Teka-teki calon PM, calon MB dan calon yang kecolongan...


Aku memang tabit spring kat orang kita kalau bab bercakap soal politik. Maunya tidak, PM belum pun bubar Parlimen dan tarikh PRU14 pun belum nampak bayang, tapi orang kita dah mula bercakap soal calon-calon pemimpin negara dan negeri.

Di peringkat Pusat, puak-puak Pakatan Harapan awal-awal dah umum Dr. Mahathir untuk jadi PM kalau mereka menang. Maka macam-macam suara yang kedengaran. Ada yang setuju ada yang tak setuju. Ada yang kata Mahathir ini gila kuasa sebab nak jadi PM balik walaupun dulu dah pernah jadi PM selama 22 tahun.

Yelah, setahu aku tak ada lagi Perdana Menteri sebuah negara yang dah bersara kemudian diangkat balik jadi PM, melainkan Israel. PM Israel, Netanyahu saja rasanya yang jadi PM lebih daripada sekali. Dia pernah jadi PM tahun 1996 sampai 1999 kemudian dipilih lagi jadi PM dari 2009 sampai sekarang.

Hah... kalau PH menang dan Mahathir jadi PM, maknanya Mahathir dengan Netanyahu kira samalah ya... huhu.

Selain kerusi PM, sebenarnya kerusi-kerusi Menteri Besar dan Ketua Menteri pun sebenarnya turut menjadi topik hangat, terutama bagi negeri Selangor, Melaka dan Terengganu. Negeri-negeri lain tak pula aku dengar, aku mungkin tak sampai di telinga aku.

Bagi Selangor, BN negeri sudah mula bercakap soal calon MB walaupun peluang untuk merampas negeri itu masih lagi dikira 50:50. Selepas Noh Omar tolak untuk jadi calon MB, ada beberapa nama sudah menjadi sebutan awam antaranya Budiman dan Mat Nadzari.

Tapi sebetulnya, ada lagi beberapa nama yang memang mempunyai hajat nak jadi MB, termasuk seorang tu yang aku tengok gerak-geri dia memang macam 'ada hajatlah'. Siapa tu tak bolehlah bagi tau, nanti aku kena saman tak ke haru hehe....

Kat Melaka pun dah mula ada suara-suara belakang tembok A'Famosa yang katanya Ketua Menteri mereka akan berganti selepas PRU14. Nama calon yang disebut-sebut tu pula orang lama jugak, cuma namanya selama ini ditenggelamkan oleh pemimpin terdahulu. Katanya bekas orang akademik ops!, tak taulah... itu yang sampai di telinga aku. Orang-orang Idris jangan pula 'serang' aku dan nak tau siapa gerangan si penama tersebut huu...

Di Terengganu pun tak kalah hebatnya. Khabarnya negeri keropok lekor ini juga bakal dapat MB baru selepas PRU14 ni. Eh, MB sekarang tak molek ke? Kan Terengganu #molekdoh takkan nak ganti kut?

Haha... tak taulah iya ke idok, tapi suara-suara di balik dentuman ombak kat pantai Batu Burok berbunyi lagu tulah. Ada yang kata Shabery Cheek yang dah pegang beberapa portfolio utama dalam Kabinet akan bertanding di DUN dan akan jadi MB kalau menang. Ada juga yang kata nama lain.

Pendek kata, macam-macam spekulasi muncul menjelang PRU14 ni terutama berhubung soal calon dan calon-calon MB serta CM. Sebab itulah aku kata orang kita kalau bercakap bab politik memang hebat. Pukul 3 pagi pun boleh sembang kencang lagi.

Apapun kita tunggulah PRU14 dulu ya, yang khabar terbaru katanya akan dibubarkan Parlimen selepas sidang Dewan Rakyat sekarang, hujung bulan ini. Ini pun tak sahih jugak.

Untuk sementara ini marilah kita berteka-teki... hehe
Teka-teki calon PM, calon MB dan calon yang kecolongan... Teka-teki calon PM, calon MB dan calon yang kecolongan... Reviewed by mesin taip buruk on 3/07/2018 03:37:00 PM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.