Pilihan raya 25 Mac....


Parlimen dibubarkan pada 11 Januari, penamaan calon 11 Mac dan pengundian pada 25 Mac. Itulah mesej yang tersebar menerusi Whatsapp beberapa hari ini. Menariknya yang menyebarkan info ini katanya dapat sumber dari pejabat PM.

Hemm... nampaknya masing-masing dah tak sabar nak mengundi. Masing-masing bersemangat. Elok sangatlah tu. Jangan hanya semangat sahaja tapi tak daftar pun sebagai pengundi. Nanti orang turun berduyun-duyun pilih kerajaan, kau melangok tengok dari anjung rumah.

Bila parti kau yang kau harap menang tiba-tiba kalah, janganlah pulak nak salahkan 90,000 Bangla "turun mengundi" atau ada peti undi kena kebas penyamun. Walhal sebab kau sendiri tak turun mengundi. Kau boleh kata, alaa aku sorang tak mengundi tak jejas keputusan tapi kalau 1,000 orang cakap benda yang sama, haaa... memang sahlah tak bantu menangkan parti yang kau sokong.

Aku bukan apa, aku tengok dua pilihan raya lalu, kaum Cina paling ramai turun mengundi. Tak pernah dalam sejarah tengok pusat pembuangan undi penuh dengan kaum mereka. Semangat mereka nak tukar kerajaan, nak kasi menang DAP berkobar-kobar, terutama pada 2008. Tu yang kata tsunami tu...

Gagal 2008 nak rampas Putrajaya, 2013 mereka cuba lagi. Pun masih gagal malah UMNO pulak yang menang lebih bergaya. Kali ini mereka guna strategi lain. Jadikan Mahathir sebagai jeneral perang dan puak-puak DAP duk sondol dari belakang.

Orang Melayu pula ramai yang hanya terpekik terlolong di twitter, Facebook dan Whatsapp tapi tak daftar pun sebagai pengundi. Bila tanya kenapa tak daftar, alasan malas nak terlibat dalam politik.... dushh!! Mengundi bukan terlibat dalam politik yeop, tapi memilih kerajaan yang akan mentadbir negara dan masa depan kita.

Jangan sampai nanti puak-puak mereka yang berduyun-duyun turun mengundi, yang sudah tentu mereka akan pilih parti yang mewakili kaum mereka. Manakala orang kita, kaum Melayu dah lah pening sebab banyak sangat parti mewakili Melayu, tambah pula ramai yang tak daftar mengundi. Ishh... aku tak boleh bayangkanlah!

Bila pun tarikh pilihan raya, bukan persoalan. Apa yang penting sekarang ialah persiapan kita untuk memilih kerajaan. Bukan sekadar terpekik terlolong di media sosial yang tidak mengubah apa-apa.

Tak gitu?

Untuk mereka yang dah tak sabar nak mengundi, nah aku hiburkan dengan lagu ni...

Pilihan raya 25 Mac.... Pilihan raya 25 Mac.... Reviewed by mesin taip buruk on 1/08/2018 08:57:00 AM Rating: 5
Powered by Blogger.