aku perhati seekor ikan koi aku ni ada corak-corak yang menarik perhatian aku. Tau apa dia? Hemmm.... macam kalimah الله. Aku tanyalah isteri dan anak-anak aku pasal tu tapi mereka kata tak macam kalimah الله pun.

Ikan koi anak aku yang macam ada kalimah الله.
Bagi aku mudah saja. Kalau kau tenung awan dan nampak macam-macam bentuk kan? Kalau dalam otak kau fikir ayam makan bentuk dia macam ayamlah. Begitu jugal soal kalimah الله ini. Kalau kau nampak ia macam kalimah, ya akan jadi kalimah الله lah.

Tapi aku percaya pereka bentuk kasut tersebut tidak ada sebarang niat untuk buat corak berbentuk kalimah الله melainkan ia kebetulan mirip sahaja. Dan kalau kau tengok tenung dari segala sudut memanglah akan nampak seperti kalimah tersebut.

Begitu juga isu salib pada masjid Nusajaya dulu walhal ia adalah kerana dilihat dari satu titik maka kelihatan macam kayu bersilang berbentuk salib.

Apa pun ia bergantung kepada kepercayaan dan keyakinan. Macam kita yakin dan percaya bahawa Najib tu pemimpin paling musibat maka nampaklah keburukannya, dan tenggelamkan segala kebaikannya. Dan kalau kau yakin dan percaya LKS itu baik maka nampaklah segala kebaikannya dan tenggelamlah segala kedajalannya.

Wallahuaklam

Lepas RBA terkubur, DAP gerak pula anai-anai merah


Lim Kit Siang kata pasukan cybertrooper pembangkang Red Bean Army (RBA) dah terkubur. Penasihat DAP tu kata beberapa orang kuat RBA tinggalkan pasukan itu selepas tidak lagi menerima bayaran tinggi. Itu kata LKS dalam blognya beberapa hari lepas tapi aku agak musykhil dengan kata-kata pemimpin DAP yang licik ini.

Dia kata RBA dah terkubur tapi dalam diam ada pasukan anai-anai DAP yang sedang giat merosakkan benteng pertahanan orang Melayu dan umat Islam. RBA sebelum ini banyak membuat jasa sehingga hampir menumbangkan BN pada PRU-12 dan PRU-13 lalu menerusi serangan peluru fitnah dan dakyah jahat menerusi media sosial.

Tapi anai-anai yang ditaja DAP ini lagi bahaya sebab dia meresap dalam organisasi Melayu/Islam yang kemudian menggigit sedikit demi sedikit kepercayaan umat Melayu dan Islam terhadap organisasi yang menjadi tunjang kaum peribumi dan agama Islam ini. Lihatlah bagaimana DAP memecah-belahkan Pas.

Mereka juga giat menarik bekas-bekas pemimpin Melayu masuk DAP dan memberikan harapan bahawa mereka akan menjadi calon-calon MB atau PM jika DAP dapat kuasai negeri dan Putrajaya. Melayu yang kemarut pangkat dan gelaran sudah tentu termakan janji-janji ini dan akhirnya menyertai DAP.

Maklum dalam DAP mereka tak peduli apa kau nak buat. Nak skandal ke nak telanjang ke. Minum todi ke nak berzina ke tiada siapa peduli. Malah ahli-ahli DAP pun tidak kisah kalau Melayu dalam DAP nak jadi apa, asalkan mereka membawa kemenangan kepada parti yang majoriti dikuasai orang Cina itu.

Banyak sudah orang Melayu DAP sedar diri bahawa kehadiran mereka tidak lebih sebagai boneka atau batu perhiasan yang diperguna jika diperlukan tetapi dilupa selepas segala hajatnya diperoleh. Lihatlah macam mana nasib Tunku Aziz dan beberapa pemimpin Melayu DAP lain.

Malah DAP tidak akan senang melihat Melayu dan umat Islam bersatu. Lihatlah bagaimana mereka berhabis-habisan menentang RUU355 yang jelas-jelas tiada kaitan sama sekali dengan kaum dan agama lain. Kenapa mereka menentang? Sebab mereka tidak mahu melihat kuasa Mahkamah Syariah diperkasa. DAP juga takut melihat dua parti Melayu terbesar, Pas dan UMNO bersatu.

