28 March 2017

Muhyiddin mimpi siang hari... Pakatan tak mungkin jadi macam BN


Muhyiddin Yassin nampaknya bermimpi di siang hari apabila mahu menjadikan Pakatan Harapan (PH) yang diketuai DAP untuk menjadi sebuah parti koalisi macam Barisan Nasional (BN) di mana parti mewakili Melayu akan mendominasi pakatan tersebut.

Aku berkata demikian sebab aku boleh potong kuku hitam bahawa DAP tidak akan menerima gagasan yang mahu dibawa PPBM itu kerana semua orang tahu bahawa DAP adalah parti cauvanis yang kuat kecinaannya walaupun mereka cuba konon-konon menunjukkan ia sebuah parti pelbagai kaum.

DAP sudah pasti menolak idea Muhyiddin yang mahu menjadikan PPBM seperti UMNO dalam BN yang menguasai parti tersebut kerana ia tidak selari dengan perjuangan DAP selama ini. Malah DAP sebetulnya sejak sekian lama menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang baik semasa Barisan Alternatif, Pakatan Rakyat mahupun kini menerusi PH sekarang.

Hal ini boleh ditanya kepada Pas yang entah sekian kalinya terguris hati dengan DAP yang acap kali menunjukkan mereka "bos" dalam pakatan pembangkang dan sanggup menolak idea dan pandangan parti lain khususnya Pas. Sebab itulah sekarang ini Pas seakan-akan berpatah arang dengan DAP (tak tahulah kalau semasa PRU-14 nanti Pas buat pusingan U sebab pak-pak lebai Pas ni bukan boleh dipakai).

Lagipun siapalah PPBM nak menguasai PH yang turut dianggotai oleh PKR dan PAN itu. PPBM baru tak sampai setahun penubuhan sudah menunjukkan tanda-tanda "mahu berkuasa" dan sehingga kini pun DAP masih belum "mengiktiraf" PPBM apabila tetap menamakan Anuar Ibrahim atau Wan Azizah sebagai PM jika mereka menguasai Putrajaya.

Peranan PPBM dalam  PH tidak lebih hanya nasi ganja kepada DAP yang mahu melihat orang Melayu terus berpecah belah menerusi pelbagai parti. Mereka sudah menaja PAN untuk memecahkan Pas dan kini PPBM yang merupakan serpihan terbaru UMNO  pula 'dikuasainya' menerusi PH.

Apakah suara PPBM akan didengari dalam PH?

Aku yakin nasib PPBM akan sama seperti Pas semasa dalam pakatan pembangkang atau senasib Melayu-melayu dalam DAP yang tidak ada peluang untuk berada dalam barisan kepimpinan parti majoriti keahliannya orang Cina itu.

Kalau adapun hanya sekadar "penyedap di atas katil" di mana selepas hajat sudah dicapai mereka akan ditendang seperti kain buruk. Begitulah yang dilakukan DAP terhadap Pas selama ini.

Jadi bagi aku Muhyiddin tak usah berangan untuk menjadi "UMNO" dalam PH kerana PH bukan BN. Ideologi BN jauh bertentangan dengan ideologi PH. Kalau Melayu menguasai BN, sebaliknya PH dikuasai oleh kaum Cina.

Malulah sikit Muhyiddin...

08 March 2017

Punca orang Cina tidak hantar anak mereka ke sekolah kebangsaan

Ramai ibu bapa bimbang anak-anak mereka hilang "kecinaan" jika belajar di sekolah kebangsaan.
Beberapa minggu lepas aku berkenalan dengan dua wanita Cina secara tidak sengaja dalam satu majlis. Seorang lahir di Pulau Pinang dan seorang lagi orang Terengganu. Kami berbual panjang dalam banyak isu. Dalam duk sembang-sembang salah seorang bercerita pengalaman lucunya memasang 'promosi Tahun Baharu Cina' terbalik gara-gara dia tidak tahu membaca tulisan Cina.

