Sempat ke Mahathir tabal Anwar sebagai PM?


Kalau pergi dating, soalan paling susah nak dijawab bila ditanya "nak makan apa...", tapi dalam Pakatan Harapan, soalan paling susah nak dijawab ialah "siapa nak jadi PM jika menang PRU-14". Memang pecah kepala memikiokannya beb.

Maklum dalam pakatan ni banyak kepala, dan masing-masing kepala nak tonjolkan kehebatan masing-masing. PKR sudah pasti nak Anwar jadi PM sebab penubuhan parti itu pun sebab nak angkat Anwar jadi PM selepas dipecat oleh Mahathir dulu.

Tapi dalam PH ada PPBM yang dipengerusikan oleh Mahathir. PPBM pula walaupun penubuhannya sebab nak gulingkan Najib, tapi bercita-cita untuk berperanan macam UMNO dalam PH. Dengan kata lain PPBM berangan nak 'BN-kan' PH dengan partinya sebagai parti dominan. Maka sudah pasti parti itu mahu wakilnya sebagai PM.

Dalam hal ini, Mahathir nampaknya pemimpin paling dominan dalam PPBM. Semua dia sapu sampaikan suara Muhyiddin selaku Presiden tak laku. Mukhriz jangan ceritalah... Bila bab PM dari PH ni Mahathir dah menyatakan keinginannya untuk kembali menjadi PM, katanya sementara sehingga Anwar keluar dari penjara.

Soalannya, kalau Anwar keluar sebelum PRU-14 pun dia tak layak bertanding sebab dia sudah dijatuhkan hukuman jenayah dan dipenjarakan. Mengikut peraturan SPR, individu yang ada kesalahan jenayah atau dijatuhkan hukuman tak boleh jadi calon, kalau tak salah akulah lima tahun atau satu penggal.

PKR kata dia setuju Mahathir jadi PM sementara dengan syarat bila dia jadi PM, dia kena bebaskan Anwar dengan segera untuk dia ganti Mahathir. Masalahnya bila nak lantik Anwar jadi PM, dia kena bertanding dalam pilihan raya. Ikut SPR penjenayah atau mereka yang dikenakan hukuman penjara tak boleh bertanding dalam tempoh lima tahun.

Jadi, kalau nak suruh Anwar jadi PM, Mahathir kena banyak buat kerja meminda undang-undang sana-sini dan nak pinda perlukan sokongan Parlimen.  Soalannya, dalam keadaan usia Mahathir yang dah nak masuk seabad dan Anwar pun dah nak masuk 70 tahun, sempat ke Mahathir nak tabalkan Anwar jadi PM, penggantinya?

Hemm... kalau macam inilah senarionya, nampaknya pakatan ni pasang angan-angan sajalah untuk mengelabui pengundi. PH kini sangat bergantung kepada Mahathir bukan sahaja untuk memenangi sebanyak mungkin kerusi dalam PRU-14, tapi juga untuk menyelamatkan Anwar daripada penjara. Maknanya kalau Mahathir 'jalan' sebelum PRU-14, maka segala perancangan PH berakhir.

Lalu, selain Mahathir dan Anwar siapa lagi yang lebih layak jadi PM? Muhyiddin? Mat Sabu? Wan Azizah? Azmin Ali? dan sudah tentu tidak mungkin Lim Kit Siang atau anaknya, Lim Guan Eng walaupun dalam Perlembagaan negara tidak dinyatakan PM itu harus Melayu dan beragama Islam.

Sungguh, tiada satupun nama-nama di atas disenaraikan sebagai calon PM. Balik balik Anwar Anwar dan Anwar. Aku ingat kalau Mahathir dan Anwar ni mati, bukan takat PPBM dibubarkan, silap-silap PKR pun bubar sekali. Habis tu, perjuangan dah berakhir nak tunggu apa lagi?

Tak gitu?
Sempat ke Mahathir tabal Anwar sebagai PM? Sempat ke Mahathir tabal Anwar sebagai PM? Reviewed by mesin taip buruk on 1/07/2018 03:30:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.