Yang peliknya, ramai pula umat Melayu dan Islam yang terpengaruh dengan gerakan "Tolak Usul RUU355" yang dikepalai DAP. Ini semua kerja anai-anai DAP yang bergerak secara diam merosak dan meruntuhkan mana-mana institusi Melayu, yang sudah jelas menggugat usaha DAP mahu memerintah negara.

Aku harap UMNO/BN tidak cepat termakan dengan kata-kata LKS ini yang aku rasa sengaja mengaku konon RBA sudah lumpuh semata-mata mahu mengendurkan serangan cybertrooper pro-UMNO/BN terhadap pembangkang.

Antara institusi Melayu/Islam yang diserang RBA:
1. UMNO
2. Pas
3. Utusan Melayu
4. Tabung Haji
5. MARA
6. UiTM
7. Gardenia
8. Felda & produk keluaran Felda
dll

Sedangkan orang Melayu yang sentuh pasal sekolah Cina, bahasa Cina dan kandang babi akan dianggap rasis (perkauman).



15 February 2017

BN jangan seronok sangat...


BN jangan seronok sangat bila empat wakil rakyat DAP Melaka keluar parti. Empat orang je pun bukannya 40 orang. Tambah-tambah lagi BN Melaka. Tak ada apa yang menguntungkan bagi BN apabila mereka tinggalkan parti yang dikatakan Dinesti Lim itu.

Lainlah kalau diorang keluar dan masuk BN. Bertambah jugaklah jumlah kerusi di DUN dan Parlimen.

Bagi aku kehilangan tiga daripada enam kerusi DAP dalam DUN Melaka dan satu kerusi Parlimen tidak memberi kesan apa-apa terhadap sokongan orang Cina untuk parti itu. Apatah lagi penggal perkhidmatan mereka pun hampir berakhir.

Pengundi Cina bukan macam orang Melayu. Mereka tidak peduli soal dalaman parti. Apa nak jadi dengan DAP mereka langsung tak ambil kisah. Yang penting apa yang kaum Cina mahu dapat diperjuang oleh parti maka mereka akan beri sokongan.

Kalau tengok sejarah pilihan raya mana ada DAP dapat menang besar sebelum 2008 lepas? Ini semua kerana kaum Cina menilai MCA dan Gerakan yang ada dalam kerajaan BN 'gagal' memenuhi kemahuan mereka. Ambil contoh pengiktirafan sijil UEC.

Dah berpuluh tahun mereka tuntut tetapi MCA mahupun Gerakan gagal 'memujuk' kerajaan diketuai UMNO untuk mengiktirafnya. Sudah tentu kaum Cina berharap jika DAP berjaya merampas Putrajaya dengan bantuan orang Melayu - PKR, PPBM, Pan dan (sangat diharapkan) Pas selain Melayu DAP sendiri.

Jadi sekarang mereka mengharapkan kepada DAP. Apatah lagi sekarang ini mereka sudah dapat melihat 'keupayaan' DAP dalam memperjuangkan kepentingan mereka termasuk isu penolakan RUU355. Orang Cina takut Malaysia jadi macam Afghanistan.

Dan DAP sendiri tidak risau dengan kemelut partinya di Melaka sebab Lim Kit Siang tahu kekuatan DAP bukan terletak pada keempat-empat pemimpin tersebut, tetapi janji untuk menjaga dan memastikan kepentingan kaum Cina tidak tergugat. Itu lebih penting.

Bila sebut hal ni teringat aku dengan lagu cerita Ali Baba Bujang Lapok yang Marjinah tengah bawak apek tukang jahit..

"Ana talak helan, anak talak takut
tapi ana yalan banyak sangkut sangkut..."

Cuma yang aku helan ni pasai apa orang UMNO pulak yang terloncat-loncat keseronokan dengan keluarnya beberapa wakil rakyat DAP daripada parti itu.

Semua pakat nak bagi komen kat surat khabar dari Ahli Majlis Tertinggi sampailah ke Exco Pemuda. Haiya... Lu olang UMNO apa sibuk-sibuk pasai parti orang lain. Lebih baik lu jaga lu punya parti, lu punya kawasan dan lu punya bos maa...

Kalau betul depa semua cabut sebab Lim Kit Siang dah bersekongkol dengan Mahathir, baguslah. Tak usahlah komen banyak-banyak. Diam-diam sudah dan buat kerja masing-masing terutama dan tarik keyakinan rakyat kepada kerajaan.

