Rampas kad dari pengadil berani, bertanding kerusi Naib Presiden berani tak tok?


Tok Mat Hasan, MB Nesmilan digantung 40 tahun daripada bermain bola gara-gara dilayangkan kad merah masa beliau menjadi pemain pertahanan sebuah kelab bola sepak di Nesmilan dulu. Hebat...

Mengikut cerita beliau, dia dikenakan kad merah sebab mengasari G. Torairaju (bekas pemain kebangsaan ni yeop). Bila pengadil layangkan kad merah, dia rampas kad tu dan dibuang ke semak. Perghh.... dahsyat Tok Mat.

Sebab kesalahan itu sampai sekarang penggantungannya tidak ditarik balik, dah 40 tahun beb. Aku ingat Tok Mat layak masuk Malaysia Book of Records sebab jadi pemain paling lama digantungkan perlawanan selepas menerima kad merah. Tak gitu?

Itu pasal main bola. Tapi dalam bab politik aku rasa dia bukan jenis lawan pengadil, lagipun dia setakat ini jenis pemimpin yang tak lawan tauke. Mengikut saja apa yang bos dia nak, walaupun orang yang bawa dia dari dunia korporat ke dunia politik pun dah berpaling arah menjadi pengerusi parti pembangkang.

Zaman Tok Mat main bola. Sekali pandang macam Mokhtar Dahari tu yeop!

Tapi Tok Mat setia kepada ketuanya sekarang. Mungkin sebab dia takut dikenakan kad merah dalam gelanggang politik pula maka Tok Mat menjadi lebih penyabar. Agaknyalah.... hehe

Tapi aku dengar khabar ramai orang Nesmilan sukakan cara dan kepimpinan Tok Mat. Sebab itu aku ada dengar kata akar umbi UMNO Nesmilan mahukan beliau bertanding jawatan lebih tinggi, setidak-tidaknya Naib Presiden UMNO.

Kalau betullah, aku memang sokong jugak kalau Tok Mat bertanding kerusi Naib Presiden. Yelah, dalam situasi politik yang semakin mencabar sekarang, Najib perlukan orang kiri dan kanan dalam parti yang bijak, terutama dalam mematah hujah-hujah songsang mengenai Najib dan parti. Bukan hanya pandai mengampu dan membodek bos, tetapi bila berdepan dengan tohmahan atau fitnah, terkedu tak terkata. Atau paling tidak menyorok dalam kain.

Dah kerusi Naib Presiden UMNO sekarang ada dua kekosongan manakala satu lagi sepertinya sudah diisi oleh Hishammuddin walaupun dia boleh saja tergugat jika tidak kena gaya.

Seperti aku tulis sebelum ini, ada beberapa pemimpin yang kelihatannya memasang kekuda untuk merebut dua kekosongan Naib Presiden (yang ditinggalkan oleh Zahid dan Shafie Apdal). Bayangan makin jelas ialah KJ dan Ismail Sabri.

Kalaulah Tok Mat berani bertanding kerusi ini seperti mana dia berani merampas kad merah daripada pengadil, aku percaya Tok Mat berkedudukan baik untuk menduduki kerusi barisan ketiga dalam parti.

Cuma aku harap jangan ada pula yang berani-berani melayangkan kad merah kepada Tok Mat sementelah gelanggang permainan masih belum dibuka.

Tak gitu...
Rampas kad dari pengadil berani, bertanding kerusi Naib Presiden berani tak tok? Rampas kad dari pengadil berani, bertanding kerusi Naib Presiden berani tak tok? Reviewed by mesin taip buruk on 1/07/2018 08:30:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.