Bebaskah calon-calon pilihan raya daripada rasuah?

Calon-calon BN yang akan bertanding dalam PRU-14 akan diteliti dari segi integriti dan kesihatan. Begitulah kata Zahid Hamidi baru-baru ini dan aku rasa ia langkah yang cukup bijak oleh BN bagi memastikan calon-calon yang akan bertanding nanti benar-benar bersih, seumpama baju putih lepas direndam dalam Clorox.

Gambar sekadar hiasan sahaja, tiada kaitan dengan yang hidup atau yang sudah meninggal dunia. - MTB
Bukan setakat segi integriti atau bahasa mudahnya, bebas daripada amalan rasuah tetapi juga memastikan calon benar-benar fit dan tak ada penyakit kronik. Takut nanti baru lepas PRU kena buat PRK pulak.

Sebagai menyokong usaha ini, aku benar-benar berharap penelitian ini tidak hanya dikenakan terhadap calon-calon baru tetapi juga calon lama atau yang nak pertahankan kerusi. Aku harap mereka berani untuk meneliti keintegritian dan kesihatan para penyandang termasuk bagi kerusi Pekan dan Bagan Datok.

Tapi kebanyakan calon yang bertanding biasanya "bebas" daripada amalan rasuah, tapi bila dah menang mulalah rambang mata apabila ada tauke-tauke yang menawarkan itu ini, semata-mata nak dapatkan projek. Pada masa itulah mereka mula pasang angan-angan. Yelah, mana tahu kalau setakat sepenggal jadi wakil rakyat, penggal depan belum tentu kan? Jadi sementara jadi wakil rakyat ni, pulunlah habis-habis. Bina kekayaan untuk masa depan anak cucu. Dah hilang kerusi nanti habuk pun tarak.

Ada juga calon-calon yang awal-awal dah dapat "penajaan" orang-orang tertentu atau orang kata "dana politik". Yelah, nak bertanding kena ada modal. Aku diberitahu kalau nak jadi calon ADUN pun perlu sekurang-kurangnya RM100,000 hingga RM200,000. Itu baru ADUN, kalau Parlimen khabarnya boleh mencecah RM1 juta. Hah, mana nak cari modal sebesar tu kalau tak ada penaja.

Dan penaja-penaja ini bukan suka-suka beri tajaan sebab nak elak cukai, tapi mereka taja calon untuk kenakan cukai kalau menang. Bila calon yang ditaja menang, jangan lupa projek-projek tak kira kecik atau besar kenalah serah kepada pihak yang menaja calon. Bak kata pepatah, orang berbudi kita berbahasa... dah kasi sponsor tak faham-faham lagi ke???

Itu baru yang sepenggal jadi wakil rakyat. Bayangkan mereka yang entah berapa penggal jadi wakil rakyat, dan yang jadi menteri jangan ceritalah. Dah tentu lebih banyak "penaja" diperlukan. Tak gitu?

Opss... bukan calon BN saja yang perlukan dana-dana politik ini, bahkan calon-calon parti pembangkang pun menggunakan penaja untuk bertanding dalam PRU. Adalah sorang dua yang guna duit sendiri untuk bertanding, tapi sebahagian besar calon dari semua parti yang bertanding menggunakan dana politik tajaan untuk bertanding.

Jadi kalau mereka menang, maka para penaja ini sudah tentu mahukan pulangan mereka. Maka terjadilah pemberian projek itu dan ini kepada pihak-pihak tertentu. Jadi, tak usah beranganlah kata kalau pakatan memerintah dan Mahathir jadi PM (semula) semua amalan rasuah ini dihapuskan.

Mimpi siang hari bro!
Bebaskah calon-calon pilihan raya daripada rasuah? Bebaskah calon-calon pilihan raya daripada rasuah? Reviewed by mesin taip buruk on 1/18/2018 09:43:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.