Bila orang tanya pasal parti sendiri tak pulak berani nak komen. Haishhh... perangai orang UMNO.

13 February 2017

Mesin Taip Buruk dah ada di Twitter


Dari blog ke twitter.

Itulah aku cuba buat sekarang sebab kat blog pun dah makin tak ada masa nak mengarang. Kalau setakat tweet dua tiga patah perkataan bolehlah. Jadi atas sebab itu aku cuba berjinak-jinak pulak dengan twitter.

Sesiapa yang sudi bolehlah follow twitter aku @mesintaipburuk

Taklah sehebat twitter blogger lain yang lebih dulu terjun ke dalam bidang pentwitteran ini.

06 February 2017

Gelaran Datuk, Doktor dan Ustaz... satu anal-isis

Permintaan yang tinggi mendorong wujudnya sindiket penjualan gelaran palsu.
Inilah tiga gelaran yang menjadi kegilaan di kalangan orang kita kerana bagi mereka kalau memiliki salah satu, dua atau ketiga-tiga gelaran ini akan dipandang tinggi oleh masyarakat sekali gus membuka laluan mudah untuk berjaya dalam hidup sama ada perniagaan atau politik.

Sebab itu ada yang sanggup bermodal berpuluh ribu untuk mendapatkan gelaran Datuk. Tak kurang juga bermodalkan RM30 untuk letakkan gelaran itu pada kad nama sahaja. Sebab itulah gelaran Datuk ini dikatakan ada tahapnya, iaitu Datuk A, B atau C.

Datuk A adalah anugerah yang diberi oleh raja-raja Melayu, B adalah Datuk beli manakala C adalah datuk selepas dapat cucu. Jadi sebaiknya kalau ada kawan mengaku "Datuk" elok tanyalah dulu Datuk yang mana satu... A, B atau C hehehe.

Nak cerita pasal Datuk beli ni masya-Allah dalam masyarakat kita banyak betul dapat gelaran semacam ini. Tak dapat beli dari raja-raja Melayu mereka sanggup "beli" dari raja-raja Jawa. Asalkan dapat gelaran Dato. Tak heran bila makin banyak "orang besar" yang beri gelaran Datuk kepada mereka yang mahu.

Mujurlah kerajaan dah keluarkan akta pemberian gelar palsu ini. Kalau tidak entah mana-mana raja jeh yang boleh bagi gelaran itu ini, asalkan ada yang sanggup membayarnya.

Selain gelaran Datuk, tak kurang hebatnya adalah gelaran Doktor Falsafah. Gelar ini pun menjadi buruan orang kita walaupun belajar takat SPM saja. Sebab itulah sekarang ini muda-muda dah dapat gelar Doktor Falsafah. Bila tanya kajian yang dibuat sampai dapat PhD barulah menggelabah. Ada tu bila tanya dapat PhD dari mana kejap kata UM, kejap UPM kejap UKM.

Paling-paling elak kantoi mulalah kata ini gelar Doktor Kehormat yang dianugerah oleh pihak universitilah. Eh, apa jasa kau sampai universiti nak bagi gelaran doktor kehormat bagai? Tak, bukan universiti tempatan tapi nun luar negara. Takado University... penah dongar? Hehe

Teringat pula seorang usahawan "air liur" yang memakai gelar Doktor tapi kantoi bila universiti berkaitan keluar kenyataan kata tak pernah bagi gelaran sedemikian kepadanya. Ada juga selebriti tu kata ni gelar doktyor falsafah nak bagi kat syarikat, tapi syarikat tak nak dan bagi kat dia. Ehh... ada juga ke doktor kehormat untuk syarikat? Ingat ni bagi projek ke? Lawak haha

Dan gelaran terakhir ialah gelaran Ustaz. Orang Pas dan PAN suka sangat panggil penceramah mereka ustaz. Asal buka mulut sebut dua tiga hadis dah panggil ustaz. Kira gelaran mulialah bagi kalangan marhain. Ustaz ni sebenarnya maksud dia "guru agama" tapi ada kalangan orang kita gemar gelarkan dirinya ustaz. Tak hairan sekarang ni ada ustaz Pas, ada ustaz PAN, ustaz UMNO dan ustaz DAP.

Pokoknya gelaran ustaz ini kira panggilan mulia dan dihormatilah. Tapi bila tolak ke depan suruh baca doa boleh keluar peluh jantan. Hehehe...

