Mahathir menang sorak, parti tergadai...


PEMBAHAGIAN KERUSI PH:

Bukan main seronok Mahathir bila PPBM diberi laluan oleh puak-puak pakatan dikepalai DAP untuk bertanding paling banyak kerusi iaitu 52 berbanding PKR 51 manakala DAP cuma 35 dan anak didiknya, PAN 27 kerusi.

Mahathir yang kemudian diumum sebagai bakal PM jika pakatan menang semakin tinggi hidung dan dengan gah berkata, PPBM bakal mendomikasi PH sepertimana UMNO dalam BN.

Huuu... dengar PPBM bertanding banyak kerusi ramailah macai-macai depa duk pukul canang "tengok, siapa kata PH dikuasai DAP? DAP bertanding 35 kerusi saja..."

Hehee... tapi rakyat bukan bodoh dan tak boleh mengira. 52 kerusi PPBM tu hanya untuk Parlimen di Semenanjung, belum masuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai kerusi 57 kerusi lagi, yang majoritinya bakal ditandingi oleh DAP.

Lebih bodoh lagi, PPBM diminta bertanding di kerusi dikuasai oleh UMNO. Sebab apa? Sebab DAP tahu PPBM tidak akan boleh menang mudah bila berdepan dengan UMNO, apatah lagi kubu kuat UMNO.

Itu belum lagi ambil kira pertandingan tiga penjuru apabila Pas juga bakal letak calon mereka.

Sebaliknya DAP pula bertanding di 35 kerusi yang selamat, di kawasan bandar dan majoriti pengundi kaum Cina yang sudah terang-terang boleh menang mudah. Itu belum masuk kerusi di Sabah dan Sarawak.

Hehe.. kesian. Mahathir buta-buta kena kencing DAP...


KERUSI GOMBAK:

Azmin pula tawarkan Mahathir kerusi Parlimen Gombak untuk ditandingi bekas PM itu. Mahathir yang dengar berita tu bukan main seronok dan tersenyum simpul. Maklum, anak didiknya itu akhirnya "lembut hati" dan sudi berkorban untuk "abah".

Walhal kita semua tahu Gombak adalah kubu kuat Pas. Azmin menang dulu pun kerana undi Pas. Tanpa Pas Azmin tahu dia susah nak bertahan. Jadi buat apa serah tengkuk, lebih baik bagi kat Mahathir.

Maka girang bukan kepalang orang tua ini bila diberi tapak oleh Azmin untuk bertanding.

Hemmm... nampaknya percaturan Mahathir berkawan dengan syaitan untuk menjatuhkan Najib mungkin menjerut lehernya sendiri yang akhirnya, bukan sahaja Mahathir tersungkur, silap hari bulan PPBM pun boleh terkubur.

Sebab apa? Sebab dah kalah teruk... keh keh keh.

Mahathir menang sorak, parti tergadai... Mahathir menang sorak, parti tergadai... Reviewed by mesin taip buruk on 1/14/2018 08:00:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.