Jiwa koyak tengok Fattzura sanding, Neelofa pilih pusat maksiat lancar tudung

Neelofa lancar tudung kat tempat maksiat.
Apa dah jadi dengan Neelofa ni? Takkan koyak sebab tengok kekasih tak jadi naik pelamin dengan orang lain sampai sanggup gadai gelaran Hajjah dan bertudung di kaki kelab malam.

Aku fahamlah perasaan kau bila tengok Fattah Amin dengan Fazura atas pelamin yang gilang-gemilang dan menjadi sebutan masyarakat, tapi kalau ya pun nak divert perhatian orang daripada bekas kekasih dengan pasangannya pun takkan lancar tudung kat kelab malam, tempat maksiat macam tu.

Bukan ke tudung dan hijab ini pakaian wanita Islam dan pemakaiannya dimuliakan oleh agama, kenapa sanggup bawa "tudung" ke tempat maksiat macam tu. Daripada kelab malam, baik kau lancar tudung baru kau tu kat tandas awam.

Tambah pulak kau tu bergelar hajjah. Orang lain balik dari haji tak buat kerja-kerja tak elok dan tinggalkan segala maksiat, kau ajak pulak orang lain, yang bertudung lagi, pergi ke tempat maksiat.

Neelofa kena ingat, semua kekayaan yang dikecapi hari ini adalah nikmat rezeki dari Allah dan kalau kau sampai angkuh dan bongkak dengan Allah, jangan terkejut kalau semuanya ditarik balik oleh-Nya.

Dan Neelofa juga kena ingat, orang marahkan kau tu bukan sebab hasad dengki atau hatter tapi kerana mereka sayangkan kau. Selama ini ramai yang salut dan kagum dengan kejayaan kau, sampai kau boleh tersenarai dalam Top 30's Forbes dan kau jadi Non-Executive Director dalam AirAsia, tapi segalanya lenyap dalam satu malam, hanya kerana nak buat "kejutan".

Tak boleh tahan bila semua orang tertumpu kepada majlis resepsi Fattah-Fazura agaknya, Neelofa buat kejutan kat kelab malam. 
Fine, kejutan kau memang menjadi dan orang tidak lagi bercakap tentang persandingan Fattah-Fazura yang bergemerlapan, tapi bercakap pasal Neelofa, tetapi bukankah kejutan itu memberi kesan buruk bukan sahaja kepada nama Neelofa silap-silap orang mula boikot tudung-tudung 'Naelofar'.

Jaga nama baik diri sendiri, keluarga dan agama dik. Janganlah kerana mengejar matlamat kau menghalalkan segala cara. Betul apa yang kau buat tu untuk "kebaikan" bisnes kau, tapi masalahnya kau selama ini bawa imej wanita muslimah dan bergelar hajjah. Lepas tu produk yang kau jual pula berkaitan  agama yang kau anuti.

Lainlah dalam kelab malam tu tak ada kaum lelaki, tak kisahlah kalau kau nak berbogel pun. Tapi ni dahlah kelab malam, ada jual arak, ada ramai lelaki kat situ, lepas tu pergi buat live kat media sosial, berjoget terkinja-kinja ditonton orang dalam dan luar kelab. Bukan ke tak elok tu?

Jadi berhati-hatilah dalam bertingkah, kelak Allah tarik rezeki kau boleh merempat dan lebih miskin daripada sebelum kau kaya sekarang! Itulah ustaz aku cakap selalu.

Jiwa koyak tengok Fattzura sanding, Neelofa pilih pusat maksiat lancar tudung Jiwa koyak tengok Fattzura sanding, Neelofa pilih pusat maksiat lancar tudung Reviewed by mesin taip buruk on 2/27/2018 04:08:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Mungkin Neelofa berhasrat untuk berdakwah secara tanpa sedar.
    Sekiranya mereka yang kekelab malam memakai jilbad mungkin akhirnya mereka akan insaf.
    Janganlah terlampau mencaci.
    Saya pernah tengok tok iman sembahyang hajat dalam bank.
    Satu perkara yang tak pernah terlintas dihati saya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau itulah niatnya, alhamdulillah... tapi macam tak kena dan boleh mendatangkan fitnah. Yup, aku pun pernah baca kisah seorang ulama di Indonesia yang berdakwah di kelab-kelab malam. Tak taulah berapa ramai pengunjung kelab malam yang insaf dan kembali ke pangkal jalan melalui dakwahnya itu. Husnuzon!

      Delete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.