Bagi aku mereka tak salah untuk "memburu" gelaran ini walaupun terpaksa mendapatkannya melalui saluran yang salah atau tidak betul sebab yang salah kita masyarakat sekeliling yang lebih percaya dengan mereka yang bergelar seperti ini. Asal Datuk saja mudah dapat projek. Yang bergelar Doktor pula senang nak jual air liur dan yang ustaz pula senang nak cari bini.

Pokok pangkalnya silap kita masyarakat, bukan depa. Tak gitu?

03 February 2017

Bila Zambry dua kali lima macam Azmin

Zambry kelihatan seronok tapi para pegawainya yang mencuka.
Kah kah kah... guling guling aku gelak tengok gambar MB Perak, Zambry Kadir angkat sampah dan ikut lori sampah MBI pagi-pagi buta. Apa ni weih... kau pun nak ikut perangai Azmin ke? Kah kah kah

Kok ye pun nak tunjuk MB berjiwa rakyat tak usahlah sampai angkat sampah pagi-pagi buta. Bukan level kau buat macam tu. Tak pasal-pasal kena kecam teruk kat media sosial. Betul jugalah depa duk kata, bila dekat dengan pilihan raya ramailah pemimpin duk menggila bodek rakyat.

Elok-elok rakyat suka dah jadi mual tengok perangai MB macam ni. Samalah dua kali lima dengan Azmin yang sanggup turun ke longkang untuk bersih longkang. Masa Azmin dulu ramai puak-puak UMNO kecam MB Selangor tu. Sekarang Zambry pulak terikut-ikut. Mana yang kecam Azmin dulu? Kah kah kah...

Janganlah lepas ni ada lagi pemimpin tak kisah belah mana-mana buat kerja gila lagi. Kalau MB tu kau jalankan tugas sebagai MB. Urusan angkut sampah tu tugas pekerja yang dah dibayar gaji untuk buat kerja tu.
Tindakan Zambry dilihat dua kali lima dengan Azmin.
Kalau prihatin sangat pasal sampah, eloklah kau sebagai MB buat perancangan mengatasi permasalah berkaitan dengannya, bukan turun padang sama-sama angkut sampah yang jelas-jelas tak memberi manfaat kepada rakyat.

Kalau nak sangat tengok keadaan rakyat marhain buat kerja, eloklah menyamar diri macam orang awam. Pakai topeng ke janggut palsu ke supaya orang tak kenal. Kemudian pergilah tengok sendiri kehidupan rakyat tanpa bodyguard tanpa iringan pegawai berkaitan, Bukan nak turun angkut sampah pagi-pagi siap kerah semua pegawai dan wartawan sekali.

Zambry Zambry... ku kira kau bijaksana rupanya dua kali lima dengan Azmin ... kah kah kah


02 February 2017

Bila 'pegawai khas' kuasai pejabat menteri


Aku senyum jeh bila berita seorang Pegawai Khas Hishammuddin didakwa hari ini kerana terima suapan sebanyak RM800,000 daripada seorang kontraktor.

Aku tak tahu modus operandinya tetapi ramai yang bagi tahu aku kalau kat kementerian mana-mana pun ramai penjaga pintu sebelum dapat jumpa pak menteri. Pegawai khas itu ini. Itu belum masuk deretan berjawatan setiausaha.

Kalau nak lobi projek kat menteri kena melalui orang-orang ini dan mereka akan kenakan tol. Bukan sikit-sikit mintak. Semua main persen. Kadang sebelum dapat projek kena tol saja beratus ribu. Itu belum kira di peringkat kementerian. Dari pion sampai KSU. Semua nak kena hulur.

Tapi itu yang diberitahu orang kat aku. Aku sendiri tak pernah ada pengalaman macam tu. Maklum aku bukan bisnesman apa lagi nak lobi projek kat pak-pak menteri. Dan aku sendiri pun tak kenal rapat dengan mana-mana pak menteri.

Aku juga diberitahu kalau banyak jawatan di pejabat menteri ini diwujudkan untuk menampung orang-orang kawasan (bahagian). Tak kurang juga yang mengaku sebagai pegawai khas kepada menteri itu ini walaupun tak ada pejabat pun kat kementerian berkenaan.

