Najib lengahkan pembubaran Parlimen?


Terhibur tengok situasi politik negara hari ini. Fenomena menjilat kahak dan ludah di mana-mana. Itulah seni politik sebenarnya yang ramai orang tak faham. Semalam bermusuh, hari ini berkawan atau semalam berkawan, hari ini bermusuh. Tapi aku faham...

Semalam Mahathir dan Anwar bermusuh, hari ini mereka berbaik-baik. Malah Mahathir bakal menjadi dewa penyelamat Anwar daripada penjara dengan syarat dia diberi "lesen" oleh rakyat dalam PRU-14 nanti. Penyokong dan pengikut Anwar dah lama menanti "kepulangan" pemimpin agungnya yang kini terpenjara dik terpana lubang bontot pembancuh kopinya sendiri.

Begitu juga disebelah sana, UMNO dan Pas dulu bermusuh bagai nak rak sampaikan sanggup kafir mengkafir antara satu sama lain, tetapi hari ini kelihatan lebih lunak. Walaupun tak adalah sampai menjilat kahak (belum ada), tetapi antara Najib dan Hadi kelihatan lebih mesra berbanding sebelum ini, terutama sejak ketiadaan Nik Aziz.

Namun yang menjadi persoalan kumpulan mana yang lebih layak untuk mentadbir negara selepas ini? Apakah kumpulan yang diketuai Najib yang rakyat banyak terpengaruh dengan cerita 1MDB dan duit derma Arab, atau kumpulan Mahathir yang sanggup menjilat kahaknya sendiri terhadap Anwar dan Lim Kit Siang semata-mata kerana Najib?

Itulah yang rakyat sedang fikirkan dan bakal membuat keputusan dalam PRU-14 akan datang. Bak kata orang Jawa, "the best man win" bakal menjadi penentu dalam pilihan raya nanti.

Bagi aku, mudah saja...

1. Yang menduduki kerusi PPBM semuanya bekas orang UMNO dan semua orang bercakap bahawa UMNO adalah parti korup. Kalau dah UMNO korup, aku yakin dan percaya budaya sama dibawa ke dalam PPBM. Cuma bezanya, mereka belum mendapat peluang berbanding dalam UMNO dahulu.

2. PPBM dan PKR, kedua-dua yang menjadi tulang belakang PH ditubuhkan atas tujuan yang satu iaitu "menjatuhkan Najib" dan "membebaskan Anwar". Maka perjuangan PH sekarang bukan untuk kepentingan rakyat, tapi untuk menjatuhkan Najib dan membebaskan Anwar serta mengangkatnya menjadi PM.

Atas sebab itu aku tidak begitu yakin bahawa PH mampu mengubah nasib rakyat marhain. Aku tidak nampak bahawa pemilihan PH sebagai pentadbir negara dan Mahathir sebagai PM boleh mengubah situasi. Keadaan sekarang bukan seperti zaman pemerintahan Mahathir dahulu, bukan. Zaman sekarang segalanya serba pantas dan terpampang di telapak tangan.

Tidak, aku tidak berani untuk memperjudikan nasib diri dan anak cucu kepada PH yang asas perjuangannya tidak begitu kukuh dan lebih kepada individual.

Minta maaflah... aku tidak akan terbuai dengan kegemilangan Mahathir ketika dia jadi PM dahulu. Tidak, zaman sekarang bukan zaman 1980-an, atau 1990-an. Zaman itu sudah berlalu dan terima kasih kepada Mahathir kerana membawa kemajuan kepada negara selama 22 tahun memerintah. (22 tahun beb, Najib baru berapa tahun??)

Tapi nak jadi PM lagi semata-mata nak bebaskan Anwar, sedangkan Anwar terperap dalam penjara selama lima tahun dan "pembaharuan" apa yang mereka nak bawa dalam mentabdir negara? Oh.. tidaakkk....



*Tajuk tiada kaitan dengan artikel aku... hehehe!
Najib lengahkan pembubaran Parlimen? Najib lengahkan pembubaran Parlimen? Reviewed by mesin taip buruk on 1/08/2018 08:00:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.