Udah-udah laa Mahathir


Tup tap tup tak dah masuk 2018, tahun PRU-14. Penutup 2017 kecoh pasal Mahathir pasang hajat nak bertanding lagi kemungkinan di Kubang Pasu, Langkawi atau Putrajaya. Ecehh.., dengan harapan bila menang dapat jadi PM lagi sekali, walaupun umur dah tinggal lagi sejengkal dari liang kubur.

Dalam perhimpunan agung PPBM tempoh hari, Mahathir berkobar-kobar hentam Najib, hentam Pas, hentam mufti, hentam polis.... tapi dia tak hentam diri sendiri, cuma di penghujung ucapan diakhiri dengan drama air mata (macam pernah tengok jeh adegan ni?)... memohon maaf.

Baguslah kalau Mahathir bertanding, sebab bila masuk 2018 umur dia dah nak masuk 93 tahun. Lim Kit Siang pun dah masuk 77 tahun katanya akan bertanding lagi tapi bukan di Gelang Patah dah sebab dia tahu orang Gelang Patah dah tak nak dia.

Bila warga-warga emas ni bertanding, kalau menang nanti (selisih malaikat 44) bolehlah yang sorang jadi PM, yang sorang lagi TPM. Kalau umur panjang cukup sepenggal 5 tahun dua-dua dah nyanyuk, kalau tak masuk kubur.

Oh lupa, dia hanya PM sementara. Sementara Anwar dikeluarkan dari penjara. Baguslah, kalau Anwar keluar pun umur pun dah 71. Pun tak lama juga tinggal sisa-sisa hidup. Itupun kalau antidot racun arsenik yang disuntik Mahathir masih ada. Kalau tak, silap boleh jalan lebih awal.

Betullah tu, ajal maut di tangan Tuhan dan kita tak boleh cakap. Siapa tahu silap-silap yang lebih muda jalan dulu. Itu perlu diakuilah, kuasa Allah siapa boleh lawan.

Tapi kalau kita tengok manusia yang hidup lebih 90 tahun, tak ada lagilah nafsu nak jadi PM nih melainkan memang dalam darah dagingnya dah meresap segala nafsu serakah untuk berkuasa. Serakahnya dia bukan main dia desak Najib letak jawatan, tapi dia sendiri boleh jadi PM sampai 22 tahun walaupun berapa satus ribu umat nak dia turun sebab amal pemimpinan diktator.

Bagi aku mudah saja. Mahathir bukan nak jadi PM sangat tapi sebab nak marahkan Najib jeh. Malah bukan dia saja nak marahkan Najib, hampir semua pemimpin PPBM ni orang-orang yang kecewa dengan Najib.

Najib pun satu. Dah dapat derma dari Pak Arab berbilion tu, campaklah sikit kat akaun peribadi Muhyiddin dengan Shafie. Tak adalah mereka terpekik terlolong keliling kampung jaja buruk orang (sambil sorok keburukan sendiri). Bukan kau tak tau orang UMNO semua lahap. Tak dapat makan duit parti, duit projek kerajaan dia bedal.

Agak-agak kalau PPBM dah jadi pentadbir kerajaan Malaysia ni, perangai lahap depa ni akan terkubur ke? Tak ada maknanya... silap-silap lagi parah depa sikat.

Jadi kalau aku boleh nasihatkan Mahathir, udah-udahlah berangan nak bertanding lagi, nak jadi PM lagi tak kisahlah sementara ke, selamanya ke. Rumah dah kata pergi, kubur dah kata mari dah.

Udah-udah laa Mahathir Udah-udah laa Mahathir Reviewed by mesin taip buruk on 1/01/2018 02:14:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.