Bila penjenayah dijulang bagai hero...


Terhibur baca komen-komen netizen pendukung Farid Kamil. Ada yang marah-marah sebab tangkap pelakon kesayangan ini sampaikan kaitkan tangkapannya dengan 'hubungan baik' dengan Mahathir.

Bila dia dibebaskan dengan ikat jamin RM12,000 sehingga kes dibicarakan, ramai peminatnya menyatakan syukur. Agaknya mungkin ada yang solat sujud syukur atau korbankan kambing tanda kesyukuran. Agaknyalah.

Bukan main lagi peminatnya marah-marah sesiapa yang tuduh Farid kaki ganja atau kaki pukul. Katanya belum dibicarakan dan belum terbukti bersalah, jangan main tuduh-tuduh... Wahh... gitu. Mengalahkan tuan hakim pulak ya..!

Yang peliknya ada sebahagian peminat Farid boleh pula marah-marah dan tuduh Najib makan rasuah atau songlap duit 1MDB sedangkan tak ada tangkapan atau pertuduhan ke atas Najib. Tapi bila kena batang hidung kesayangan mereka, dah jelas dan nyata tampar polis dan tendang orang awam sebab lalok ganja pun boleh pula nak bela dan angkat jadi hero.

Inilah perangai orang kita zaman sekarang. Kalau dah sayang tu kentut pun bau wangi, tapi kalau dah benci dan tak suka, sembur minyak wangi pun kata busuk, hapak dan haprak. Inilah bangsa kita, termasuk kalangan anak-anak muda kita yang bakal mencorak masa depan negara.

Dalam kes Farid, ramai yang pertahankannya kata jangan main tuduh-tuduh sebab kita tak nampak dia ambil dadah atau pukul orang tu. Jadi jangan sedap menghukum. Tapi tang Najib, tak nampak ambil atau tak ada bukti tapi boleh pula tuduh Najib songlap duit rakyat, makan rasuah dan segala macam tuduhan liar lagi.

Sama juga dalam kes-kes jenayah dan rasuah membabitkan pihak pembangkang, bukan main lagi mereka nak salahkan pihak berkuasa baik SPRM mahupun mahkamah dan hakim. Mula tuduh pihak berkuasa makan dedak, ikut telunjuk kerajaan bla... bla... blaa...

Tapi bila kena pihak kerajaan atau orang UMNO/BN, belum tangkap atau dakwaan lagi mereka dah terkinja-kinja menuduh macam-macam siap bawa bukti yang konon-konon atas siasatan yang dibuat atau berdasarkan sumber yang entah dari mana.

Yang peliknya ramai pula yang lebih percayakan dakyah dan fitnah jahat puak mereka berbanding kebenarannya. Sebab apa? Sebab persepsi yang ditanah oleh puak-puak tersebut yang mahu rakyat melihat "UMNO/BN jahat, PH baik". Sebab itu bila ada orang UMNO yang menyeberang masuk PH, segala "kejahatan" semasa dalam UMNO jadi bersih suci.

Tolonglah, hidup ini bukan macam drama yang suka-suka hati nak tuduh orang sana, nak bela orang sini. Farid Kamil tu tampar polis kat balai kut, bukan polis datang rumah dia suka-suka tangkap. Dah kau tampar orang (polis lagi tu) tak tentu pasal, dah tentulah polis siasat.

Atau memang orang kita sekarang lebih suka angkat penjenayah jadi hero ke apa? Okeylah Farid Kamil ini kes kecik, tampar polis. Tu si Anwar Ibrahim yang dah terbukti dan dihukum penjara kerana meliwat pun boleh lagi nak diangkat jadi Perdana Menteri.

Apa kejadahnya oiii.... kau orang nak apa sebenarnya??
Bila penjenayah dijulang bagai hero... Bila penjenayah dijulang bagai hero... Reviewed by mesin taip buruk on 1/17/2018 08:41:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.