Mydin tak laku: Rakyat tak ada duit atau pelanggan dah bosan?


Aku jenis berbelanja keperluan rumah sebulan sekali. Beberapa tahun dulu, masa anak-anak aku masih kecil tiap bulan aku angkut family pergi berbelanja di beberapa hypermarket. Sebabnya, tiap hypermarket harga barang tak sama. Ada mahal di sini murah di sana, ada murah di sini mahal di sana.

Maaf cakap Mydin tidak ada dalam senarai hypermarket yang aku pergi, sebabnya susah nak cari premisnya. Dulu hanya ada di Jalan Masjid India kemudian dibuat di Subang Jaya. Jauhnya Ya Rabbi berbanding aku yang tinggal sekitar Ampang.

Sekarang bila anak-anak dah besar, tak perlukan susu bayi dan pampers lagi, aku lebih banyak berbelanja di satu hypermarket sahaja, yang paling dekat dengan rumah. Mahal sedikit tak apa asal tak keluar kos lebih untuk minyak, parking dan yang penting kos masa terperangkap dalam jem.

Sekarang ini semakin banyak pasar raya (bukan hypermarket) yang tumbuh macam cendawan di setiap pelosok perumahan yang boleh pergi naik basikal atau berjalan kaki. Mereka juga tawarkan harga yang berpatutan, malah ada yang lebih murah berbanding hypermarket.

Dan bila bos Mydin kata rakyat tak ada duit nak berbelanja walaupun ekonomi baik, aku mula musykhil sebab setiap kali ke hypermarket (bukan Mydin) ramai saja orang berbelanja dan ada yang penuh troli, kadang sampai dua troli. Jadi, atas dasar apa Mydin kata "rakyat Malaysia tak ada duit?".

Dalam hal ini, aku rasa kesilapannya di pihak Mydin di samping trend pengguna sekarang berbelanja. Bila aku ke Mydin suasananya amat berbeza bila ke hypermarket lain, aku ambil contoh Aeon Big dan Tesco. Perbezaannya:

1. Masuk Mydin aku rasa macam masuk kedai runcit kampung mana. Barang jualan bersepah sana-sini, tak sistematik. Nak cari barang pun agak susah.

2. Barang nampak murah, tetapi ketara kualitinya yang rendah. Mungkin packeging ke aku tak pasti.

3. Premis Mydin tidak berada di lokasi yang strategik. Pengguna terpaksa memandu jauh untuk mendapatkannya.

4. Mydin yang berkonsep "shopping wholesale mall" pula tak banyak tarikan. Kedai-kedai yang menyewa pun tak menarik.  Sebab itu kebanyakan shopping mall Mydin sejuk.

Betul, bukan Mydin saja mengalami "suasana" seperti itu. Banyak jugak hypermarket yang mula sejuk dan gagal tarik pelanggan walhal pada masa lalu, mereka nilah tumpuan pengguna. Misalnya, Giant.

Sebabnya, mereka masih lagi mengekalkan konsep perniagaan zaman Mahathir jadi PM, sedangkan dalam situasi zaman Najib ini pengguna lebih banyak berbelanja di internet. Ni aku tengok anak-anak aku sendiri. Bila mereka dah remaja dan dewasa, mereka lebih gemar berbelanja di Lazada. Aku saja masih "kolot" nak beli baju kena pergi kedai.

Sebab itulah Fashion Valley milik Vivi Yusof boleh meletup dan Naelofar boleh raih keuntungan RM30 juta sebulan. Over-head rendah sebab tidak perlu guna pekerja ramai, cukup dengan teknologi dan sistem yang baik sudah memadai. Pengunjung datang berjuta setiap bulan (ke online 'premis'). Kalau rakyat Malaysia tak ada duit macam mana mereka boleh berjaya?

Okleh, nak banding epal perlu dengan epal, jangan dengan limau Mandarin Tahun Baru Cina.

Kalau Mydin kata rakyat tak ada duit nak berbelanja, macam mana Speedmart dan KK Mart boleh buka sana sini macam cendawan tumbuh lepas hujan? Dan premis yang dibuka semuanya 'dekat dengan batang hidung' pengguna. Malah barangan mereka juga ada yang jauh lebih murah berbanding hypermart?

Ini membuktikan pelanggan kini semakin malas untuk memandu berpuluh kilometer untuk berbelanja. Mereka nak mudah dan cepat. Kalau boleh buka pintu rumah, boleh beli barang. Ini trend pengguna masa kini. Mydin? Mana paling dekat dengan rumah kita? Cuba tengok Google Map, berapa batu jauhnya?

Ok nak banding epal hijau dengan epal hijau, jangan dengan epal merah Australia.

Mydin kata rakyat tak ada duit nak berbelanja, aku cadangkan bos Mydin ni pergilah ke hypermarket lain time dapat gaji. Dia boleh tengok dan bandingkan berapa ramai pengguna masuk premis saingannya berbanding Mydin. Jangan hanya tengok perniagaan sendiri makin merosot, disalahkan ekonomi negara konon rakyat tak ada duit.

Aku rasa mamak Mydin ni pun spesis Ahmad Idham. Bila buat filem tak laku nak salahkan ekonomi negara, nak salahkan kerajaan tak pandai urus ekonomi, rakyat miskin. Tapi orang lain buat filem boleh pecah panggung dan raih berjuta-juta ringgit pulangan. Jadi tang mana salahnya?

Memang patutlah kerajaan tarik balik hak pengendalikan Kedai Rakyat 1Malaysia kat Mydin ni, sebab konsep perniagaannya aku rasa dah ketinggalan zaman, dan tidak berusaha untuk mencipta suasana baru, sesuai dengan trend dan selera pengguna masa kini.

Macam puak-puak depalah nak harap kepada Mahathir yang dah habis tarikh luput (expired) untuk angkat jadi PM semula, apa ke jadahnya?

Mydin tak laku: Rakyat tak ada duit atau pelanggan dah bosan? Mydin tak laku: Rakyat tak ada duit atau pelanggan dah bosan? Reviewed by mesin taip buruk on 2/08/2018 02:39:00 PM Rating: 5

2 comments:

  1. Salam bukan itu sahaja sekarang dah ada ECO kedai berteras harga RM2.12 dari barangan kecil hinggalah ke barangan makanan dang barangan keting dapur semuanya murah.

    Berbeza dengan barangan di Mydin, Giant, Tesco atau apa sahaja dengan 2.12 kita bolen membelinya tak kisah ler tak ada brand asalkan penggunaan berbaloi denga. Harganya.

    Walaupun jauh kami sanggup srbab barangan yg dibeli boleh bertahan 3 hingga 4 bulan denga. Hanya 2.12

    Buat apa habiskan duit untuk barangan yang lebih kurang sama tapi harganya jauh berbeza

    Cth : tapak kasut dibata harganya RM7.00 tapi di ECO hanya RM2.12 sahaja kualiti hampir sama so sebagai pembeli yg bijak mana anda akan pilih ....?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju.... pengguna kini lebih banyak pilihan. Yang berduit pergi berbelanja di IKEA, yang tak berapa nak ada pergi ke kedai RM2 macam ECO. Bukan sebab rakyat tak ada duit, tapi rakyat semakin bijak berbelanja!

      Delete

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.