Dush! Mahathir kena pukulan kilas Hadi

"Dia orang tua dah. Biar dia insaf sendiri lah. Memang dia sudah melampau. Tapi biar dia fikir dan duduk sorang-sorang, dia kena baca banyak buku. Tapi jangan pula baca buku perubatan saja, buku (agama) Islam pun kena baca.

"Saya biarkan dia insaf dan mudah-mudahan dia insaf. Antara saya dengan dia, saya maafkan. (Tapi) antara dia dengan Tuhan, dia kena taubat." Itu kata-kata paku buah keras Hadi Awang kepada Mahathir yang tuduhnya kafir sebab berbaik dengan UMNO.

Memang kena setempek kat muka Mahathir. Hadi pun kata, salah satu sebab Pas dan UMNO bercakaran selama ini kerana hati batu Mahathir yang memang anti-Pas dan susah nak bawak berunding. Tak macam Najib.

Yelah, keras tak keras hatinya takkan sampai dia boleh jadi PM 22 tahun. 22 Tahun tu empat kali pilihan raya umum beb. Walaupun kira kanan belakang depan kena asak supaya berhenti, dia tak berhenti pun. Agaknya banyak makan semut kot, Hadi? Hehe....

Mahathir boleh cakap, kata-katanya tu (Hadi kafir) dia sinis dengan ambil balik ayat Hadi sendiri dalam Amanat Haji Hadi dulu yang melabelkan UMNO sebagai kafir. Kena pula masa tu Mahathir presiden UMNO. Itu yang dia bagi balik kat Hadi.... Haha!!

Betul juga kata Hadi tu. Umur dah nak masuk seabad eloklah Mahathir berhenti daripada jadi ahli politik. Lebih baik jadi ahli kariah masjid la pulak, mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian.

Serahkanlah urusan dunia ni kepada orang lebih muda, lebih bertenaga dan berwawasan abad baharu.
Ajak sekali isteri, anak menantu dan cucu cicit kepada agama. Buat permulaan beri izin mereka bertudung kerana sebaik-baik manusia adalah mereka yang mengajak membuat kebaikan. Tak gitu Tok Guru Hadi?


Dush! Mahathir kena pukulan kilas Hadi Dush! Mahathir kena pukulan kilas Hadi Reviewed by mesin taip buruk on 1/04/2018 02:23:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.