Bakal calon PRU-14 kantoi dadah di pusat karaoke?

KEMAS KINI (4.4.2018):
Rizalman Mohktar, Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak mengaku ditahan polis tetapi menafikan terlibat dalam pengambilan dadah. Beliau mendakwa ada pihak yang menganiayai beliau. Beliau bersama rakan-rakan berkaraoke dan hanya minum minuman ringan, tanpa dadah dan alkohol.

POST ASAL:
Gambar hiasan sahaja.
Woww... panas... panasss...

Menjelang pembubaran Parlimen bagi membolehkan PRU-14 dilangsungkan muncul berita pasal seorang ketua bahagian sebuah parti politik yang dilapor lalok ketika serbuan polis di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Mengikut laporan Astro Awani, ahli politik bergelar Datuk itu ditahan pukul 4 pagi dalam satu serbuan di pusat hiburan Jalan Imbi. Ketika pemeriksaan air kencing, dia positif syabu.

Ahli politik ini memang terkenal dan khabarnya nama beliau sudah disebut-sebut untuk menjadi calon pada PRU-14 akan datang. Khabarnya pencalonannya juga sudah mendapat restu pucuk pimpinan parti.

Dah bila kantoi kes dadah macam ni sudah pasti namanya akan digugurkan oleh parti, dan nama baru akan mengambil alih sebagai calon.

Kesian... itulah. Dah tau nama naik nak jadi calon PRU jagalah perangai dan fiil. Janganlah pergi ke tempat-tempat yang boleh timbulkan fitnah macam pusat karaoke tu, apatah lagi siap dengan pekena syabu.

Agaknya dia lupa kalau nama-nama yang sudah disebut-sebut untuk menjadi calon PRU tu, gerak geri mereka akan dipantau oleh pihak-pihak berkuasa mahupun musuh-musuh politiknya. Jadi kalau dah masuk ke pusat maksiat macam tu, ambil dadah lagi, memang kenalah.

Aku tak berani nak kata dia ni kena perangkap ke apa ke, tapi kau pergi ke pusat hiburan malam minggu dan lalok sampai pagi dan kau tau malam minggu memang polis selalu buat operasi, memang cari pasallah.

Apa pun alasan beliau ke pusat hiburan itu, sama ada betul ambil dadah atau ada yang perdajal macam kes pelakon yang satu itu, aku rasa sebagai seorang pemimpin politik muda dan menjadi harapan parti untuk merampas kawasan Parlimen di bahagian beliau, sepatutnya dia tidak terjebak dengan perkara sedemikian.

Sepatutnya bila nama dah naik jadi calon, atau kalau tak naik pun tapi ada impian nak jadi calon, dan impian itu pula macam tidak mustahil nak dicapai, patut kau jagalah tingkah laku. Sepatutnya lebih banyak masa ke masjid surau untuk bertemu kariah masjid yang sebahagiannya adalah pengundi.

Dah kalau macam ni keadaannya, kalau dicalonkan jugak lagi umpama menjerat leher sendirilah, yang kesannya bukan hanya kepada beliau sendiri tetapi juga parti politik yang dinaunginya.

Aku harap kes mamat ini menjadi peringatan dan pengajaran kepada semua, khususnya ahli-ahli politik muda, Jangan ghairah sangat dengan kedudukan dan harta sehingga lupa kepada Tuhan!



Psstt... apakah kes ini membuka peluang seorang bekas pemimpin politik negeri berkenaan menjadi calon pengganti? Tidak mustahil...
Bakal calon PRU-14 kantoi dadah di pusat karaoke? Bakal calon PRU-14 kantoi dadah di pusat karaoke? Reviewed by mesin taip buruk on 4/03/2018 08:30:00 AM Rating: 5

No comments:

Sila berhati-hati ketika memberikan komen. Pihak admin tidak bertanggungjawab atas komen-komen yang disiarkan. Admin juga berhak memadam komen-komen yang dianggap keterlaluan.

Powered by Blogger.