Aku terkejut. Eh takkan lah orang Cina tidak tahun membaca bahasa Cina? Tanya aku. Dia mengaku memang dia tak tahu dan dia juga tidak lancar bercakap bahasa Cina. Sebabnya dia dahulu belajar di sekolah kebangsaan.

Seorang lagi rakannya juga mengaku tidak fasih bercakap Tionghua, apatah lagi untuk membaca dan menulis sebab dia juga dahulu belajar di sekolah kebangsaan dan meneruskan pengajian di UKM. Malah dia kata dia lebih mahir bercakap Melayu daripada bercakap Cina.

Jadi fahamlah aku kenapa ibu bapa orang Cina tidak mahu menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan sebab mereka bimbang anak-anak mereka hilang "kecinaan" mereka. Mereka takut anak-anak mereka menjadi "melayu" seperti mana dua kenalan aku di atas.

Apatah lagi sekolah kebangsaan terlihat terlalu "kemelayuan" dan "keislaman" termasuk kewajiban membaca doa di perhimpunan atau sesetengahnya mengamalkan bacaan yasin setiap pagi Jumaat. Keadaan ini konon tidak begitu selesa bagi kaum lain.

Dalam hal ini aku percaya ibu bapa hanya berlandaskan persepsi ditambah dengan hasutan pihak-pihak tertentu atau parti politik tertentu. Sedangkan kenyataannya seseorang Cina tidak akan jadi Melayu jika hanya sekadar belajar di sekolah kebangsaan. Dan orang Melayu juga tidak akan jadi orang Cina semata-mata belajar di sekolah jenis kebangsaan Cina.

Seingat aku sehingga kini belum ada satu kajian dibuat tentang perbezaan orang Cina yang dapat pendidikan di sekolah kebangsaan dan mereka yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan. Aku harap ada pihak yang sudi tampil membuat kajian dan daripada situ kita dapat lihat siapa yang lebih "berjaya".

Kalau dari pemerhatian aku di kalangan rakan-rakan dan kenalan, aku tengok mereka yang bersekolah di sekolah kebangsaan ni jelas-jelas lebih mahir berbahasa Melayu dan Inggeris manakala mereka yang bersekolah di sekolah jenis kebangsaan gagal bercakap dengan baik dalam bahasa Melayu dan sesetengahnya dalam bahasa Inggeris.

Tidak hairan kalau ada orang Cina yang lahir di Malaysia, bersekolah di Malaysia dan masuk universiti di Malaysia tetapi tidak boleh bercakap Melayu tetapi ada hati nak mengaku "kita orang Malaysia" dan mahu tuntut hak yang sama dengan  kaum bumiputera.

Korea Utara buat rakyat Malaysia tegang....

Nampaknya hubungan diplomatik antara Malaysia dan Korea Utara semakin tegang. Ini semua gara-gara kes pembunuhan abang pemimpin Korea Utara, Kim Jong-nam di KLIA2 baru-baru ini.

Sekarang Malaysia nak ambil tindakan putuskan hubungan diplomatik dengan negara komunis tu. Ramai yang sokong termasuk parti politik yang pro-komunis, DAP.

Bagi aku kalau nak putuskan hubungan dengan Korea Utara jangan sampai putus habis. Simpanlah sedikit untuk jejaka-jejaka Malaya mencari calon-calon isteri dari Korea Utara. Maklum tengok pada gadis-gadis military mereka pun boleh buat ramai jejaka Malaya "tegang". Keh keh keh

Kalau tak percaya... tengok nih!

Ni kawat ke K-Pop tataulah...

Macam ni punya kawat, askar Malaysia pun tak sanggup nak serang.
Korea Utara buat polisi mewajibkan semua wanita masuk militan.




"Sir, kalau nak serang Malaysia kasi bawak balik Fattah Amin ya?"