Kerja para pegawai ini ialah mencari projek untuk dibawa kepada pak menteri. Kalau projek sangkut dapatkan persen daripada kerja melobi mereka ini. Tak hairan ada pegawai khas pak menteri yang kerjanya duduk di jabatan tertentu semata-mata nak melobi projek untuk 'kawan-kawan'. Yang duduk mengadap KSU setiap hari jangan ceritalah.

Kadang tu aku pelik berapa banyak pegawai seorang menteri sampai bila jumpa saja hulur kad, tu dia pegawai khas menteri sekian sekian. Siap dengan alamat pejabat kementerian. Kadang kadang menteri pun tak tahu mereka jadi pegawai dia.

Jadi elok juga kalau SPRM pantau pegawai-pegawai khas menteri ini baik yang sah mahupun tidak sah. Mereka bukan sahaja merosakkan imej menteri berkaitan tetapi juga memburukkan nama kerajaan dengan menggunakan jawatan mereka untuk melobi projek dan mendapatkan komisyen daripadanya.

01 February 2017

Hayat BN makin pendek jika trend isteri ganti suami jadi amalan

Balu Adenan Satem dicalonkan pada PRK Tanjong Datu.
 Aku tak fahamlah cara berfikir pucuk pimpinan BN ni. Macam dah jadi trend pula sekarang ini apabila suami meninggal dunia ketika masih jadi wakil rakyat, isteri akan menjadi calon untuk menggantikannya.

Mula-mula dahulu di Parlimen Kuala Kangsar apabila Datin Mastura Yazid bertanding bagi mempertahan kerusi arwah suami, Datuk Wan Mohd Khair-il yang meninggal dunia akibat nahas helikopter di Sarawak.

Hari ini balu kepada Adenan Satim, Jamilah Anu pula dicalonkan oleh BN untuk mempertahankan kerusi DUN Tanjong Datu pada PRK kawasan itu.

Apa yang BN nak sebenarnya?

Dahlah si isteri masih berkabung 100 hari selepas kematian suami, ini diminta pula bertanding pada PRK. Kalau dah dicalonkan, kenalah turun padang berkempen. Sepatutnya 'sejarah di Kuala Kangsar' menjadi panduan kepada BN.

Memang betul Mastura masih menang walaupun tidak turun berkempen sebab masih berkabung tapi harus diingat kepayahan yang dilalui oleh anak-anak mereka (nasib baik semua lelaki dan sudah dewasa) yang terpaksa menggantikan ibu mereka dalam setiap kempen, malahan ketika pengumuman kemenangan pun.

Mastura beruntung ada anak-anak yang boleh ganti beliau ketika berkempen pada PRK Kuala Kangsar tahun lepas.
Bagi aku bukan soal dibenar oleh syarak atau tidak, atau disokong oleh anak-anak tetapi trend menjadikan balu sebagai calon pengganti suami, jika menjadi amalan BN aku kira ia adalah tidak baik.

Ini menampakkan bahawa BN sebetulnya ketandusan pemimpin pelapis sehinggakan 'terpaksa' mencalonkan si isteri untuk menggantikan suami mereka, sekali gus meranapkan harapan dan peluang pemimpin pelapis si suami yang setia menunggu dan bekerja keras.

Apakah BN sekarang sudah jadi macam kepimpinan UMNO ke? Dalam UMNO terutama di peringkat cawangan dan bahagian, si bapa tidak akan lepaskan jawatannya sebagai ketua walaupun seuzur mana sekalipun, melainkan kepada anaknya. Sebab itu banyak bahagian UMNO sekarang, bapa jadi Ketua Bahagian, ibu jadi Ketua Wanita dan si anak jadi Ketua Pemuda atau Ketua Puteri.

Dalam UMNO, parti itu sudah menjadi warisan keluarga dan orang lain dah tak boleh masuk campur atau menjadi pengganti. Itulah amalan sesetengah pemimpin mereka.

Dan sekarang amalah seperti itu menular pula dalam memilih wakil rakyat.

Bagus memang bagus. Lepas ini BN akan dilihat sebagai parti anak beranak atau parti suami isteri. Suami meninggal isteri boleh ganti. Orang lain pergi jahanam walaupun mereka bekerja keras siang malam untuk parti.

Sebab bagi BN mereka hanya mengejar kemenangan dan bukannya mencari pelapis untuk memastikan kelangsungan parti untuk masa depan. Tak apa, lepas suami, isteri dan lepas tu ganti pula dengan anak-anak mereka.

Bagus memang bagus!